KelabMama

ANDA WANITA? AMBIL BERAT FUNGSI & KESIHATAN RAHIM ANDA!

Kaum wanita sejak dari dulu dipesan oleh ibu ataupun nenek agar menjaga organ peranakan ini. Malah bermacam-macam petua diperturunkan untuk tujuan itu. Ia untuk mengelakkan bahagian yang menjadi lambang kewanitaan ini ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi untuk melahirkan zuriat. Namun ketika ini semakin ramai wanita berdepan dengan masalah ketumbuhan yang berkaitan dengan rahim.

                Rahim diciptakan khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin. Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ dan anggota yang sempurna dan mempunyai nyawa. Semua peroses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim. Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi. Gejala yang sering dialami wanita ialah senggugut teruk, perdarahan banyak serta jadi mandul. Sungguh menyedihkan bila situasi begini berlaku.

 

Penjagaan Rahim

Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga – ibu, nenek, ibu saudara adik beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan baka, mungkin menyumbang 10 peratus kepada faktor-faktor penyebab.

Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal ketika usia muda boleh mencegah dari tumbuhan fibroids dan adenomyosis. Ketika hamil otot rahim membesar dan kembang sehingga 1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal. Peroses kehamilan sebenarnya melindungi rahim dari ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam tumbuhan fibroids dan adenomyosis.

Rahim dipengaruhi dengan dua hormon wanita – estrogen dan progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel otot (myometrial hyperplasia) manakala progesterone meningkatkan salur darah endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial hypertrohy). Kedua-dua hormon perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim. Hormon estrogen penting bagi banyak fungsi tubuh badan wanita serta ciri-ciri kewanitaan dan kecantikan. Tapi bila berlebihan dan tak seimbang estrogen boleh menimbulkan bermacam-macam penyakit dan gangguan.

Di antaranya:

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

Sumber asli hormon estrogen bagi wanita ialah kilang ovari, adrenal dan lemak badan.Setengah makanan saperti makanan dari kacang soya juga jadi sumber phytoestrogen. Bahan plastik dan sterofoam dan insecticide dan spray pewangi mengeluarkan xenoestrogen.

 

FAKTOR YANG MENGGANGGU IMBANGAN HORMON.

 

 

 

Sumber: HealthCentre.my