KelabMama

“Alamak, air ketuban dah pecah!” Apa Yang Mama Harus Lakukan

Sumber: theconversation.com

Jika air ketuban pecah, perlu kah terus ke hospital? Ini persoalan yang kerap sangat Mama Siti terima daripada ibu-ibu hamil. Air ketuban bertugas sebagai kusyen untuk baby dalam rahim. Ia akan terus berkitar dengan cara baby menelan, bernafas serta membuangnya melalui air kencing.

Namun, bermula trimester kedua, air ketuban akan dipenuhi dengan pelbagai nutrien untuk membantu perkembangan bayi. Ia juga berfungsi untuk mengawal suhu di sekeliling bayi. Hebatnya ciptaan Tuhan, walau kita nampak sekadar sarung air yang kelihatan fragile kan. Tapi sarung ini telah melindungi bayi selama dikandung ibu.

Mengikut kajian, air ketuban sebenarnya tidak sterile. Terdapat bakteria dijumpai di dalam air ketuban serta bakteria ini akan mempengaruhi perkembangan daya tahan sistem imun bayi nanti.

Air ketuban pecah atau Premature Rupture of Membrane (PROM), biasanya berlaku pada minggu 37 kehamilan dan ke atas. Jika berlaku sebelumnya, ia adalah preterm (pramatang) PROM. Maknanya tak sampai masa lagi sepatutnya.

Mengikut kajian, kes air ketuban pecah sebelum 37 minggu ni biasanya berlaku kepada ibu yang ada masalah keputihan. Untuk mengatasinya, Mama Siti cadangkan ibu boleh cuba elakkan makanan manis-manis. Ia adalah sejenis jangkitan fungus yang berkait juga dengan pemakanan dan kesihatan usus ibu.

1 daripada 10 orang ibu akan mengalami air ketuban pecah ni sebelum rasa gesaan nak bersalin.

Maksudnya, dah leaking tapi tidak ada kontraksi lagi. Manakala 90% lagi ibu-ibu, proses kelahiran mereka akan bermula dengan kontraksi.

Apa yang berlaku bila ketuban pecah?

Mama Siti kongsi sedikit bagaimana keadaannya apabila ibu-ibu alami air ketuban pecah atau bocor. Panduan ini sangat berguna terutama untuk ibu yang pertama kali hendak melahirkan.

1. Gushing

Bila air ketuban gushing berlaku, ibu akan dengar ada bunyi pop macam letupan kecil. Ia akan jatuh macam tumpahan air. Biasanya ibu akan terus rasa basah.

Kebanyakan kes ni memang ibu-ibu sudah di bilik bersalin melayan kontraksi dan baby dah ready sangat nak jumpa ibu sekejap sahaja lagi. Namun ada juga ibu yang gushing, tapi kontraksi hanya bermula selepas 24 jam.

Wah pelbagai sangat kan pengalaman melahirkan ni?

2. Leaking

Leaking ni ialah bil air ketuban pecah secara mengalir keluar dengan perlahan, sama ada berterusan atau on off. Macam paip bocor lah. Boleh juga selepas beberapa kali keluar ia keluar, kemudian ia terhenti.

Ini adalah tanda bersalin walau ibu belum merasai kontraksi. Jadi, ibu boleh sedia hospital bag untuk dibawa bila-bila masa sahaja apabila dah merasakan active labour.

Normal bagi ramai ibu yang akan keliru adakah ini air kencing, kerana di hujung kehamilan biasa berlaku masalah ini. Terutama bila kepala bayi semakin menekan pundi kencing ibu, kekerapan ke bilik air tu makin bertambah-tambah.

Untuk keadaan leaking ini ibu boleh monitor untuk pastikan betul ke leaking air ketuban. Sebab banyak masa ia leaking secara on off sahaja kan.

Antara cara nak pastikan, ibu boleh bersihkan diri. Pakai pad dan cuba baring di katil rehat sekejap. Jika ada lagi air ketuban mengalir, ia akan berkumpul di vagina dan tidak akan keluar. Bila kita berdiri, air tadi akan terasa terus jatuh keluar.

Mama boleh buat pemerhatian seperti berikut:

1. Rekod Waktu

Rekodkan jam bila air ketuban mula keluar. Biasanya doktor akan tanya kemudian. Kerana ada banyak tempat akan time kan 24 jam untuk elakkan jangkitan. Namun Mama perlu tahu, kita tidak semestinya wajib bersalin dalam tempoh 24 jam selepas leaking. Ada doktor akan buat pemerhatian dan benarkan lebih 72 jam atau lebih lagi bergantung kepada kondisi ibu.

