KelabMama

Bahaya Ubat Acnotin Punca Kecacatan Bayi Dalam Kandungan

Bila sesetengah wanita terlalu obses nak cantik sehingga sanggup makan atau ambil apa saja tanpa memikirkan kesan pada jangka masa panjang. Ditambah pula sejak kebelakangan ini, penjualan ubat kawalan secara terbuka dilaman sosial semakin menjadi-jadi. Antara ubat kawalan yang dijual ialah Acnotin.

Untuk pengetahuan mama, sesiapa yang nak makan ubat Acnotin ini wajib mendapatkan nasihat dan pemantauan dari doktor dulu sebelum digunakan. Ini kerana Acnotin ni mengandungi bahan aktif Isotretinoin dan boleh menyebabkan kecacatan bayi dalam kandungan.

[ALERT] INI ADALAH PUNCA PRODUK ACNOTIN TIDAK BOLEH DIJUAL SECARA ONLINE !

Seorang bayi yang baru dilahirkan dirujuk kepada pasukan pakar kanak-kanak untuk menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kecacatan telinga.

Cuping telinga kanan bayi tersebut terlalu kecil dan lubang telinganya boleh di lihat dengan jelas. Manakala telinga kiri hanya ada sedikit daging yang tergantung dan TIDAK mempunyai lubang telinga.

Siasatan lanjut mendapati ibu bayi malang tersebut telah menggunakan produk Isotretinioin selama 2 tahun sehingga 1 bulan sebelum hamil. Keadaan ini di namakan sebagai Isotretinin Embryopathy.

Selain kecacatan telinga, kecacatan lain yang boleh berlaku adalah;

Tulang dan struktur wajah
Sumbing
Masalah sistem saraf

Oleh kerana risiko TERATOGENIK iaitu kecacatan pada bayi, ubat yang mengandungi bahan aktif Isotrenionin perlu di kawal dengan ketat dan WAJIB mendapat pemerhatian doktor sebelum dan semasa di gunakan.

TERKINI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang penjualan ubat terkawal produk Acnotin yang dijual secara dalam talian sama ada melalui media sosial.

Tanpa mendapat rujukan doktor dan tahu mengenai risiko TERATOGENIk kepada bayi, penjual BERANI menjual produk ubat terkawal ini secara online dengan berleluasa. Bagi meyakinkan pelanggan, testimoni di gunakan untuk membuktikan keberkesanan produk.

FAST FACT

Bahan aktif Acnotin iaitu Isotretinoin

Isotretinoin dikelaskan sebagai Racun Kumpulan B di bawah Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Pembekalan ubat-ubatan mengandungi racun Kumpulan B, Ahli Farmasi berlesen hanya boleh membekalkan ubat-ubat tersebut kepada pesakit melalui preskripsi yang sah yang dikeluarkan oleh pengamal perubatan berdaftar, pengamal pergigian berdaftar atau pegawai veterinar

Isotretinoin mempunyai kesan sampingan TERATOGENIK dan boleh menyebabkan kecacatan kelahiran.

Penjualan Acnotin atau produk-produk yang mengandungi Isotretinoin secara dalam talian adalah dilarang sama sekali dan tidak sah di sisi undang-undang.

APAKAH TINDAKAN KKM?

KKM telah menubuhkan satu ‘task force’ yang berfungsi untuk melakukan ‘Internet-activity analysis’ termasuk memantau dan menyiasat mana-mana aktiviti penjualan produk farmaseutikal secara dalam talian termasuklah produk Acnotin.

Sehingga kini, sebanyak 50 laman sesawang dan media sosial berkaitan penjualan produk Acnotin telah disaring, dipantau dan diambil tindakan di seluruh Malaysia seperti sekatan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

KESEDARAN PENGGUNA

Kegilaan wanita terhadapat kecantikan sememangnya luar biasa.

Sebelum ini, banyak perkongsian mengenai produk yang mengandungi merkuri yang sememangnya di ketahui menjejaskan buah pinggang dan memberi kesan kepada perkembangan otak anak anak. Informasi kami kongsikan, terserah kepada kebijaksanaan anda untuk mebuat pilihan menjauhi apa jua produk untuk kecantikan bertoksik.

ADUAN & PERTANYAAN

Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200

Semak status produk di http://npra.moh.gov.my/ ATAU hubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Sumber

1. A Case of Suspected Isotretinoin-Induced Malformation in a Baby of a Mother Who Became Pregnant One Month after Discontinuation of the Drug https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2703771/

2. Kenyataan Akhbar KPK 12 Disember 2018 – Larangan Penjualan Produk Acnotin Secara Dalam Talian
https://kpkesihatan.com/…/kenyataan-akhbar-kpk-12-disember…/

Sumber : Public Health Malaysia

BACA JUGA HINDARI KECACATAN BAYI KETIKA DALAM KANDUNGAN

Pesan Mama Siti

Wanita dan kecantikan tak dapat nak dipisahkan tapi kalau terlalu obses sampai sanggup membahayakan diri sendiri apa faedahnya. Luar cantik tapi dalaman rosak bahaya juga kan? Terutamanya kalau mama hamil. Jangan jadikan bayi dalam kandungan sebagai mangsa demi nak kejar kecantikan. Berpadalah nak ambil atau makan apa pun. Nama pun ubat kawalan pasti ada sebabnya kenapa ia dikawal dan hanya dapat persetujuan dari doktor saja boleh ambil.