KelabMama

Take Note Mama! 4 Tips Kawal Bacaan Gula Dalam Darah Ibu Hamil Yang Ada GDM

GDM ibu mengandung

Mama semua mesti tahu apa itu GDM kan? GDM atau bahasa saintifiknya Gestational Diabetes Mellitus atau diabetes gestasi sangat diketahui sebagai penyakit kencing manis dikalangan ibu hamil. Mesti ramai yang pelik mengapa penyakit ini menyerang sebahagian wanita hamil meskipun ibu itu tadi bukan penghidap kencing manis sebelum ini.

Menurut laporan daripada portal My Health, penyebab seseorang ibu menghidap GDM dalah faktor gangguan hormon sepanjng kehamilan.

Pada tempoh itu, kesan insulin dalam tubuh boleh terganggu sedikit disebabkan pelbagai hormon yang dihasilkan oleh plasenta. Ini dikenali sebagai rintangan insulin.

Beberapa hormon seperti estrogen, kortisol dan human placental lactogen akan mengganggu pengeluaran insulin.

Plasenta itu akan membesar pada trimester kedua dan ketiga, di mana lebih banyak hormon penghalang dikeluarkan dan seterusnya menyebabkan rintangan yang lebih tinggi terhadap tindakan insulin tubuh si ibu.

Semakin plasenta membesar semakin banyaklah hormon-hormon ini dihasilkan dan semakin tinggi rintangan insulin terjadi.

Kebisaannya, organ pankreas akan bertindak balas dengan menghasilkan insulin tambahan untuk menangani rintangan tersebut. Bagaimanapun jika gagal, maka GDM akan berlaku.

Memahami Bacaan Gula Dalam Darah

Bagaimana untuk memahami bacaan glucose yang diambil ketika hamil? Ayuh lihat carta yang Mama Siti sertakan ini:

Venous plasma glucose (mmol/l)Puasa2 Jam Selepas Minum Air Gula
NormalBacaan gula dalam darah tidak melebihi 5.1Bacaan tidak melebihi 7.8
GDMBacaan gula dalam darah catat 5.1 atau lebihBacaan berada pada paras 7.8 atau lebih

Sebagai contoh, sekiranya Mama telah berpuasa sejak jam 10 malam dan ujian darah pada keesokan paginya mendapati bacaan tercatat adalah pada paras 5.0 dan ke bawah, maka ia adalah bacaan normal dan sihat.

Mama kemudiannya diminta untuk minum segelas air gula dibekalkan pihak klinik dan sebaik selesai minum, Mama perlulah berpuasa lagi untuk tempoh dua jam sebelum repeat blood test bagi menilai keupayaan insulin tubuh Mama sama ada bertindak balas terhadap sesuatu yang manis atau sebaliknya.

Jika insulin semulajadi dalam tubuh gagal bertindak, maka bacaan gula dalam darah akan mencatat paras 7.8 dan ke atas. Sekiranya itu berlaku, maka seseorang itu boleh tergolong dalam kumpulan GDM ketika hamil.

Kumpulan Yang Berisiko Menghidap GDM

Terdapat sebahagian wanita yang sangat bersiko menghidap GDM sepanjang kehamilan. Menurut laporan portal My Health, golongan berisiko menghidap GDM adalah seperti berikut:

  1. Sejarah keluarga menghidap diabetes.
  2. Mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti.
  3. Wanita hamil berusia 25 tahun dan ke atas.
  4. Menghidap GDM ketika kehamilan yang lalu.
  5. Mengalami masalah yang berkaitan semasa hamil seperti hipertensi, penghasilan cecair amnion berlebihan (polihidramnios), keguguran.
  6. Pernah melahirkan bayi yang bersaiz besar (>4kg) ketika kelahiran terdahulu, lahir mati, atau bayi yang dilahirkan cacat.
  7. Jangkitan Kandidiasis faraj yang berulang-ulang dan jangkitan kulat pada kulit.

Kaedah Mengawal Gula Dalam Darah

Sekiranya Mama disahkan menghidap GDM, jangan anggap Mama dah tak boleh sentuh makanan manis langsung. Ada kaedah dan petua bagi mengurangkan masalah ini yang boleh dipraktikkan bagi memastikan gula dalam darah tadi sentiasa terkawal.

Ini empat tips Mama Siti kongsikan untuk Mama lakukan bagi memastikan Mama sentiasa sihat dan aktif sepanjang kehamilan:

1. Lakukan Senaman Ringan

Pesakit GDM selalunya mengamalkan pemakanan yang seimbang tetapi tidak melakukan senaman. Maka, tahap gula atau glukos selalunya akan kekal tinggi.

Aktiviti senaman yang kerap dapat mengurangkan risiko disebabkan oleh GDM dengan meningkatkan keberkesanan tindakan insulin dalam sel-sel badan anda, sekali gus mengekalkan paras glukosa darah yang optimal.

Senaman yang dimaksudkan adalah senaman sederhana seperti berjalan kaki selama 30 hingga 45 minit setiap hari. Ramai yang bertanya, setelah melakukan kerja-kerja rumah, maka perlukah melakukan aktiviti berjalan kaki ini? Jawapannya adalah, ya!Makan dengan kerap tapi dalam kuantiti sedikit

2. Makan Dengan Kerap Tapi Dalam Kuantiti Sedikit

Waktu makan utama iaitu sarapan, makan tengah hari dan makan malam dikekalkan tapi ambil snek antara waktu makan utama. Antara masa sarapan dan makan tengah hari ambil snek pagi. Di antara makan tengah hari dan makan malam pula ambil snek petang.

3. Memilih Makanan Yang Sesuai

4. Ikuti Nasihat Pakar

Bagi sarapan, makan tengah hari dan malam; amalkan diet yang disarankan oleh pakar pemakanan anda. Hafal piramid makanan dan pastikan anda ikut.

Ia penting bagi memastikan anda makan ikut kuantiti yang sepatutnya. Hamil bukan bermakna anda perlu makan untuk dua orang, ia adalah tanggapan yang salah sama sekali.


Bagi Mama yang hamil, fahami tips kehamilan yang lain seperti yang dikongsikan di SINI.