KelabMama

Anak Ketagih Gajet? Ini Tips Untuk Besarkan Anak Macam ‘Orang Dulu’

Anak Mama Ketagih Gajet? Cuba Tips Mudah Ini Untuk Membesarkan Anak Secara 'Tradisional'

Anak saya ketagih gajet sangat! Risau saya dengan mata dia. Nak kurangkan tak boleh. Tapi takkan nak bagi setiap masa…

Risau Mama Siti dengan anak-anak yang ketagih gajet ni. Yalah, isu screen time anak ni bukan perkara biasa yang boleh dipandang sebelah mata saja. Bayak kesan negatif yang terhasil akibat penggunaan gajet yang keterlaluan ni. Contohnya, obesiti, ADHD atau lambat untuk bercakap.

Tapi Mama Siti tak adalah pula nak salahkan ibubapa juga. Gara-gara penat bekerja menyebabkan mereka beri gajet kepada anak sebagai jalan penyelesaian untuk mengelakkan waktu rehat mereka terganggu. Tapi tak apa, Mama Siti ada cara yang lebih mudah dan efektif untuk hilangkan rasa bosan anak selain dapat kurangkan ketagijh anak terhadap gajet!

1. Biarkan Anak Bermain Sendiri

Setiap anak mempunyai keupayaan “self-directed play”. Bermain ni menjadi fitrah buat anak-anak. Kalau mama dengan papa bagi ruang untuk anak mama explore sekeliling mengikut kemahuan mereka sendiri, pasti mereka jadi leka meneroka dunia ciptaan mereka. Yang paling penting mereka takkan minta telefon bimbit mama dan papa untuk bermain!

Menurut David Whitebread, seorang ahli psikologi dari University of Cambridge, ibu bapa yang membiarkan anak-anak bermain sendiri dapat membantu mereka mengembangkan keterampilan yang berkait dengan prestasi akademik. Jadi, mama tak perlu bersama dengan anak mama setiap masa. Bagi mereka peluang bermain sendiri.

Membenarkan anak-anak bermain sendiri menggalakkan bayi meneroka mindanya dan memahirkan bayi untuk membawa diri.

2. Bina Kesihatan Fizikal Dan Mental

Percaya atau tak, “self-directed play” ni membolehkan anak-anak untuk kembangkan otak mereka. Secara tak langsung, ia akan bina kesihatan fizikal dan mental serta mengembangkan daya kreativiti dan keyakinan diri anak.

Memang betul, bila mama bagi gajet pada anak mama, mereka akan berhenti ganggu mama dan mama pun boleh bekerja dengan senang. Tapi, tindakan ni dapat kurangkan daya fokus mereka. Bila mereka ketagih dengan gajet, anak mama akan lebih memerlukan gadjet berbanding “self-directed play” untuk memenuhi keperluan hiburan mereka.

3. Tutup TV

Langkah pertama untuk biarkan anak bermain sendiri adalah JANGAN BUKA TV ketika di rumah. Mulakan dengan menghadkan masa anak di depan skrin gajet seperti yang disarankan oleh pakar.

Semakin anak membesar, ibu bapa masih perlu mengawal ‘screen time’ agar tidak menjadi penghalang kepada rutin harian seperti persekolahan, riadah dan waktu tidur.

4. Ruang Bermain Yang Selesa & Selamat

Ibubapa perlu kreatif dalam menyediakan satu ruang yang lengkap untuk anak bermain. Tak perlu sediakan duit yang banyak pun. Cukup mama utamakan keselamatan anak bila mereka bermain sendiri. Mama dan papa hanya perlu pastikan ruang tu disusun dengan teratur supaya anak boleh bermain dengan lebih mudah.

5. Pilih Mainan Anak

Selain pemilihan mainan yang boleh kembangkan otak si manja, pastikan mainan yang mama beli selamat dan senang digunakan. Bak kata orang, “Active toys make passive children, passive toys make active children.”

Pilih permainan yang merangsang minda, meningkatkan daya kreativiti, fokus, kemahiran motor halus dan kasar anak.

Cara Pupuk Anak Main Sendiri

Haaa… Tak susah pun kan? Semoga bermanfaat.

Sumber: Sirap Limau

BACA JUGA KAWAL SCREEN TIME ANAK, BUKAN BAGI MEREKA BEBAS SEPENUHNYA

Pesan Mama Siti:

Nak galakkan anak bermain sendiri dan tak ketagih dengan gajet, kita sebagai ibu bapa kenalah hargai detik ni, pantau, dan akhir sekali – tak mengganggu mereka. Kalau mama risau anak-anak rasa terabai sebab mama tak main dengan mereka, hapuskan pemikiran tersebut. Jangan risau sebab anak-anak, (walaupun bayi) pandai menyuarakan hasrat mereka apabila memerlukan perhatian. Percayalah!