KelabMama

ANAK SUSAH MAKAN. RAMAI IBU YANG STRES!

Ini dilema biasa yang terpaksa ditempoh oleh ibu bapa yang mempunyai anak yang sangat susah untuk makan. Bersyukurlah anda jika anda kesayangan anda suka makan apa sahaja yang anda berikan. Jika anak tidak suka makan bukan sahaja akan menyebabkan berat badan mereka tidak naik mengikut angkat yang sepatutnya dengan umur mereka, tetapi turut memberi kesan kepada psikologi ibu bapa. Setiap hari si ibu pasti akan cuba mempelbagaikan menu masakan, kadangkala terpaksa masuk ke tong sampah sebab anak tidak mahu makan. Bukan itu sahaja, malah kadangkala kena marah dengan jururawat atau doktor yang membuat pemeriksaan ke atas anak kita kerana berat tak ikut graf ditetapkan. Tekanan betul!

Antara faktor yang mendorong anak jadi ‘picky eater’ atau memilih makanan adalah memperkenalkan solid food terlalu awal kepada anak, sebelum anak berumur 6 bulan (kecuali di atas sebab kesihatan atau nasihat dari pakar).  Ada setengah bayi akan menjadi jemu kepada rasa makanan jika kita intro makanan kepada mereka sebelum masanya. Ingat mommies, 6 bulan pertama adalah waktu penting kepada bayi untuk mendapat susu ibu secara eksklusif ya.

Terlalu bergantung kepada susu formula / makanan tidak sihat.Antara makanan tidak sihat adalah makanan segera atau kita sebut fast food. Biasanya makanan jenis ini mempunyai kandungan gula dan MSG yang tinggi dan memberi kesan addictive kepada anak-anak menyebabkan mereka ketagih kepada makanan jenis ini dan menolak makanan sebenar kerana perbezaan rasa itu.  Pergantungan kepada susu formula sahaja juga menyebabkan anak-anak menolak untuk makan. Susu formula sifatnya lambat dihadam, jadi anak-anak menjadi kenyang dan tidak lagi mahu makan. Walaupun ada nutrisi tertentu yang dibekalkan dari susu formula, ia seharusnya tidak menjadi pengganti makanan kerana sudah pasti ia tidak sama dengan makanan sebenar yang memberi jauh lebih banyak nutrisi dan manfaat kepada pertumbuhan anak kita.

 

CARA GALAK ANAK SUKA MAKAN

Jadikan rutin makan bersama sebagai perkara wajib setiap hari. Semua ahli keluarga berada di meja makan dan makan bersama-sama. No ipad, no TV atau handphone. Bukhari dan Muslim meriwayatkan Nabi SAW sentiasa makan bersama anak-anak. Pada waktu ini baginda memerhati dan mencermati tingkah laku anak-anak. Baginda ambil peluang untuk mengajar dan tarbiyah anak-anak pada waktu ini. This is family time. Juga waktu yang paling sesuai untuk menasihati dan menegur anak-anak.

Sifat anak-anak mula berubah seiring usia mereka meningkat kanak-kanak. Mereka mahu jadi independent dan mahu tentukan sendiri apa yang ingin dimakan. Simpankan makanan di tempat yang senang dia dapatkan. Contohnya letakkan makanan di rak yang paling bawah untuk mudah dia ambil. Atau simpankan buah-buahan atau air yang berkhasiat di rak bawah di peti sejuk untuk memudahkan dia.

Jika anda mahu elakkan anak makan junk food, simpankan makanan yang sihat sahaja pada rak-rak itu. Don’t give them choice to choose unhealthy food. Contoh situasi: Anak minta Twisties, tapi kita tak ada Twisties (because its junk food). Jadi beritahu dia, “Sorry abang, Twisties tak ada, tapi kita ada watermelon, lagi sedap, jom kita makan watermelon.”

Kanak-kanak gemar bereksperimen. Pada usia ini sifat ingin tahu mereka sangat tinggi. Mereka respon kepada rasa, warna dan struktur makanan yang berbeza. Variasikan pemberian makanan kepada mereka. Terutamanya dengan bentuk dan jenis makanan yang dimasak. Elakkan memberi makanan yang sama setiap hari kepada mereka, sudah pasti mereka cepat bosan. Jangan marah jika anak menyepahkan makanan, ini adalah cara mereka belajar menyukai makanan itu. Kita ibu-ibu ni, mesti ada kesabaran yang tinggi ya! I know you can do it! Sebagai permulaan proses nak transform anak anda dari susah makan kepada suka makan, perkenalkan makanan yang senang diterima anak dulu. Makanan yang sesuai buat fasa ini ialah:

  1. Buahan Segar

Jika anak sudah terbiasa dengan susu formula atau makanan segera sebelum ini, banyakkan pemberian buah-buahan segar kepadanya. Kanak-kanak sememangnya sukakan rasa yang manis, sebab itulah mereka suka sekali dengan rasa susu formula dan makanan segera. Berikan buah-buahan yang manis kepada mereka. Antara tembikai, pisang, kurma, kismis, epal merah, oren dan anggur hitam. Izinkan mereka bereksperimen dengan rasa buah ini.

  1. Senang Makan – Energy Rich Foods

Kanak-kanak yang susah makan biasanya agak sukar menerima nasi. Jadi mulakan dengan pemberian makanan yang senang dimakan contohnya:

  1. Susu Segar

Gantikan susu formula dengan susu segar atau homemade milkshake. Pilihan saya adalah susu kambing segar perisa asli dan berperisa lain seperti perisa kurma, strawberi dan mangga. Ini menggalakkan mereka lebih terbuka dalam menerima rasa makanan yang berbeza dan dapat menerima nutrisi yang lebih baik.

 

TIP UNTUK BAKAL ANAK ANDA MEMPUNYAI SELERA MAKAN YANG NORMAL

Deria rasa bayi dah mula developed sejak kandungan berusia 13-15 minggu lagi. Kajian menyatakan ketika ini, bayi mula dapat merasa rasa makanan yang dimakan ibunya melalui air ketuban. Hal ini melatih bayi untuk bersedia menerima susu ibu dan mempengaruhi corak pemakanan bayi apabila dia mula makan nanti.

Rasa makanan sebenar iaitu makanan yang anda makan akan dipindahkan melalui susu ibu. Jadi kebanyakan ibu yang menyusukan anaknya dalam tempoh masa yang lama dan mengamalkan pemakanan yang sihat membantu anak menerima makanan dengan lebih baik. Jika dilihat bayi yang fully breastfeeding jarang sekali memilih makanan.

 

 

 

 

 

Sumber:  www.pumponthego.com