KelabMama

Awas! Pakar Dedahkan Diabetes Dalam Kalangan Kanak-kanak Meningkat Pada Kadar Membimbangkan

Sumber: Med Age

Terdapat peningkatan dalam penyakit diabetes dalam kalangan anak-anak kita. Ini bermula daripada diet yang tidak seimbang dan mengakibatkan kanak-kanak mendapat obesiti dan akhirnya menjadi penyakit diabetes.

Dr Muhammad Yazid Jalaludin, Pakar Perunding Kanan Pediatrik di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mengatakan dalam laporan yang dikeluarkan Free Malaysia Today bahawa,

“Bilangan kanak-kanak yang menghidap diabetes pada masa ini adalah sekitar 1,500, dengan kira-kira 1,200 menghidap diabetes mellitus jenis 1 (dm) dan sekitar 300 dengan jenis 2 (dm), menurut tinjauan di kalangan semua pakar endokrinologi pediatrik di negara ini, ”

Tambahan pula, beliau juga mengatakan bahawa merawat type 2 diabetes pada kanak-kanak adalah lebih sukar daripada merawat dewasa. Ini adalah kerana kekurangan ubat untuk merawat penyakit ini.

Type 2 diabetes adalah normal dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak menurut Dr Yazid. Tetapi jika tidak dirawat, apabila kanak-kanak meningkat usia 20-an dan 30-an, ia akan menyebabkan komplikasi dalam jangka masa yang lama.

Menurut kajian, remaja dan dewasa muda mengalami penurunan 15 tahun dalam jangka hayat selepas disahkan menghidap penyakit diabetes.

Selain daripada itu, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2017, berkata tujuh daripada 10 remaja kerap tidak mengambil sarapan dan ibu bapa perlu memastikan anak-anak mereka bersarapan untuk mengelakkan obesiti.

Ibu bapa tidak perlu memberi anak-anak wang saku dalam jumlah yang banyak dan seharusnya memantau berat badan dan indeks jisim badan (BMI) anak-anak mereka.

Sumber: Freepik

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Dr Koh Kar Chai, satu kaedah yang boleh dilakukan untuk menangani masalah ini adalah mewujudkan pendidikan dalam talian tentang pemakanan yang betul untuk kanak-kanak.

“Dengan cara ini, ibu bapa dapat membimbng anak-anak mereka tenang pemakanan yang sihat.”

Pihak sekolah juga memainkan peranan dalam memastikan makanan yang dijual di kantin mematuhi keperluan anak-anak dan tidak menjual makanan ringan. Aktiviti sukan juga patut menjadi kewajipan untuk mengalakkan mereka bersukan dari kecil.

Diabetes Jenis 1 vs Jenis 2 Pada kanak-kanak

Type 1 diabetes ialah penyakit autoimun. Sistem imun badan menyerang sel-sel penghasil insulin, mengakibatkan sama ada tiada atau sangat sedikit pengeluaran insulin. Penghidap type 1 diabetes harus mengambil insulin setiap hari supaya aktiviti harian mereka berjalan lancar.

Sumber: Sinar Harian

Type 2 diabetes disebabkan oleh ketidakupayaan badan untuk menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul. Untuk kekalkan atau mengawal Type 2 diabetes ini, Mama boleh diet, bersenaman dan cuba untuk menurunkan berat badan. Walau bagaimanapun, ia juga mungkin memerlukan ubat oral atau suntikan, serta suntikan insulin.

Untuk makluman Mama, dibawah menunjukkan simptom-simptom penyakit diabetes type 1 dan 2 pada kanak-kanak:

Simptom-simptom Diabetes Pada Kanak-kanak

Peringatan pada Mama untuk selalu peka dengan perubahan pada anak-anak. Ini adalah kerana orang yang menghidap diabetes type 1 dan 2 juga mungkin mengalami perubahan mood, dan penurunan berat badan secara tidak sengaja.

Oleh sebab itu, Mama jangan tunggu last minute untuk pergi berjumpa dengan doktor. Kenali simptom-simptom dan pergi ke klinik atau hospital berdekatan dengan Mama sekarang!

Dalam masa yang sama, jangan mudah berikan makanan atau minuman manis pada anak-anak Mama ya. Memang manis itu sedap, tapi ia datang dengan risikonya. Kawal pemakanan dan pengambilan gula mereka sejak usia muda lagi agar tidak menyesal di kemudian hari!