KelabMama

Jom ‘Cucun-cucun’ Seperti Adik Umar! Idea Lunchbox Kreatif Pikat Hati Anak

Kredit gambar: Majalah Pa&Ma

Tidak dinafikan, sesetengah anak kita ada yang picky eater dan mungkin susah untuk makan makanan daripada kantin sekolah ataupun rumah pengasuh. Satu inisiatif yang Mama boleh cuba adalah untuk sediakan lunch box yang penuh dengan makanan kegemaran mereka serta diet yang seimbang.

Kalau Mama sering mencari idea lunchbox untuk anak-anak, rugi kalau Mama tak pernah cuba atau menonton video ‘cucun-cucun’ adik Umar yang sering menolong maknya ni! Viral dan trendy di mana sahaja, adik Umar terkenal dengan pelat comelnya semasa membantu ibunya menyusun lunch box Umar sendiri.

Idea yang kreatif daripada Mama Umar, Puan Azrena yang berdedikasi untuk sediakan dan juga mencari idea menu yang sesuai buat si manja ini berjaya menarik perhatian ramai.

Jom kita tengok ‘cucun-cucun’ bersama Puan Azrena dan adik Umar dalam ‘Bekal Umar Pergi School’.

5 Idea Lunch box Daripada Adik Umar ‘Cucun’

#1 Travel Lunch Box

Haa, sempena cuti sekolah ni, mesti Mama sibuk-sibuk nak pergi bercuti bersama anak-anak. Dalam perjalanan tu kan nanti mesti ada yang lapar kan? Apa kata kita cuba resepi travel lunch box daripada Mama Umar ni? Simple dan semestinya mengeyangkan buat si manja!

Bahan-Bahan

Cara Susun

  1. Sesuai untuk bekal yang mempunyai 3 ruang untuk susun makanan. Isikan kertas untuk ruang yang paling besar. Kemudian masukkan croissant.
  2. Ruang kedua boleh letak 2 biji epal kecil.
  3. Ruang ketiga boleh letak cawan silikon dan isi nugget ayam kecil-kecil. Ruang lebihan boleh letakkan biskut. Siap!
@eienrazak

Bekal Umar naik aeroplane

Peanut butter choc from @PeanutButterSihat , choc sauce @Hokido #bekalumar #bekalanak #umarcucuncucun #fyp ♬ original sound – Eien Razak – Eien Razak

#2 Bento Tema Kuning & Oren

Jom cuba bento yang bertemakan kuning dan oren ini! Cukup dengan nasi, telur dan buah-buahan. Pasti kenyang dan cukup vitamin untuk si kecil Mama.

Bahan-Bahan

Cara Susun

  1. Masakkan telur dan apabila ia hampir masak, letakkan nasi sepanjang telur dan kemudian gulung telur tersebut dan angkatkan. Potong nasi tersebut kepada potongan yang sesuai untuk anak Mama.
  2. Letakkan kertas dalam ruang yang paling besar dan susun nasi telur yang dipotong tadi.
  3. Mama boleh letakkan yogurt mangga atau yogurt kegemaran anak Mama dalam ruang kedua. Dalam ruang yang terakhir, letakkan betik yang dipotong kecil ke dalam cawan silikon dan untuk ruang yang lebih tu, Mama boleh letakkan freeze dried strawberry.

#3 Bekal Nasi Teddy Comel Seperti Adik Umar!

Nak lunch box yang comel dan mengenyangkan? Jom cuba idea bekal nasi ini! Pasti anak Mama kenyang dengan nasi, buah-buahan, kacang, dan biskut. Jom tengok bahan-bahannya~

Bahan-Bahan

Cara Susun

  1. Gunakan bekas yang mempunyai 3 ruang. Pada ruang yang paling besar, masukkan nasi berbentuk beruang comel serta muka yang dibentuk daripada rumpai laut. Keliling tu Mama boleh letak kacang edamame. Ini ikut kreativiti Mama ya.
  2. Dalam ruang yang kedua, letakkan sambal udang. Tutup dengan plastik untuk elakkan daripada tertumpah.
  3. Tambahkan 3 cawan silikon dalam bekas. Susun tembikai susu yang telah dipotong kecil. Kemudian potong kek lapis dan susunkan dengan cantik di dalam bekas tersebut.
  4. Untuk cawan silikon terakhir, Mama boleh susun biskut keju untuk si manja!

#4 Lunchbox Itali

Mahu si manja berada seperti di Itali? Cuba menu bento yang sedap serta berkhasiat ini. Penuh dengan protein dan zat besi, confirm anak Mama dapat vitamin dan nutrien yang diperlukan.

Bahan-Bahan

Cara Susun

  1. Gunakan bekas bento yang mempunyai 5 ruang. Ruang yang paling besar, letakkan kertas dan lasagna.
  2. Letakkan cawan silikon dan isikan telur serta mata dan mulut yang dibentuk daripada rumpai laut – ye, Mama kena ekstra rajin part ni!
  3. Ruang kedua boleh letakkan pisang yang telah dipotong kecil-kecil.
  4. Ruang seterusnya boleh letakkan jambu yang dipotong seperti nombor.
  5. Dan untuk ruang terakhir, Mama boleh letakkan biskut keju dan siap!
@eienrazak

Bekal Umar last week lupa nak update Lasagna baby friendly from @BittyKiddieBabyfriendlycake . Chopping board from@Rencahmudah #bekalanak #bekalumar #umarcucuncucun #fyp

♬ original sound – Eien Razak – Eien Razak

#5 Bekal Sandwic Kegemaran Si Kecil

Inginkan menu yang simple dan tak bersepah untuk si manja? Jom cuba lunchbox macam ni pula~

Bahan-Bahan

Cara Susun

  1. Masakan telur scramble dan letak pada roti. Kemudian, bentukkan sandwic dengan pemotong roti.
  2. Gunakan bekas yang mempunya 3 ruang, letakkan kertas pada ruang yang paling besar. Letakkan roti pada ruang tersebut.
  3. Dalam ruang kedua pula, letakkan cawan silikon dan susun anggur serta plum. Jangan lupa letak fruit picker!
  4. Ruang kecil boleh letak kacang cashew.
  5. Ruang terakhir Mama boleh letak biskut dan siap!
@eienrazak

Umar bawak sandwich gi school. Yg cat tu jangan dgr benda lain tau. #bekalanak #bekalumar #umarcucuncucun #fyp

♬ original sound – Eien Razak – Eien Razak

Rasa inspired tak Mama? Lepas ni boleh la cuba idea bekal-bekal Adik Umar ni! Cari bekas makanan yang sesuai, kertas yang comel-comel, fruit picker yang menarik, dan Mama sendiri pun kena jadi lebih kreatif tau! Barulah si manja lebih berselera lepas ni!

Semoga ia dapat memberi inspirasi untuk Mama, selamat mencuba~