KelabMama

Bagusnya Buah Naga Untuk Si Manja Mama & Mama Hamil

Siapa yang tak suka makan buah naga kan? Semua orang suka termasuklah si manja mama. Bila si manja mama dapat makan buah naga ni memang akan comot dibuat. Comot tak apa, asalkan si manja sihat. Tak gitu mama?

Isinya yang lembut dan berbutir dengan biji-biji halus yang boleh dimakan. Isi buah naga ni ada 2 warna iaitu putih dan kemerahan atau ungu. Dua-dua ni sedap tau! Buah ini memang sangatlah bagus untuk si manja mama dan mama yang hamil kerana mengandungi antioksida, vitamin A dan vitamin C.

KHASIAT BUAH NAGA UNTUK SI MANJA

#Kurangkan kembung

Anak kecil dan kembung tak dapat dipisahkan. Untuk bayi yang dah berusia 6 bulan dan ke atas mama boleh berikan buah naga ni. Serat yang tinggi dalam buah ini dapat bantu si manja mencerna makanan dengan baik dan dapat kurangkan kembung perut.

#Kaya dengan Vitamin A dan C

Seperti yang Mama Siti sebut tadi buah ini mengandungi antioksida, vitamin A dan vitamin C. Vitamin A sangat bagus untuk melindungi si manja daripada jangkitan manakala vitamin C pula sangat baik untuk kesihatan kulit termasuklah mama hamil.

#Tingkatkan imuniti badan si manja

Kandungan antioksida yang tinggi dalam buah naga ni dapat hindarkan kerosakan atau keradangan sel. Salah satu antioksida dikenali sebagai fenol bersifat melindungi si manja dari radikal bebas supaya si manja tak mudah sakit. Kajian juga membuktikan buah naga ni kaya dengan carotenoid ini boleh kurangkan risiko kanser dan penyakit jantung tau!

#Ubat sembelit

Anak kecil juga kerap kena sembelit. Jadi buah ini memang sesuai digelar ubat sembelit kerana buah ini mampu membuatkan si manja mama mudah membuang. Selain makan begitu je, dibuat dalam bentuk jus atau smoothie lagi sedap!

#Ada prebiotik

Mesti mama pernah dengarkan? Ye prebiotik ni selalu disebut dalam susu kultur. Ia adalah bakteria yang baik untuk perut. Tapi susu kultur ni tak sesuai untuk si manja mama. Untuk beri prebiotik secara semula jadi adalah dengan buah naga ni. Ia juga meningkatkan fungsi pencernaan si manja mama.

#Pertumbuhan janin

Mengandungi mineral seperti zat besi, magnesium dan potassium. Sangat baik untuk kesihatan tulang si manja dan juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

KHASIAT BUAH NAGA UNTUK MAMA HAMIL

#Cegah Anemia

Buah ini mengandungi zat besi yang sangat membantu untuk membentuk sel-sel darah merah dan kurangkan risiko Anemia.

#Tambah tenaga dan kurangkan sembelit

Kandungan karbohidrat dalam buah naga ni boleh berikan mama hamil tenaga dan kurangkan masalah sembelit.

#Kuatkan tulang dan gigi

Kandungan kalsium yang terdapat dalam buah ni membantu dalam pembentukan tulang dan gigi janin. Mama akan tetap segar walaupun tengah hamil.

#Jaga perkembangan otak janin

Antioksidan dalam buah naga ni membantu perkembangan otak janin dan cegah kecacatan sistem saraf otaknya. Kekuatan daya tahan badan mama serta tahap kolestrol pun jadi lebih baik.

BACA LAGI : RAHSIA IBU HAMIL SENTIASA CERIA DENGAN KULIT CANTIK

Khas buat mama,
mulai hari ni kena simpan stok buah naga ni dalam peti ais sebab buah
ni sangat bagus untuk si manja. Bukan setakat si manja je yang suka
makan, satu keluarga boleh nikmati bersama tau! Jangan berebut dengan
si manja sudah lah ye hehe. Buat mama yang sedang hamil tu,
rajin-rajinlah makan buah ye terutamanya buah naga ni. Sangat bagus
untuk kandungan mama dan bekalkan tenaga kepada mama hamil supaya
bertenaga sepanjang hari. Semoga bermanfaat untuk mama dan bakal
mama!