KelabMama

Iktibar Untuk Semua. Ibu Ini Kongsi Pentingnya Melatih Anak Makan Makanan Berzat Dari Kecil

Kredit gambar: Facebook Adila Azurin

Seorang ibu menyangkakan apabila anak sudah dewasa mesti mereka akan makan dengan baik dan betul, tetapi sangkaannya kurang tepat apabila berat badan anaknya semakin merosot dan rambutnya semakin nipis. Apakah puncanya?

Ikuti perkongsian daripada Puan Adila Azurin di Facebook tentang kenapa ia sangat penting untuk pantau anak-anak kita dan apa simptom-simptom yang Mama perlu take note apabila anak tidak mendapatkan zat yang mencukupi.

Jom baca dengan lebih lanjut.

Tak apa nanti anak dah besar, pandailah dia nak makan.”

Pernah terfikir macam ni? Ubah sebelum menyesal. Raya baru ni ramai yang tanya pasal kesihatan Adra. Buat mereka yang tak tahu, 3 bulan lepas Adra warded 3 hari di hospital sebab masalah anemia. Kurang hemoglobin (HB) dalam sel darah merah. Kalau nak tahu, HB ni la yang tolong angkat oksigen dari paru-paru untuk salurkan ke seluruh badan.

Sebelum warded hospital, Dila bawak Adra ke Klinik Kesihatan (KK) untuk buat blood test, sebab dalam sebulan tu dia kerap demam. Hampir setiap bulan. Sebelum ni Adra memang jarang demam. Kalau demam pun tak lama. Hari ni demam, esoknya dah baik. Dila confiden Adra susah kena penyakit sebab Dila ‘fully breastfeed’ sampai setahun setengah. Sangkaan Dila, imun badan dia mesti kuat.

Kerap Demam, Apa Akibatnya?

Kredit gambar: Facebook Adila Azurin

Tapi entah kenapa bulan 4 lepas Adra demam sampai 2 kali dalam sebulan. Pertama kali Adra buat ujian darah di Klinik Kesihatan, terus dia kena refer ke hospital sebab bacaan HB dia masa tu 5 sedangkan bacaan yang doktor bagitau untuk kanak-kanak normal adalah 13. Kurang dari separuh. Arghhhh, terkejut Dila. Tanya doktor KK apa puncanya, tapi doktor KK bagitahu hospital akan buat pemeriksaan terperinci untuk dapatkan puncanya.

Balik rumah terus pack baju, serah diri ke hospital. Sebabkan masalah Adra berpunca dari darah, memang kena ambik darah je dari dia mula masuk hospital sampai la nak discaj. Kesian dia kena cucuk banyak kali. Dila pun tak sanggup nak tengok lebam-lebam kat tangan dia.

Lepas ambil darah. Doktor tanya macam-macam soalan.

“Awak tengok sendiri muka dia pucat, kelopak mata pun pucat, sini tengok tapak tangan dia. Bandingkan dengan tapak tangan awak. Pucatkan? Ada tak dia sesak nafas? Berak dia ada keluar darah? Famili ada yang hidap talasemia tak?”

“Tak ada doktor, cuma sebelum ni dia demam dekat 5 hari on off on off, saya bagi PCM macam biasa tapi saya tengok dia lemah. Tak nak main sangat, asyik baring je. Makan kurang, tapi menyusu macam biasa. Kami tak ada talasemia, cuma saya je semasa kehamilan HB memang rendah.”

“Ok tak apa kita akan buat Full Blood Count (FBC) untuk tengok apa masalah sebenar.”

Keputusan Penyakit Sebenar

Hampir tiga hari Adra warded di hospital. Setiap hari doktor yang ronda ward akan tanya.

“Anak minum susu apa ibu?” “Selera anak macam mana? Dekat rumah bagi makan apa?””Kita tengok anak ibu memang tak ada masalah apa. Mungkin masalah dia kurang darah merah ni sebab cara pemakanan dia tak berapa betul. KURANG NUTRISI.”

Allah! Tak tahu nak cakap macam mana, segan pun ada bila doktor cakap Adra kurang zat. Rasa macam kita tak bagi anak makan sampai dia jadi kurang zat.

Anak sulung Dila, Adam lagi memilih. Tapi dia tak ada pun masalah anemia. Sekurang-kurangnya, Adra makan nasi walaupun berlaukkan sup ayam hampir setiap hari. Dila selalu ingat tak apa kalau budak-budak tak nak makan sekarang, akan datang bila dia makin membesar, masa tu selera dia akan berubah. Tapi memang silap bila sangkaan Dila tu.

“Apapun memang kena dididik dari awal.”

Kredit gambar: Facebook Adila Azurin

Lepas dari Adra mula campur susu Dila tak bagi dia minum susu ‘fresh milk’. Adra memang minum ‘fresh milk’ sahaja selain dari ebm. Dila belajar dari Adam dulu, salah satu punca anak tak nak makan bila dia dah terlalu craving susu yang manis. Adam pulak minum susu coklat. Kalau kurangkan portion susu dia pun, still tak nak makan. Adam cuma makan nasi yang ada rasa, macam nasi lemak (fav Adam), nasi ayam, nasi biryani. Semuanya makan tanpa lauk.

Lain sangat dengan Adra, dia memang suka makan. Mungkin masa mengandungkan dia, Dila memang tak ada alahan dan makan apa sahaja. Jadi nak suap Adra makan lebih mudah dan dia memang berselera.

Tapi Dila perasan dia kurang makan masa Dila mengandungkan anak ketiga, Hayat. Tak tahu sama ada simptom nak dapat adik ke apa. Orang kata kalau anak kita nak dapat adik memang perangai akan berubah sikit. Mungkin betul lah kot.

