KelabMama

BAHAYA PERANAKAN JATUH. KETAHUI PUNCA & KESANNYA!

Organ peranakan jatuh (JOP) atau lebih dikenali sebagai rahim jatuh biasa berlaku dalam kalangan wanita. Dianggarkan, hampir separuh daripada wanita yang pernah melahirkan anak mengalaminya atas pelbagai faktor penyebab. Bukan saja terjadi kepada ibu yang sudah melahirkan anak, wanita yang belum berkahwin tidak terkecuali daripada mengalami masalah itu terutama dalam kalangan individu lasak dan sering melakukan kerja berat. Atas pelbagai faktor, ramai penghidapnya enggan bertemu doktor atau bidan terlatih kerana malu atau bimbang dengan prosedur rawatan dilakukan itu mungkin menyakitkan. berkata, masalah itu berlaku apabila ligamen dan otot pada bahagian pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh menampung organ pada bahagian berkenaan. Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar faraj, pundi kencing pula menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar menonjol ke arah belakang faraj. Walaupun tidak mengancam nyawa, ia mendatangkan rasa tidak selesa dan berkemungkinan penderitaan emosi.

JENIS JOP

BAHAGIAN ATAS/BUMBUNG FARAJ

BAHAGIAN HADAPAN

Pundi air kencing jatuh ke dalam faraj. Ia akan menolak dinding faraj ke hadapan yang menonjol seperti satu benjolan. Kebiasaannya pundi dan salur kencing akan jatuh sekali (Cystourethrocele) dan paling biasa berlaku pada wanita.

BAHAGIAN BELAKANG FARAJ

Sebahagian daripada usus kecil yang mengisi ruang antara rahim dan faraj boleh jatuh di kawasan antara faraj dan bahagian akhir usus besar (rektum). Jika rektum pula yang jatuh, ia akan membentuk satu benjolan di belakang faraj berhampiran dengan dubur yang dipanggil rektosele. Kemungkinan besar kedua-dua keadaan ini boleh berlaku serentak dan harus diperiksa secara menyeluruh. Ini amat penting kerana jika tidak dikenal pasti, ia boleh meningkatkan kesengsaraan pesakit.

PUNCA

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan otot dan ligamen pelvis menjadi lemah antaranya kehamilan, bersalin, usia, menopaus, obesiti, ketumbuhan seperti fibroid yang besar, batuk atau sembelit kronik. Punca lain termasuk mengangkat bebanan yang berat, keturunan, menjalani pembedahan pelvis seperti histerektomi, pembetulan pundi kencing dan kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang.

SIMPTOM DAN DIAGNOSIS

Wanita yang mengalami masalah JOP yang sedikit ada kalanya tidak merasai sebarang simptom atau ketidakselesaan. Sekiranya pundi kencing yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan wanita sukar mengawal kencing, kerap kencing atau kencing tidak puas. Apabila usus kecil atau besar yang jatuh, ia mungkin mengakibatkan sembelit, rasa tidak puas buang air besar sehingga kadangkala terpaksa memasukkan jari untuk mengeluarkan najis. Organ rahim jatuh pula menyebabkan wanita berasa seolah-olah ada sesuatu yang berat di celah alat sulitnya. Dalam keadaan yang teruk apabila rahim jatuh keseluruhannya, ia boleh menyebabkan luka, berdarah dan jangkitan kuman.

ANTARA LANGKAH PENCEGAHAN:

RAWATAN

Sekiranya  JOP masih di peringkat awal, pesakit akan dirujuk kepada pakar fisioterapi untuk mengajar teknik senaman pelvik. Selain itu, pesari faraj iaitu alat berupa gelang yang terdapat dalam beberapa saiz boleh digunakan untuk mengekang rahim daripada jatuh. Ia boleh digunakan oleh wanita dari pelbagai peringkat usia reproduktif atau wanita menopaus yang tidak boleh atau tidak memilih cara pembedahan. Ia mungkin disebabkan wanita itu muda dan masih mahu hamil dan melahirkan anak atau wanita berusia yang tidak sihat untuk menjalani pembedahan. Namun ia perlu diganti setiap tiga atau empat bulan dan pesakit hendaklah berjumpa pakar sakit puan untuk memasang dan menukarnya. Secara amnya, setiap rawatan individu bergantung kepada pelbagai sebab seperti usia, simptom, jenis JOP, perancangan reproduktif dan seksual, tahap kesihatan serta kesannya kepada kehidupan wanita itu. Rawatan pembedahan menjadi pilihan terakhir bagi menangani JOP. Penghidapnya juga boleh berjumpa bidan terlatih yang mempunyai kemahiran dalam membantu merawat keadaan ini. Kebiasaannya, teknik urutan yang betul sedikit sebanyak mampu membantu dan menangani keadaan ini, namun penerangan daripada doktor diperlukan terlebih dulu.

KESAN BURUK AKIBAT PERANAKAN JATUH

GANGGUAN KENCING – Wanita yang mengalami masalah peranakan jatuh atau prolapse selalunya berdepan dengan masalah kencing yang pelbagai. Ada sesetengah kes yang kerap kencing tetapi ada juga yang sukar untuk kencing. Namun kes yang seringkali terjadi bilamana wanita gagal mengawal kencing terutama ketika batuk, bersih atau ketawa. Ini serius!

GANGGUAN HUBUNGAN INTIM – Apabila peranakan jatuh, faraj akan mengalami kelonggaran dan otot di sekelilingnya akan turut terjejas. Hal ini mengakibatkan kenikmatan hubungan intim menjadi terganggu.

SAKIT PINGGANG – Masalah peranakan jatuh juga akan membuatkan seluruh kawasan pada bahagian bawah merasa sakit terutama selepas berjalan atau berdiri terlalu lama. Malah kesan daripada itu juga akan membuatkan sakit di bahagian pinggang.

RAHIM TERKELUAR – Untuk kes yang teruk, ada segelintir wanita yang rahimnya telah terkeluar dan ini menyebabkan kesakitan yang serius. Selain rasa sakit dan tidak selesa, ada juga kes yang terkeluar hingga terkena pada permukaan seluar dalam dan ini pastinya menyakitkan.

JANGKITAN VIRUS – Bukan itu sahaja malah jika rahim terkeluar, mereka cenderung dijangkiti kuman di kawasan ini dan mengakibatkan berlakunya keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak. Ini sudah semestinya buat wanita rasa tidak selesa dan terdedah kepada risiko jangkitan lain.

PUNCA-PUNCA RAHIM TURUN

KESAN AKIBAT PERANAKAN JATUH

TANDA AWAL RAHIM JATUH

Sumber:  harian metro/ keluarga.my / mingguanwanita.karangkraf.com