KelabMama

Khusus Buat Bakal Ibu: Acrania atau Bayi Lahir Tanpa Tulang Kepala

Bayi Lahir Tanpa Tulang Kepala atau Dipanggil Acrania

Kali ni Mama Siti nak kongsikan kes bayi tanpa tulang kepala atau acrania yang dikongsikan oleh Dr Izzat dalam akaun Tik Tok beliau. 

Awal-awal nak bukak buku pink dulu Mama ingat tak nurse mesti tanya dekat Mama ada ambil folic acid ke tak sebelum pregnant. Kalau Mama jawab tak makan, mesti kena marah dengan nurse kan. Folic acid ni penting tau Mama untuk perkembangan bayi.

Kredit Gambar: Live Action

Mama Siti bukan nak takutkan Mama semua, tapi ini penting untuk Mama ambik tahu tentang perkembangan baby lagi-lagi Mama yang plan nak mengandung.

Apa itu Acrania?

Kredit Gambar: SirapLimau

Acrania ni kelainan janin yang jarang berlaku yang menyebabkan ketidaksempurnaan dalam pembentukan tengkorak bayi semasa perkembangan embrio. Gangguan ni berlaku bila plasenta membentuk jaringan yang menghalang perkembangan tengkorak bayi.

Kredit Gambar: ResearchGate

Situasi ni akan menyebabkan tisu otak baby terdedah kepada cecair amniotik. Acrania ni peringkat awal untuk anencephaly dalam urutan yang dipanggil acrania-exencephaly-anencephaly. Acrania boleh detect melalui ultrasound pada trimester pertama Mama mengandung.

Kalau Mama nak tahu acrania ni kecacatan pada tulang kepala baby je, malah menyebabkan kematian jugak. Maksudnya baby yang dilahirkan dengan anencephaly tak boleh survive lama selepas dilahirkan. Acrania ni boleh dikesan dengan melakukan ultrasound yang Mama buat time 12 minggu dan boleh dikesan lebih awal oleh doktor.

Bagaimana Acrania Berlaku?

1. Kekurangan Asid Folik

Mama yang tak mendapat asid folik (vitamin B9) yang mencukupi semasa mengandung mempunyai risiko lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan anencephaly.

2. Kencing Manis

Tahap glukosa darah (gula darah) Mama yang terlalu tinggi boleh membahayakan perkembangan bayi, dan meningkatkan risiko kecacatan tiub saraf.

3. Suhu Badan Tinggi. 

Demam atau berendam dalam tab mandi panas atau sauna semasa kehamilan awal boleh meningkatkan risiko melahirkan bayi dengan kecacatan tiub saraf.

4. Ubat-ubatan

Mama yang mengambil ubat antikonvulsan boleh menyebabkan kecacatan tiub saraf kepada bayi.

5. Obesiti

Mama yang mempunyai berat badan berlebihan sebelum mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan anencephaly atau kecacatan tiub neural yang lain.

Pesanan Penting kepada Mama!

1. Kencing Manis time Mengandung atau Gestational Diabetes GDM

Mama kena check ada kencing manis atau tidak lepas tempoh berpantang. Dan kalau Mama takda kencing manis pula, Mama kena buat ujian darah HBA1c setiap tahun untuk make sure tak ada kencing manis.

2. Mama yang Ada Kencing Manis

Mama yang sememangnya ada kencing manis dan plan untuk mengandung kena make sure HBA1c kurang dari 6.5% sebelum Mama mengandung. Kiranya kawalan gula Mama kena bagus sebelum Mama mengandung.

3. Mama ada Pengalaman Anencephaly, Neural Cube Defect, Acrania dan Spina Bifida

Mama yang pernah alami situasi sebelum ni boleh jugak terjadi lagi sekali untuk kandungan yang seterusnya tau. Boleh berulang lagi sekali sebanyak lima peratus dan kalau Mama pernah alaminya sebanyak dua kali boleh meningkat kepada 10 peratus.

Jadi, Mama yang berisiko tinggi ni disarankan tiga bulan sebelum mengandung perlu ambik 5mg folic asid dan teruskan makan untuk tiga bulan pertama.

Kalau Mama yang tak berisiko tinggi pula perlu makan 0.4mg folic asid je dan sama jugak makan sehingga tiga bulan pertama Mama mengandung.

Pastikan Mama mengambil folic acid dan juga check kesihatan Mama supaya perkembangan bayi nanti baik-baik je.


Apa kebaikan buah naga kepada Mama mengandung? Klik di SINI.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.