KelabMama

MAMA NAK ANAK LELAKI KE ANAK PEREMPUAN? TIPS BERGUNA UNTUK BAKAL MAMA DAN PAPA

Siapa yang tak pernah berangan nak anak perempuan atau anak lelaki kan? Kalau boleh pilih, memang seronok. Memang tidak disangkal perkara ini merupakan rezeki dari Allah. Tetapi, tak salah kalau kita mencuba. Banyak tips yang boleh dicuba dan antaranya adalah dari makanan. Ikuti perkongsian ini sebagai panduan anda!

Bagaimana jantina anak ditentukan?

Ingat lagi tak subjek biologi di sekolah dulu? Sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50. Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik. Perlu juga diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara ni tak berkesan dah.

Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah, kita kena faham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu. X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan, manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju. Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali.

TipsĀ Berguna untuk Dapat Anak Lelaki atau PerempuanĀ 

PEMAKANAN

Jika mahukan baby boy, suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood), manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging samada ayam atau lembu.

Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl, maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, mengikut apa yang telah dilakukan sebelum ini adalah perancangan selama sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama isteri period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood. Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sepanjang tempoh ni, si suami hanya boleh menelan air liur sahaja melihat makanan laut.

Selain tu, si suami juga kena lebih makan masam. Yang ni mencabar sikit untuk suami yang memang tak suka buah masam-masam. Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan dari sumber tenusu seperti susu, keju dan butter. Perkongsian ini lebih kepada usaha mendapatkan baby girl. So kalau nak baby boy, perlu lakukan sebaliknya; suami elak makan makanan masam, dan isteri elakkan makanan tenusu.

TEMPOH BERSAMA

Yang ni susah sikit sebab kita sendiri tak tau bila waktu subur kita kan. So ada 2 cara nak tahu waktu subur. Yang pertama mudah je, pergi farmasi beli Ovulation Test, bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh rujuk pada kotak bungkusan.

Ataupun cara ke 2, hanya boleh dipakai bagi sesiapa yg kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna app period kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu suburnya. Waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke 16 itulah hari subur.

Ok kenapa penting nak tahu waktu subur? Tadi kan dah cerita pasal tempoh hayat X dan Y. Jika mahukan baby girl, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa . Yang tinggal hanya X. Maka jadilah XX (girl). Kalau nak baby boy, terbaliklah jadinya. Perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan. Maka jadilah XY (boy).

Setakat ini, tips ini merupakan kaedah yang jelas dari segi saintifiknya. Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa. Minta sungguh-sungguh pada Allah. Semoga tips ini dapat memberi manfaat pada yang membaca.