KelabMama

Cara dan Amalan Berpantang Yang Sering Digunakan Nenek Kita Semasa Ibu-ibu Kita Berpantang Zaman Dahulu

Berpantang adalah satu amalan yang selalu dititikberatkan oleh nenek moyang kita sejak berabad lamanya. Tidak mengira bangsa dan etnik, setiap satunya mempunyai amalan berpantang yang tersendiri. Bagi kaum Melayu, telah menjadi kebiasaan amalan berpantang diamalkan selama 44 hingga 100 hari.

“Tapi, tu dululah Mama Siti. Sekarang, tak ramai yang berpantang. Kalau pantang pun, maksimum 44 hari je.”

Kenapa kita harus berpantang? Amalan berpantang selalunya berkaitan dengan kesihatan Mama terutamanya memulihara badan Mama akibat luka ketika bersalin, mengembalikan tenaga, dan sebagainya. Oleh itu, kita harus mengambil langkah berjaga-jaga untuk merawat luka tersebut.

Kepercayaan orang-orang tua jika tidak berpantang, Mama akan menghadapi sakit lain seperti badan berangin, sakit pinggang, peranakan jatuh, dan banyak lagi. Jadi, cara-cara amalan berpantang secara tradisional ini dapat membantu proses penyembuhan tersebut.

Dibawah merupakan lima (5) langkah yang sering digunakan nenek semasa mereka menjaga ibu-ibu kita berpantang.

5 Langkah Penjagaan Mama Selepas Bersalin

#1 Urutan Selepas Bersalin

Pertama sekali, untuk pengetahuan Mama, urutan amatlah penting untuk proses penyembuhan Mama. Urutan selapas bersalin selalu dijalankan pada hari ketiga selepas bersalin. Tempoh urutan adalah berbeza-beza mengikut kehendak ibu atau atas nasihat pengamal. Secara amnya, tempoh ini adalah selama tiga hari dan boleh juga dilanjutkan sehingga hari ke-40 selepas bersalin.

Mengikut kajian yang telah dilakukan, urutan selepas bersalin bermula dari bahagian:

Urutan juga berbeza mengikut pengamalnya. Kadang-kadang mereka bermula dari kaki dan seterusnya keseluruhan badan.

#2 Bertungku

Definisi amnya, tungku adalah untuk Mama berurut dengan batu yang panas. Ini dapat membantu melegakan saraf-saraf serta melegakan kesakitan di seluruh tubuh Mama. Selain itu, ia juga membantu mengempiskan rahim dan boleh mengembalikan keadaan perut asal dalam tempoh seminggu sekiranya teknik yang digunakan betul dan tepat.

Bertungku mengambil masa dalam sekitar 30 minit untuk kedua-dua bahagian badan.


#3 Mandi Herba

Mandi herba ataupun mandi teresak pula perlu diamalkan sejak hari pertama selepas Mama bersalin. Kepentingan mandi herba adalah untuk melegakan urat saraf dan menyegarkan tubuh yang lesu akibat kehilangan darah. Kekerapan mandi herba adalah antara 1-2 kali sehari. Mama boleh mengamalkan mandi herba selama 3 hari selepas bersalin ataupun sepanjang tempoh berpantang.

Daun herba yang sering digunakan untuk mandi herba ini adalah:


#4 Barut

Kredit gambar: Setsuri

Barut ataupun bengkung untuk mengempiskan perut dan melangsingkan badan. Tetapi, bagi Mama yang dalam pantang, anda tidak digalakkan untuk menggunakan barut selama 24 jam. Ia sebenarnya hanya boleh digunakan pada waktu siang hari di mana pergerakan ibu lebih banyak.

Pemakaian bengkung juga berfungsi untuk mencegah rengat. Kebaikan berbarut adalah untuk menegangkan kulit, membantu mengeluarkan angin dalam badan dan mengelakkan perut buncit. Untuk memilih bengkung yang sesuai, Mama boleh baca di sini.


#5 Pemakaian Param Dan Pilis

Param merupakan sejenis campuran herba yang dipakai pada dahi ibu bersalin yang bertujuan untuk melegakan sakit pening kepala dan melegakan saraf-saraf. Ia juga merupakan campuran herba yang dipakai pada perut bertujuan untuk mempercepatkan pengecutan rahim. Ia akan memberikan rasa hangat dan selesa kepada si pemakai. Antara bahan yang digunakan adalah seperti:

Ramuan param juga berbeza, bergantung kepada negeri dan cara masing-masing.

Pilis pula merupakan campuran ramuan khusus untuk disapukan pada dahi. Antara bahan yang ada dalam pilis adalah tepung beras, kencur, kunyit, kenanga, daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan lain-lain. Mama yang sedang berpantang digalakkan untuk menggunakan pilis selepas mandi, dua kali sehari. Kebaikannya adalah untuk melegakan pening dan sakit kepala.

Semestinya terdapat beberapa cara dan amalan berpantang mengikut negeri, bangsa, dan etnik masing-masing. Kelebihan berpantang ini adalah untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka luaran dan dalaman Mama. Banyak juga cara-cara pantang nenek kita dahulu yang sangat berguna buat kita. Selamat berpantang buat Mama semua!

Pesan Mama Siti:

“Berpantang ini penting untuk kesihatan Mama tau! Jika tidak amalkan, ia mungkin akan mendatangkan penyakit ataupun masalah yang tidak diingini di hari mendatang. Sebab itulah, nenek kita ‘strict’ semasa menjalankan sesi berpantang dengan mak-mak kita dahulu.”