KelabMama

Alahan Semasa Mengandung Atau Morning Sickness dan Cara-cara Untuk Menghilangkannya

Sumber: babylist.com

Sudah banyak kisah perkongsian yang kita dengar tentang alahan semasa mengandung. Ada yang sangat teruk keadaannya, ada juga yang memang tidak langsung menghadapi masalah ini. Ada yang hanya di awal kehamilan, dan ada juga yang menangggung sakit hingga melahirkan. 

Setiap orang pasti ada pengalaman yang berbeza. Yang pentingnya, kita fahami apa yang badan kita perlukan sewaktu itu dan bagaimana cara untuk kita atasi bagi menghilangkan atau mengurangi beban alahan semasa mengandung. 

Ibu hamil yang mengalami alahan semasa mengandung, atau morning sickness, kebiasaannya akan sering berasa letih dan mual sehingga menyebabkan dia muntah dengan kerapnya. Walaupun keadaan ini bukanlah sesuatu yang perlu dibimbangkan, sudah pasti ianya sesuatu yang tidak menyenangkan si ibu. 

Bila berbicara tentang morning sickness ini, Mama Siti tak boleh lari untuk kaitkan dengan pengalaman Mama Siti sendiri. Setiap kali hamil, Mama Siti memang akan mendapat alahan semasa mengandung yang agak kronik hingga terpaksa dimasukkan ke wad beberapa kali, dan alahan itu berpanjangan sehinggalah selamat melahirkan anak. 

Kadang-kadang, ada juga rasa keliru kenapa disebut ‘morning’ sickness jika sakitnya 24 jam dan tak menentu… 

Mungkin ada ibu-ibu di luar sana, terutama yang baru pertama kali hamil, mempunyai pelbagai persoalan tentang alahan semasa mengandung ini. 

Suka untuk Mama Siti kongsikan sedikit sebanyak ilmu yang ada untuk panduan ibu-ibu. 

Apakah punca dan faktor yang menyebabkan alahan semasa mengandung? 

Punca Alahan Semasa Mengandung

Sebenarnya, masih belum ada kajian saintifik yang mendalam yang dapat membuktikan punca terjadinya alahan semasa mengandung ini. Ada kemungkinan disebabkan oleh kekurangan kandungan gula dalam darah ataupun peningkatan hormon kehamilan seperti HCG atau hormon estrogen. 

Kredit: Maze Cord Blood

Alahan semasa mengandung menjadi lebih ketara apabila si ibu mengalami stres, terlalu letih, alahan pada makanan tertentu, atau sangat sensitif pada pergerakan.

Alahan semasa mengandung ini boleh berlaku seawal 2 minggu kehamilan ataupun beberapa bulan selepas persenyawaan berlaku. Alahan yang agak ketara hingga boleh membawa ke aras kronik sering berlaku dalam linkungan 6 hinnga 9 minggu kehamilan. 

Dalam kebanyakan kes alahan semasa mengandung, ibu-ibu akan berasa lega selepas masuk trimester kedua kehamilan. Namun ada juga kes yang ianya berlarutan hinggalah hari kelahiran itu sendiri. 

Selain daripada itu, alahan semasa mengandung akan menjadi lebih sukar bagi ibu-ibu yang hamil:

Cara-cara Menghilangkan atau Mengurangi Alahan Semasa Mengandung

Ada beberapa perkara yang boleh ibu-ibu lakukan untuk menghilangkan dan mengurangi alahan semasa kehamilan. Antaranya:

Ada doktor yang akan memberi preskripsi suplemen atau ubat tambahan untuk mengurangkan alahan dan mengekalkan kesihatan ibu dan anak. Antara ubat yang diberi termasuklah:

Ibu-ibu harus mendapatkan nasihat doktor sakit puan anda terlebih dahulu sebelum mengambil ubat-ubat ini.

Jika keadaan tidak berkurangan, malah bertambah buruk dan membimbangkan, ibu-ibu dinasihatkan untuk pergi mendapatkan khidmat pakar. 

Bilakah waktunya ibu-ibu perlu mendapatkan nasihat doktor?

Haa, Mama jangan pula biarkan keadaan muntah-muntah yang tidak henti sampai lemah tubuh badan baru nak pergi jumpa doktor pula ya.

Ada kemungkinan alahan yang berlaku disebabkan penyakit lain seperti sakit ulcer, thyroid, batu karang, apendiks atau banyak lagi kemungkinan lain. 

Kredit: Healtline

Mama harus segera berjumpa doktor jika:

Mama Siti berharap perkongsian Mama Siti kali ini dapat membantu ibu-ibu yang sedang berjuang menahan alahan yang tidak berkesudahan ini. Percayalah, semuanya akan berakhir dengan hadiah terindah dari Ilahi apabila lahirnya bayi yang kita kandungkan. Semoga ibu-ibu semua tabah menghadapi hari-hari mendatang.