KelabMama

Anemia Ketika Hamil Cetus Risiko Keguguran

anemia ketika hamil

Rasa lesu, letih, tidak bertenaga, semput, pening, rasa berdebar, kulit pucat, dan tidak boleh berfikir dengan jelas, merupakan antara simptom-simptom seseorang itu menghidap anemia. Sering kali mereka yang mengalami simptom-simptom ini hanya mengandaikan tidak mendapat rehat yang cukup. Sesiapa sahaja boleh menghidap penyakit ini, tetapi golongan yang lebih kerap dikaitkan adalah ibu-ibu mengandung. Ye, ramai wanita mengalami anemia ketika hamil. Simptom-simptom ini dikatakan perkara biasa yang dialami wanita hamil, malah mereka seringkali dimaklumkan supaya mengabaikan gejala-gejala tersebut memandangkan semua itu disebabkan kesan perubahan hormon akibat hamil.

#Rawatan Anemia Ketika Hamil

Oleh itu, golongan wanita disaran menjalani ujian darah sebelum merancang hamil bagi mengetahui tahap hemoglobin masing-masing. Namun, senario yang lazim dilihat ialah kebanyakan wanita hanya berjumpa doktor selepas mereka disahkan mengandung dan pada masa itu, mereka sudah pun didapati mengalami anemia yang ringan. Pada masa yang sama, wanita-wanita hamil dinasihatkan agar mengubah gaya hidup dan pemakanan.Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti ayam, sayur hijau, kekacang, hati, bijirin penuh, buah-buahan kering seperti prun dan kismis, tembikai, labu, bijan, dan tauhu.Bagi kebanyakan kes, doktor akan mengesyorkan pengambilan pil zat besi tambahan untuk merawat  anemia.

Justeru, wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan darah mereka dengan melakukan ujian darah apabila merancang untuk hamil, semasa hamil serta empat hingga enam minggu selepas melahirkan anak. Untuk mengekalkan kecergasan, pengambilan zat besi yang secukupnya daripada makanan dan pemakanan tambahan bagi membantu meningkatkan paras hemoglobin darah turut digalakkan. Jadi, kepada wanita-wanita di luar sana, jangan lupa mendapatkan bantuan perubatan serta-merta jika menghadapi simptom anemia terutama bagi wanita-wanita hamil.

Sumber: Utusan