KelabMama

ADAKAH ANDA SEORANG PARANOID? JIKA YA, IA MERUPAKAN GANGGUAN JIWA!

Dalam  kehidupan seharian, perasaan tidak percaya atau syak wasangka pada orang lain satu perkara lumrah yang sukar untuk dielakkan. Namun, perasaan buruk sangka yang keterlaluan terhadap orang lain sehingga menimbulkan masalah kepada diri sendiri dan masyarakat merupakan masalah serius yang perlu ditangani. Malah, individu yang tergolong dalam kumpulan ini dikategorikan sebagai individu yang mempunyai gangguan pada jiwa.

Secara umumnya paranoid (syak wasangka) diertikan sebagai seorang yang sentiasa mempunyai perasaan syak wasangka terhadap orang lain. Syak wasangka yang wujud pada diri mereka ini bukan sahaja tidak berasas, malah penuh dengan pelbagai andaian buruk yang tidak mempunyai bukti kukuh. Tidak menafikan bagi individu normal, perasaan syak wasangka ini sememangnya ada pada semua orang. Namun, penonjolan perasaan syak wasangka ini agak berbeza di mana syak wasangka yang berlaku biasa bertempat. Sebaliknya, bagi individu yang paranoid, mereka benar-benar percaya dengan perasaan yang wujud dalam diri dan bertindak terhadap orang yang disyaki.  Contohnya, seorang suami merasakan (mengesyaki) dengan membuat andaian jiran sebelah rumahnya ingin mengorat isterinya. Dengan tuduhan melulu dan tanpa usul periksa suami tersebut akan bertindak dengan menyerang lelaki berkenaan dan pergaduhan besar berlaku akibat tindakannya.  Dalam bidang psikiatri, paranoid dapat diklasifikasikan kepada beberapa jenis dan mempunyai tanda yang berbeza-beza seperti:

PARANOID PERSONALITI

PARANOID PSYCHOSIS (PARANOID SCHIZOPHRENIA)

PARANOIA

REAKSI PARANOID

PARAFRENIA

PUNCA

GOLONGAN YANG MEMPUNYAI SYAK WASANGKA YANG TINGGI

Golongan ini biasanya mempunyai syak wasangka yang keterlaluan terhadap isteri mereka. Individu ini sering menuduh bahawa isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Namun, hakikatnya tuduhan yang dilemparkan ini biasanya hanya untuk menutup kelemahan dirinya sendiri. Keadaan ini sememangnya membahayakan keadaan isteri di mana kemungkinan nyawa isteri terancam begitu tinggi.

Sekiranya mereka ingin memulakan sesuatu hubungan contohnya untuk kawan mereka akan berfikir ‘dua kali’. Tingkah laku mereka yang tidak banyak bercakap kerana ingin menafsirkan gerak geri orang lain. Seandainya mendapati syak wasangka tersebut betul (pada sangkaannya), mereka akan bergaduh dengan individu terbabit. Malah, terdapat kemungkinan besar, individu yang seperti ini tidak akan berkahwin kerana mereka sukar percaya kepada orang lain.

RAWATAN

Rawatan paranoid ini banyak bergantung pada jenisnya. Jika masalah paranoid tersebut tidak menyusahkan dirinya ataupun orang lain, paranoid tersebut tidak memerlukan apa-apa rawatan. Sebaliknya, sekiranya tahap paranoid tersebut menyebabkan individu terbabit bertindak liar, mengganggu, mengugut orang lain dengan membuat laporan polis, dan simptom-simptom lain di mana rawatan diperlukan.

 

Sumber: Utusan