KelabMama

Mama Reda Anak Meninggal Dijangkiti Virus Toxoplasma Ketika Kandungan Berusia Sembilan Bulan

Mama Reda Anak Meninggal Dijangkiti Virus Toxoplasma Ketika Kandungan Berusia Sembilan Bulan

Akibat virus Toxoplasma bayi berusia sembilan bulan meninggal dunia. Luluh hati seorang Mama yang ternanti-nantikan cahaya mata yang dikandungnya disahkan meninggal dunia disaat hari last check up nya dengan doktor.

Walaupun berat untuk menerima takdir ini, Mama Dyna Yusof berkongsikan kisah dukanya supaya dapat berikan pengajaran dan peringatan jugak kepada Mama yang lain khususnya Mama yang mengandung.

Bayi Sembilan Bulan Meninggal Akibat Virus Toxoplasma

Kredit Gambar: ohbulan!

Perkongsian melalui akaun TikTok yang dikenali sebagai Dyna Yusof ini menceritakan kejadian menyayat hati ini berlaku semasa pemeriksaan kandungan yang terakhir dilakukan olehnya pada enam bulan yang lalu.

Saat doktor memberitahu degupan jantung bayi berhenti walaupun selama ini bayinya aktif je dari awal kandungan lagi.

Saya minta maaf kepada peminat kucing atau yang bela kucing sebab ini mungkin agak sensitif. Saya nak jelaskan apa yang berlaku tetapi saya tidak pernah salahkan kucing, saya terima takdir ini. Mungkin Allah SWT ingin menguji saya.”

Diawal video Mama Dyna menjelaskan bahawa dia tidak salah kucing, dia membuat video tersebut hanya untuk menjawab persoalan dari komen video mengenai asbab kematian anak syurganya.

“Hari terakhir saya buat pemeriksaan kandungan, saya tahu bahawa jantung bayi saya sudah berhenti. Saya terkejut, bertanya kepada doktor, ‘Bayi saya ke mana?’ Doktor menjelaskan bahawa bayi saya telah meninggal dunia. Saya terdiam, keluar dari bilik doktor, jalan masuk kereta, dan menangis sepanjang perjalanan kerana tidak boleh menerima hakikat itu.”

Selepas tiga bulan baru dapat tahu asbab baby meninggal disebabkan oleh jangkitan virus Toxoplasma dalam darah dan uri baby. Kiranya dari awal kandungan lagi sehinggalah Mama Dyna bersalin memang baby nya dijangkiti virus yang diperoleh dari kucing ini.

Mama Dyna pun tak salah kan kucing baginya semua ini adalah ujian dan takdir baginya. Mama Dyna jugak ada nasihatkan untuk Mama mengandung berhati-hati jaga kandungan supaya tak dijangkiti parasit yang sama dihadapinya.

Dalam video tersebut ada juga beberapa komen dari Mama yang lain turut berkongsi cerita yang sama seperti Mama Dyna.

Apa Itu Toxoplasma Gondii Virus?

Kredit Gambar: The Veterinary Nurse

Kepada Mama yang belum tahu lagi apa itu Toxoplasma ni, sesuatu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan dengan parasit.

Dimana Toxoplasma gondii adalah parasit protozoa yang menyebabkan penyakit yang dikenali sebagai toxoplasmosis. Parasit ini boleh menjejaskan manusia dan pelbagai spesies mamalia, termasuk kucing yang bertindak sebagai perumah definitif, di mana parasit ini menghasilkan peringkat seksualnya.

Jangkitan virus ini boleh juga berlaku apabila Mama makan daging yang tercemar serta tak matang, pendedahan dari kotoran kucing iaitu najis yang dijangkiti atau melalui Mama time bayi dalam kandungan.

Kesan Toxoplasma kepada Bayi Akibat

Risiko yang akan terjadi kalau Mama mengandung terdedah kepada toxoplasma pada trimester pertama kehamilan.

  1. Trimester Pertama: Risiko tertinggi untuk kerosakan janin terjadi jika infeksi berlaku pada trimester pertama. Kerosakan boleh merangkumi keguguran, kematian janin, atau kelahiran bayi dengan cacat fizikal atau kognitif.
  2. Trimester Kedua dan Ketiga: Risiko kerosakan janin berkurangan dengan peningkatan trimester. Infeksi pada trimester kedua atau ketiga mungkin menyebabkan kelahiran bayi yang berkesan, tetapi kesannya mungkin tidak seketat seperti pada trimester pertama.

Antara kesan lain mungkin akan dihadapi oleh bayi selepas lahir atau pun mungkin dalam kandungan.

Mama Siti harap peminat bulus memahami situasi dan penjelasan Mama Dyna ni, mungkin ini hanyalah asbab anak syurganya meninggal.

Mama Siti cuma nak pesan tak salah Mama nak bela si bulus ni, tapi Mama kena lebih berhati-hati dengan najis si bulus ni. Semoga kandungan Mama semua dalam keadaan baik-baik je.


Apakah erkembangan kandungan Mama untuk 6 minggu pertama? Klik di SINI.