KelabMama

Dietitian Jelaskan Kenapa Bahaya Catu Air & Makanan Ketika Berpantang

makanan ketika berpantang

SIA SIA IBU MENGANDUNG MENGALAMI KESAKITAN BERSALIN SERUPA PATAH 20 TULANG

Itu merupakan ayat pertama dalam posting Dietitian terkenal, Puan Fizah Sobri. Apa yang membuatkan beliau berkata begitu? Dalam satu posting beliau baru-baru ini, Puan Fizah kongsikan mengenai pentingnya air dan makanan ketika berpantang. Namun begitu, beliau kesal dengan beberapa statement yang mengatakan harus catu air dan makanan ketika berpantang. Ujar beliau,

Isu Air & Makanan Ketika Berpantang

Tapi sejak akhir ini jadi issue pula pantang ini.
Ada manusia yang bongkak, sombong (yang hanya reti buat cerita di muka buku) memutarbelitkan kata kata doktor (yang menyelamatkan nyawa ibu ibu).

Sumber: Facebook @Dietitian Fizah Sobri

AMARAN! Amalan mencatu air dan makanan ketika berpantang BOLEH memudaratkan si ibu!

Mengapa doktor, dietitian, malah datin juga tidak mencadangkan untuk amalan ini diteruskan?
Iye amalan ini boleh memudaratkan dan jangan lah paksa ibu ibu untuk minum air sikit makan sikit hanya sebab nak ‘cantik’ dengan hilang berat yang naik waktu bersalin?

Eh, kenapa pula bahaya? Ada je yang amalkan. Orang dulu-dulu okay je amalkan…

Betul, tak salah mengamalkan pantang larang yang diamalkan orang-orang tua kita dahulu, tapi sekarang zaman dah lain. Ada perkara yang masih sesuai untuk diamalkan, ada yang tidak. Malah, dengan pelbagai kajian dan perkara yang berlaku sekarang, lebih baik kita sesuaikan amalan tersebut dengan keadaan semasa. Ini penjelasan Dietian Puan Fizah Sabri mengenai perkara ini:

+1 IBU SELEPAS BERSALIN PERLUKAN PROTEIN YANG CUKUP

Ibu sudah mengalami trauma kepada badan . Tahukan anda proses bersalin secara normal sama trauma seperti patah 20 tulang (57 del, uni kesakitan) sekaligus, sedangkan manusia biasa hanya boleh tahan sehingga 45 del. Begitu sakitnya ibu mengandung yang melahirkan anak secara normal.

Bagi ibu bersalin secara caesarean tak kurang sakitnya. Operation ini diklasifikasikan sebagai major operation dan perlu bedah 6 lapisan untuk keluarkan baby, maka ibu perlu pulih 6 lapisan abdomen sebelum mengandung semula.

Keperluan protein bagi ibu bersalin boleh mencecah sehingga 2.0g/kg.

Trauma ini memerlukan keperluan protein yang lebih untuk bantu proses baik pulih. Mengikut keperluan pesakit yang menjalani pembedahan/trauma, keperluan protein boleh mencecah sehingga 2.0g/kg untuk elakkan muscle breakdown dan galakkan recovery.

+2 IBU BOLEH MENGALAMI DEHIDRASI & KOMPLIKASI

Kehilangan air dan darah yang banyak sewaktu proses bersalin. Dahla trauma, sakit yang tak boleh dibayangkan, tambah pulak kemungkinan dehidrasi dan komplikasi akibat kehilangan darah yang banyak.

Berpantang atau tidak, penting untuk minum air sekurang-kurangnya 8 cawan sehari!

Zat yang mencukupi sangat diperlukan untuk bina semula darah yang hilang, tisu dan otot yang koyak dan untuk membekalkan susu ibu yang mencukupi. Perlu minum air semula untuk re-hydrate air yang dah hilang. Jangan catu air! Minum sahaja 8 cawan sehari.

+3 MENINGKATKAN RISIKO SEMBELIT & JAHITAN TERBUKA

Kurang bergerak, kurang makan serat dari sayur dan buah. Ni meningkatkan risiko untuk sembelit, dan sekaligus meningkat risiko untuk buka semula jahitan. Nak kena jahit semula?

Makan la sayur dan buah..masih lagi perlu amalkan suku suku separuh waktu berpantang ye..

Jangan skip buah-buahan dan sayur-sayuran walaupun berpantang.

Kurang bergerak pula akan lagi sukarkan najis lalu dan kurang pergerakan akan kurang pengedaran darah yang optima.

Cik takdak suruh mak mak pi angkat berat, exercise terus tapi ada ibu ibu yang pantang extreme taknak gerak sampai mandi pun setiap selang sehari baru mandi. Mau luka bersalin infected sebab tak jaga kebersihan.

Puan Fizah juga menasihatkan agar tidak menjadikan isu berpantang ini sebagai isu ‘memecah belah’. Tiada istilah berpantang secara moden betul, dan pantang tradisi salah atau sebaliknya. Setiap amalan ada baik buruknya. Mama hanya perlu fikirkan adakah amalan tersebut membahayakan nyawa atau tidak.

Kalau pakar-pakar dan pengamal perubatan dah nasihatkan boleh atau tak tu, mesti ada sebabnya. Mama jangan pula senang sangat percaya dengan kata-kata mereka yang kurang berpengalaman atau yang tak pernah ada pengalaman berpantang sekali pun. Apa-apa pun, dapatkan nasihat doktor dan pakar yang sahih. Jangan pula simply tanya di group Facebook atau Whatsapp dan terus percaya pendapat orang. Setiap individu lain keadaan badannya.