2. Anggaran Jumlah

Macam Mama Siti terangkan di atas tentang situasi gushing dan leaking. Mama boleh cuba buat anggaran sedikit atau banyak, berterusan atau on off.

3. Warna air ketuban

Biasanya akan jernih sahaja warnanya. Jika baby dah buang air, mama akan nampak cecair nya warna kuning atau hijau lembut atau gelap. Akan ada juga cebisan warna putih daripada selaput di badan bayi.

4. Air ketuban

Air ketuban sepatutnya takda bau atau ada bau manis sikit. Ia takkan berbau seperti air kencing dan jika ia berbau busuk, itu tanda ada jangkitan.

Jadi, apa yang saya harus buat Mama Siti?

Biasanya kes leaking air ketuban ini yang sering mengelirukan Mama semua. Tetapi, apa-apa pun, Mama jangan terus panik. Bertenang tu akan membantu kita buat keputusan dengan baik walau dalam keadaan cemas. Bila kita ada lebih pengetahun, kita juga akan lebih tenang.

Menurut Association of Ontario Midwives, ini perkara biasa dan selalunya bukan kecemasan. Boleh pakai pad untuk air ketuban yang leaking. Jangan lupa makan macam biasa. Jangan lupa minum air cukup.

Ini penting, kerana sebenarnya air ketuban akan sentiasa replenish semula. Ada juga kes selepas leaking, sarung ketuban tu boleh seal semula. Ibu-ibu boleh amalkan cukup protein sejak awal kehamilan untuk menguatkan membran ketuban tu.

Ramai ibu hamil tertanya-tanya bila air ketuban pecah, berapa lama bayi akan lahir ya? Kontraksi akan datang dalam masa terdekat selepas air ketuban dah mula keluar. 75% ibu akan bersalin dalam tempoh 24 jam tanpa induce manakala 95% bersalin sendiri dalam tempoh 72 jam. Jadi terpulang ibu rasa nak terus ke hospital atau menunggu dahulu di rumah.

Ibu juga boleh cuba rehat dahulu untuk siapkan diri bagi proses kelahiran yang berat nanti sambil perhatikan 4 perkara di atas. Ibu juga boleh ke klinik biasa dahulu untuk check paras air ketuban dan keadaan bayi.

Tenang-tenang dulu. Boleh baring dan kira pergerakan baby. Kemudian boleh ke hospital bila dah mula active labour; iaitu kontraksi dah tetap dan kuat serta datang 5 minit sekali. Jika jarak hospital tu dekat.

Ini mungkin kecemasan jika:

  1. Air ketuban keluar sebelum 37 minggu.
  2. Ibu demam sehingga suhu 38 darjah celcius.
  3. Air ketuban kehijauan atau berbau kuat.
  4. Banyak pendarahan.
  5. Baby kurang aktif, tiada pergerakan dalam 2 jam.

Fakta Menarik

Ketika proses melahirkan secara normal dengan kepala bayi di bawah, bukaan jalan akan memendek dan terbuka. Ditambah pula dengan kontraksi, ini menyebabkan wujud bahagian ketuban dipanggil forewater, menjadi gelembung di bawah kepala bayi yang sedang menurun. Ia memisahkan bahagian air ketuban sebelah atas yang dipanggil hindwater.

Kedudukan kepala bayi yang sesuai dan tolakan gesaan kontraksi boleh menyebabkan sarung ketuban pecah dan air forewater ni tumpah keluar. Bila forewater ni tiada, tekanan akan menolak kuat lagi bayi. Itu yang biasanya ramai ibu-ibu cerita bila bunyi pop pecah tak lama lepas tu baby keluar.

Mama Siti dah rasai pengalaman kedua-dua nya. Waktu anak sulung dulu, Mama Siti leaking dan bersalin selepas 5 hari. Manakala anak yang lain bunyi pop pecah sewaktu dah sedang melayan sakit bersalin. Memang terus bersalin selepas gushing air ketuban.

Ini bukan nasihat perubatan ya ibu, sentiasa rujuk semula doktor yang merawat. Semoga dipermudahkan segala urusan ibu-ibu hamil menanti hari. Nikmati waktu kehamilan yang pasti akan dirindui nanti ni. Salam sayang.