Kekuatan bukan sekadar keupayaan untuk bergerak dengan baik. Bagi ramai orang dewasa, ia juga merangkumi kesejahteraan menyeluruh yang membolehkan mereka melancong, menjalankan aktiviti hobi, meluangkan masa secara aktif bersama keluarga dan menguruskan rutin harian secara berdikari.
Mencerminkan pemahaman yang lebih luas tentang kekuatan harian ini, Anlene, jenama susu tepung dewasa No. 1 di Malaysia1*, hari ini melancarkan Anlene TOTAL+ di seluruh negara. Ia merupakan formula Anlene Total 10 yang dipertingkatkan dan kini diperkaya dengan Beta Glukan daripada yis untuk membantu menyokong sistem imun, di samping 25 vitamin dan mineral bagi menyokong keperluan pemakanan harian golongan dewasa di Malaysia.
Ia turut menggabungkan nutrien utama untuk menyokong mobiliti, kesejahteraan pencernaan dan metabolisme tenaga, sekali gus membantu golongan dewasa membina kekuatan dari dalam sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup aktif.
“Bagi golongan dewasa hari ini, kekuatan bukan sekadar mengekalkan kesejahteraan diri yang baik. Ia juga merangkumi penjagaan mobiliti, kecergasan dan keupayaan untuk berdikari agar mereka dapat kekal aktif dan terus melakukan perkara yang digemari,” kata Joselynn Lim, Ketua Pemasaran Anlene Malaysia. “Pemahaman yang lebih mendalam tentang kekuatan inilah yang menjadi garis panduan dalam pembangunan Anlene TOTAL+.”
Melangkaui Mobiliti, dengan Mobiliti Kekal sebagai Teras
Selama lebih tiga dekad, mobiliti tetap merupakan teras kepada Anlene. Tulang, sendi dan otot yang kuat kekal penting untuk menjalani kehidupan yang aktif. Namun, mengekalkan kesejahteraan menyeluruh juga bermakna memberikan perhatian kepada aspek lain, termasuk fungsi sistem imun, kesejahteraan pencernaan dan keperluan tenaga harian.
Penjagaan sistem imun menjadi semakin penting apabila usia meningkat. Penyelidikan saintifik menunjukkan bahawa sistem imun mengalami perubahan beransur-ansur seiring pertambahan usia, yang boleh menjejaskan keberkesanan tindak balas badan terhadap jangkitan2.
Selesema biasa juga kekal menjadi sebahagian daripada kehidupan golongan dewasa, dengan sorotan kajian melaporkan bahawa orang dewasa mengalami purata dua hingga tiga kali selesema setiap tahun3.
Beta glukan daripada yis telah dikaji berhubung peranannya dalam menyokong fungsi sistem imun, termasuk penyelidikan berkaitan selesema biasa dan kesihatan saluran pernafasan atas4. Ini memberikan asas saintifik yang penting bagi formula Anlene TOTAL+ yang dipertingkatkan, seiring Anlene memperluas pendekatan pemakanannya melangkaui fokus sedia ada terhadap mobiliti.
“Mobiliti akan sentiasa kekal sebagai teras buat Anlene,” tambah Joselynn. “Menerusi TOTAL+, kami membina berlandaskan asas yang dipercayai ini untuk menyokong lebih banyak aspek kesejahteraan harian golongan dewasa. Dengan menggabungkan Beta glukan daripada yis bersama kombinasi nutrien yang menyeluruh untuk kesejahteraan dewasa, kami ingin membantu warga Malaysia mengambil langkah proaktif hari ini agar mereka dapat terus melakukan lebih banyak perkara yang digemari pada masa akan datang.”
Sokongan Pemakanan Lebih Menyeluruh dengan TotalMax™
Teras utama Anlene TOTAL+ adalah TotalMax™, gabungan nutrien yang dirumus secara saintifik dan mengandungi 25 vitamin serta mineral untuk menyokong pelbagai kepentingan dalam keperluan pemakanan golongan dewasa.
Apabila diambil sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan senaman yang kerap, formula ini membantu memenuhi keperluan pemakanan harian golongan dewasa sambil menyokong pelbagai aspek kesejahteraan menyeluruh.
- Mobiliti: MOVEMAX™ dengan kandungan kalsium, protein, vitamin D, kolagen dan vitamin C yang tinggi. Penjagaan tulang, sendi dan otot adalah penting untuk mobiliti.
- Sokongan sistem imun: Diperkaya dengan Beta glukan daripada yis, yang boleh membantu menyokong sistem imun berkaitan selesema.
- Kesejahteraan pencernaan: Inulin prebiotik menggalakkan persekitaran usus yang baik.
- Tenaga harian: Vitamin B1, B2 dan B3 membantu membebaskan tenaga daripada makanan bagi menyokong keperluan tenaga harian badan.
- Sokongan pemakanan tambahan: Omega 3 dan 6 sebagai sebahagian daripada profil pemakanannya yang menyeluruh.
- MFGM membekalkan fosfolipid yang serupa dengan fosfolipid yang terdapat di dalam otak. Fungsi otak yang optimum adalah penting untuk menyokong daya ingatan.
Secara keseluruhan, nutrien-nutrien ini menawarkan pendekatan yang lebih menyeluruh terhadap pemakanan dewasa dengan menyokong pelbagai aspek kesejahteraan dan membantu golongan dewasa membina kekuatan dari dalam sebagai sebahagian daripada diet seimbang dan gaya hidup aktif.
Bukan Sekadar Mobiliti
Anlene terus memperjuangkan pemakanan dewasa di Malaysia melalui produk yang dirumus secara saintifik serta inisiatif yang menggalakkan golongan dewasa menjaga kesihatan tulang, sendi dan otot.
Seiring dengan keperluan pengguna dan amalan hidup sihat yang terus berkembang, Anlene TOTAL+ melambangkan langkah seterusnya dalam perjalanan ini dengan memperluas pendekatan Anlene terhadap kekuatan harian, sambil mengekalkan mobiliti sebagai terasnya.
Sama ada meluangkan masa bersama keluarga dan melancong, hinggalah menjalankan hobi dan menguruskan rutin harian secara berdikari, kekuatan harian dapat membantu golongan dewasa terus melakukan lebih banyak perkara yang mereka gemari dengan lebih yakin dan berdikari.
Ini mencerminkan kepercayaan Anlene bahawa amalan hidup sihat bukan sekadar melanjutkan usia, tetapi membantu golongan dewasa menjalani kehidupan yang lebih bermakna sepanjang usia tersebut.
Anlene TOTAL+ kini boleh didapati di pasar raya utama, pasar raya besar, farmasi dan platform e-dagang terkemuka di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan butiran jelajah, sila layari Facebook Anlene (@AnleneMalaysia), Instagram (@anlene_malaysia) atau laman web Anlene di https://www.anlene.com/my/ms
Rujukan
- NielsenIQ report data via Retail Index Service for adult segment for the 52-week period ending 31 October 2022, Peninsular Malaysia market. (Copyright © 2022, NielsenIQ.)
- Lewis ED, Wu D, Meydani SN. Age-associated alterations in immune function and inflammation. Progress in Neuro-Psychopharmacology & Biological Psychiatry. 2022;118:110576.
- Arroll B. Common cold. BMJ Clinical Evidence. 2011;2011:1510
- Zhong K, Liu Z, Lu Y, Xu X. Effects of yeast β-glucans for the prevention and treatment of upper respiratory tract infection in healthy subjects: a systematic review and meta-analysis. European Journal of Nutrition. 2021;60(8):4175–4187.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa ketahui DI SINI!