Kenapa Makan Rambut Sendiri?

So Dila pun ok asalkan dia minum susu macam biasa. Waktu tu pun Dila memang tak larat sebab mengandung, nak kejar nak paksa makan ke apa memang tak larat sangat. Hari-hari sebelum pergi kerja Dila akan masak lauk tuk Adra. Sup ayam, sup bayam. Dua tu memang kegemaran Adra. Kalau tak larat Dila akan beli je dekat kafe ofis sambil sambil cari menu baru yang kena dengan selera Adra.

Tapi Adra tetap macam tu, makan sesuap dua lepas tu tak nak makan. Makin lama, Adra makin pelik bila dia dah start mengutip benda yang pelik-pelik masuk dalam mulut. Jangan tak percaya Adra suka makan rambut. Ya, dia suka makan RAMBUT dia sendiri.

Terkejut sangat bila satu hari balik dari ofis tengok rambut Adra dah botak sebelah. Sampai banyak macam tu sekali Adra makan rambut dia. Sedih bila Dila dengan suami terpaksa decide untuk pendekkan rambut dia. Kesian nak botakkan rambut dia plus masa tu dah nak raya. Dengan badan yang makin kurus, rambut tak ada sampai ada yang tanya.

“Adra luekimia ke?”

Allah. Mintak dijauhkan.

Telah Tiba Masanya Untuk Berjumpa Dengan Pakar

Selepas itu, Dila dan suami buat keputusan untuk bawak Adra jumpa doktor pakar kanak-kanak. Cerita dari A to Z. Doktor bagitahu yang Adra ada simptom PICA. Penyakit yang mana seseorang tu suka makan benda-benda pelik. Seseorang yang kurang zat besi cenderung untuk dapat simptom macam ni.

“Anak awak cuma makan rambut, ada saya jumpa makan sabun, makan tanah. Ye memang gejala PICA anak awak ni.”

Huaaaa lagi la sebak. Salah aku ke tak paksa anak makan. Stres sampai rasa nak tarik rambut sendiri pulak. Dia sambung lagi.

“Awak sendiri pun kena tengok awak makan apa, sebab dia breastfeed kan, jadi apa yang awak makan tu lah salur pada dia, kalau makan tak berkhasiat, logik ke awak rasa badan dia kuat”

Memang tahan telinga je waktu tu.

Doktor pakar tu ada kongsi beberapa teknik macam mana nak pujuk anak supaya makan semula terutama yang memilih ni.

“Kita ibu ayah, kita yang sepatutnya kawal anak-anak, anak patut dengar cakap kita, bukan kita yang ikut semua kemahuan anak. Tak apa saya ajar macam mana tuk awak bagi dia makan, kanak-kanak yang memilih macam anak awak ni memang ada cara dia.”

Kredit gambar: Facebook Adila Azurin

Apa Punca Anak Mama Anemia?

Ini doktor terangkan antara punca kenapa Adra boleh dapat anemia.

  1. Minum susu segar yang mana kandungan zat besi dalamnya adalah rendah. Tak salah nak bagi anak minum susu segar, tapi pemakanan kena jaga sama. Jadi ibu-ibu yang memilih untuk berikan susu formula pada anak-anak, baca label dan pilih susu yang mempunyai kandungan zat besi yang tinggi.
  2. Kurang makan makanan yang mempunyai zat besi. Walaupun kadang Adra makan, tapi sup ayam kurang kandungan zat besi. Jadi tukarkan kepada menu yang lebih kandungan zat besi seperti sup daging lembu, sayur atau buah setiap hari. Bayam dan jambu batu contohnya.
  3. Tidak ambil makanan tambahan atau supplument kanak-kanak untuk tampung kekurangan zat besi yang sesuai dengan keperluan tubuh badannya.

Ambil Ikhtibar Ya Mama!

Kredit gambar: Facebook Adila Azurin

So ibu/mama/mommies/umi luar sana, jangan pandang ringan bila anak kurang makan atau tak nak makan langsung. Zat besi memang sangat penting untuk tumbesaran anak-anak. Kekurangan zat besi juga akan menyebabkan anak-anak akan mengalami gangguan dalam pembelajaran terutama matapelajaran matematik. Ini apa yang doktor kongsikan pada Dila. Wallahualam.

Sampai sekarang Dila ingat apa yang doktor tu cakap dan ajarkan. Keadaan Adra dah semakin baik. Hikmah jugak Dila cuti bersalin 3 bulan ni, hari-hari Dila boleh suap Adam, Adra makan dengan tangan sendiri. Tak makan Dila dah siap sediakan rotan panjang dekat sebelah. Tak makan, haaa siap la!

Perlahan-lahan tabiat pelik dia berkurang, makan rambut tu alhamdulillah hilang sepenuhnya. Doakan kesihatan Adra bertambah baik. Inn shaa Allah.

Anak menangis tak apa, jangan kita yang menangis menyesal kemudian.

Kredit gambar: Facebook Adila Azurin

Banyak ilmu dan pengajaran yang kita dapat daripada Puan Adila. Syukur anaknya perlahan-lahan kembali sihat dengan nasihat doktor dan usaha Puan Adila dan suami.

Ibu bapa seperti ini kita perlu contohi, dapatkan rawatan yang sewajarnya sebelum terlambat. Dapatkan info yang sahih daripada doktor ya, Mama.

Pesan Mama Siti:

Ya Allah, berat dugaan mereka kali ini. Sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang diberikan oleh Tuhan. Moga-moga perkongsian dari Puan Adila dapat menambahkan ilmu Mama tentang PICA dan rawatannya. Semoga dipermudahkan urusan ya Mama!

Kredit: Facebook Adila Azurin