KelabMama

Awas Mama! Jika Anak Tersedak Susu, Apa Harus Mama Buat? Pakar Kanak-Kanak Jelaskan

Sebelum menjadi seorang ibu bapa, terdapat beberapa perkara yang harus Mama tahu untuk menjaga seorang bayi dan antaranya ialah memberi mereka susu. Bagi anak susu semestinya perkara yang asas untuk ibu bapa tahu dan memandang serius.

Viral di TikTok, seorang ibu kongsikan satu peristiwa pahit yang terjadi kepada anaknya. Si kecil Mama tersedak hingga ke telinga akibat susu.

Akibat Salah Posisi, Anak Tersedak

Dengan suasana yang muram, ibunya menceritakan pertama kali ianya berlaku, anaknya mengalami demam panas sehingga ia mengakibatkan keluar lendir di bahagian telinga seakan-akan hingus. Si ibu bergegas ke hospital untuk rawatan lanjut dan doktor mengesahkan anak wanita itu berkemungkinan tersedak susu dan ia keluar mengalir melalui telinga.

Menerusi penjelesan doktor, kepala bayi sewaktu menyusu perlu lebih tinggi dari badan agar dapat ditelan dengan betul dan tidak menjejaskan kesihatan bayi.

@jennyferonica21 MAAFIN BUNDA YA NAK #infeksitelinga #fypage #masukfyp #fyp #fypdongggggggg #fypシ゚viral ♬ TAK INGIN USAI SADVIBES VERSION – sadvibes

Tips Daripada Pakar Kanak-Kanak Untuk Elakkan Tersedak Susu

Mujur ada Dr Redza Zainol! Dengan tipsnya untuk elakkan anak-anak tersedak ia mungkin dapat membantu Mama serba sedikit. Berikut merupakan perkongsiannya melalui TikTok, tentang cara-cara untuk elakkan tersedak susu semasa penyusuan.

Ikuti tips menyusu yang penting daripada Dr Redza Zainol, Pakar Kanak-Kanak iaitu:

Mama Siti harap ia tidak akan berlaku pada anak-anak Mama, tetapi better be safe than sorry! Sekarang Mama dah tahu tips untuk elakkan anak-anak tersedak semasa menyusu, harap ia akan membantu pada hari kelak!

@drredzazainol Risaukan anak tersedak susu? #TikTokGuru #LearnOnTikTok #JomBelajar #HealthCheck #tiktokdoctor ♬ Wake up in the Morning – Tegami

Pesan Mama Siti:

Berhati-hati semasa menyusukan anak. Pastikan posisi mereka betul dan lakukan tips di atas. Jangan ambil mudah ya Mama!

Selamat mencuba dan berhati-hati sentiasa!

Kredit: TikTok Javas Momy’s & Dr Redza Zainol