KelabMama

Kenapa Badan Anda Mudah Lebam?

Lebam berlaku akibat kebocoran pada salur darah di lapisan kulit. Lebam sering dialami oleh kanak-kanak semasa melakukan aktiviti seharian mereka. Mereka kerap jatuh semasa bermain, terlanggar sesama sendiri atau terlanggar perabot. Lebam yang membimbangkan adalah lebam yang berlaku secara spontan atau lebam yang berlaku lebih dari sepatutnyadan hanya disebabkan oleh kecederaan ringan.

Pendarahan tidak normal boleh disebabkan oleh:

 

Proses pembentukan fibrin melibatkan satu sistem amplifikasi biologi yang dipanggil laluan pembekuan (coagualation pathway). Semasa sistem pembekuan ini beroperasi faktor-faktor pembekuan darah akan tertumpu pada tempat yang tercedera. Kini terdapat 14 faktor pembekuan darah yang diketahui dan masalah dalam mana-mana faktor ini boleh mengganggu sistem pembekuan dan menyebabkan masalah pendarahan. Terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan mudah lebam di kalangan kanak-kanak. Sebahagiannya lebih kerap berlaku berbanding yang lain. Antaranya adalah:

Permasalahan Salur Darah (Gangguan Vaskular)

Ciri-ciri permasalahan salur darah dikenalpasti apabila kanak-kanak menjadi mudah lebam dan pendarahan secara spontan dari salur darah yang kecil berlaku. Ini berpunca samada dari salur darah itu sendiri atau dari tisu perantara di sekitar salur darah. Pendarahan yang berlaku biasanya tidak teruk. Pendarahan selalunya berlaku dalam kulit dan menyebabkan lebam atau bintik kecil merah yang tidak gatal (disebut sebagai “petechiae”) atau kedua-duanya sekali. “Petechiae” berlaku apabila salur darah yang sangat kecil (yang dipanggil kapilari) mengalami pendarahan di bawah kulit. Terdapat juga sesetengah pendarahan dari atau mukosa (biasanya lapisan di rongga mulut).

Skurvi

Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan pendarahan pada mukosa, lebam dan “petechiae”. Keadaan ini dipanggil skurvi dan berpunca daripada kerosakan bahan dalam sel yang membina salur darah.

 

Hemangioma

Hemangioma adalah pertumbuhan salur darah yang tidak normal pada kulit, membran mukus dan organ dalaman. Ia wujud semasa kanak-kanak masih bayi dan boleh menyebabkan pendarahan apabila berlakunya trauma kecil dan boleh berlaku secara spontan. Salur darah yang tidak normal ini biasanya adalah gumpalan salur darah yang berliku-liku (berbelok-belok) yang melambatkan pengaliran darah. Oleh yang demikian, platelet boleh terperangkap dalam gumpalan ini dan kuantitinya menjadi berkurangan dalam pengaliran darah seluruh badan hingga boleh menyebabkan pendarahan. Penggunaan platelet atau “platelet consumption” dalam hemangioma disebut sebagai “Sindrom Kassabach- Merrit”.

Transfusi plaletet tidak membantu meningkatkan bilangan platelet memandangkan antibodi yang ada akan menghapuskan platelet yang ditransfusi. Bagi pendarahan yang teruk, rawatan seperti penggunaan ubat steroid (prednisolone) atau pemberian immunoglobulin secara intravena mungkin boleh meningkatkan kuantiti platelet.

 

KEMEROSOTAN PENGELUARAN PLATLET : LEUKEMIA AKUT

 

MASALAH KUALITATIF PLATELET

 

MASALAH PROSES PENGGUMPULANHEMOFILIA

 

Sumber:.myhealth.gov.my