KelabMama

Anak-anak Lebih Tinggi & Sihat Dengan DUTCH LADY MaxGro Yang Diformulasi Khas Untuk Menyokong Tumbesaran Optimum Mereka

Dutch Lady MaxGro Malaysia

Sedih rasa hati bila Mama Siti baca berita dan statistik mengenai pertumbuhan anak-anak di Malaysia.

Buat pengetahuan Mama, masih ramai anak-anak kecil di Malaysia yang terbantut atau kekurangan zat pemakanan sejak dari kecil dan ini merupakan salah satu kebimbangan utama bagi kita sebagai ibu bapa.

Kalau Mama tak percaya, berdasarkan satu kajian yang dilaporkan Berita Harian, lebih 70 peratus kanak-kanak di empat negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia kekurangan nutrisi atau malnutrisi terutama kalsium dan vitamin D dalam diet seimbang sehingga boleh membantutkan tumbesaran serta perkembangan mereka dengan baik.

Tambahan pula, satu daripada setiap tujuh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun dalam kanak-kanak Semenanjung Malaysia terbantut (SEANUTS Mei, 2022). 

Mama Siti pun sering risaukan tumbesaran anak-anak – terbantut ke si adik ni, macam kurus sangat je angah ni, rasanya dah cukup bagi makan, dekat mana yang kurang ni, nak bagi apa lagi ya – dan macam-macam jenis persoalan lagi. 

Mama pun mesti risaukan perkara yang sama kan? Berikut merupakan beberapa tips UTAMA yang Mama Siti sering pesan kepada semua apabila berkaitan dengan tumbesaran dan pemakanan anak-anak.

Tiga Perkara Penting Mak-Mak Harus Pastikan Demi Tumbesaran Anak-anak

1. Satu Gelas Susu Setiap Hari 

Walaupun anak-anak sudah berada di sekolah rendah, Mama jangan lupa untuk hidangkan mereka dengan segelas susu setiap hari. Minum susu ni bukan semasa anak-anak masih kecil je tau. Kita yang dewasa pun kena teruskan minum susu, inikan anak-anak yang masih dalam proses membesar. 

2. Susu Yang Boleh Bekalkan Kanak-kanak Dengan 80% Daripada Saranan Pengambilan Nutrien Harian  

Susu yang betul untuk anak-anak pun penting. Mama pastikan susu yang kita berikan pada anak-anak yang sedang membesar mampu membekalkan mereka dengan 80% nutrien penting daripada saranan pengambilan nutrien harian yang disyorkan bagi kanak-kanak di Malaysia.

Barulah tumbesaran mereka lebih terjamin.

3. Susu Yang Mengandungi Pelbagai Nutrien Penting 

“Ala, dah banyakkan susu di pasaran. Yang mana-mana pun boleh je ni untuk anak saya.”

Eh, jangan macam tu Mama. Pilih susu ni bukan macam pilih baju – hanya pandang pada ‘rupa’ dan bukan pada kualitinya. 

Mama Siti selalu pesan pada mak-mak lain supaya memilih susu yang kaya dengan pelbagai nutrien penting, iaitu 9 Asid Amino Perlu (9EAA), Asid Dokosaheksaenoik (DHA), Kalsium dan Vitamin D. 

Susu yang tinggi dalam nutrien penting ini sangat diperlukan untuk tumbesaran optimum anak-anak yang sedang membesar. Jadi, make sure Mama sentiasa periksa dahulu kandungan bahan-bahan dalam susu tersebut ya. 

Atau lebih mudah, Mama boleh dapatkan semua ini hanya dalam segelas hidangan DUTCH LADY MaxGro setiap hari kepada anak-anak. 

DUTCH LADY MaxGro Tinggi#  Dalam Nutrien – Diformulasi Khas Untuk Menyokong Pertumbuhan Optimum Kanak-kanak

Susu DUTCH LADY MaxGro adalah makanan pendietan formula berasaskan susu untuk kanak-kanak yang berumur antara 1-9 tahun. Ia dirumuskan khusus untuk menyokong si manja dengan membekalkan 80% nutrien harian yang disarankan* bagi memastikan kanak-kanak mempunyai Pemakanan yang lengkap dan seimbang.

Yang bagusnya ialah, DUTCH LADY MaxGro juga mengandungi 9 Essential Amino Acids (9EAA) atau 9 Asid Amino Perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh badan secara semulajadi. Asid Amino Perlu tersebut ialah taurina, L-isoleusina, L-leusina, L-lisina, L-metionina, L- fenilalanina, L-treonina, L-triptofan, dan L-valina. 

Haa, berbelit lidah nak menyebutnya kan? Tapi bagus sangat tau semua Asid Amino Perlu ni pada kanak-kanak!

DUTCH LADY MaxGro juga dilengkapi dengan khasiat DHA yang diperlukan untuk perkembangan otak yang sihat. 99% ibu juga mengesyorkan DUTCH LADY MaxGro melalui sebuah kaji selidik yang dijalankan oleh Home Tester Club antara 11/12/2020 dan 19/01/2021.  

Mak-mak ni semua juga setuju bahawa anak-anak mereka sukakan rasa susu DUTCH LADY MaxGro yang turut membantu mengurangkan masalah sembelit pada anak-anak, sangat sesuai dan convenient untuk anak-anak berusia 1 hingga 9 tahun. 

Mereka siap memberi jaminan akan membeli lagi DUTCH LADY MaxGro selepas mencuba pek percubaan. So takkan la Mama taknak cuba untuk anak-anak kan?

#Tinggi Dalam Nutrien: Tinggi kandungan Protein, Kalsium, Zat Besi, Magnesium, Vitamin A, D3, E, B1, B2, B3, B6, B12 and C.

*80% Nutrien Harian: Memenuhi sekurang-kurangnya 80% nutrien terpilih daripada saranan pengambilan nutrien yang disyorkan di Malaysia (Malaysia RNI 2017) seperti Kalsium, Fosforus, Zat Besi, Magnesium, Zink, Vitamin A, D3, E, K1, B1, B2, B3, B6, B12 dan C.

Lebih Tinggi Zat Anak-anak, Lebih Bertambah Koleksi Bekas Stackable 2 Dalam 1 (Yang Cute!) di Rumah 

Yang lagi menarik, bermula hari ini sehingga 28 Februari 2023, Mama berpeluang untuk mendapatkan sebuah bekas stackable 2 dalam 1 PERCUMA* yang comel dengan setiap pembelian DUTCH LADY MaxGro 600g. Siap ada dalam 3 warna menarik untuk dikumpul lagi!

Dapatkannya di SINI hari ini. 

*sementara stok masih ada 

Kini Mama tak perlu risau lagi kerana anak-anak Mama boleh mencapai potensi tumbesaran optimum hanya dengan DUTCH LADY MaxGro. Layari laman rasmi, Facebook dan Instagram DUTCH LADY MaxGro hari ini.