KelabMama

7 Nutrisi Terbaik Untuk Perkembangan Si Manja

Setiap ibu bapa di luar sana pasti nak yang terbaik untuk anak-anak. Terutamanya dari segi pemakanan yang diambil haruslah mengandungi nutrisi terbaik dan cukup untuk perkembangan minda dan fizikal mereka.

Jadi macam mana Mama dan Papa nak pastikan anak-anak mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka? Di entri kali ini Mama Siti akan kongsikan 7 nutrisi terbaik yang anak-anak kita perlukan untuk perkembangan minda dan fizikal yang baik. 

7 Nutrisi Terbaik Untuk Anak-anak

1. Karbohidrat 

Foto kredit: Adobe Stock

Jika dilihat di dalam piramid makanan, kumpulan makanan yang tinggi dengan karbohidrat lah yang berada pada dasar piramid. Ini menunjukkan bahawa, makanan yang kaya dengan karbohidrat sangat diperlukan di dalam badan kita. Hal ini kerana, karbohidrat merupakan sumber utama tenaga kita. Antara makanan yang tinggi dengan karbohidrat adalah roti, nasi dan oats.

2. Protein antara nutrisi terbaik untuk tumbesaran si manja

Foto kredit: Adobe Stock

Mama dan Papa juga perlu menyediakan makanan yang kaya dengan protein untuk anak-anak. Mama Papa tahu tak yang protein ni penting untuk pembentukan sel-sel dalam badan. Protein juga membantu dalam pemulihan tisu apabila berlakunya luka. Contoh makanan yang Mama dan Papa boleh sediakan untuk anak-anak adalah ikan, ayam, daging dan juga telur. 

3. Serat 

Foto kredit: Adobe Stock

Apabila badan dah penuh dengan makanan, mesti anak-anak kita memerlukan mineral untuk membantu dalam mencernakan makanan. Jadi, Mama Papa perlu memberikan makanan yang kaya dengan serat seperti sayuran hijau dan buah-buahan untuk anak-anak. 

 Happy tummy, happy self 🙂

4. Kalsium antara nutrisi terbaik pilihan ibu bapa untuk anak

Foto kredit: Adobe Stock

Bagi anak-anak yang masih membesar, pengambilan kalsium juga sangat penting untuk memastikan tulang-tulang mereka kuat dan gigi yang sihat. Mama Papa bolehlah memberikan semua jenis produk tenusu seperti susu, keju dan yogurt untuk anak-anak. Tiak dilupa juga makanan seperti ikan sardin dan kacang badam juga mengandungi kalsium yang tinggi. 

5. Zat Besi

Foto kredit: Adobe Stock

Untuk mengurangkan risiko terdedah dengan penyakit Anemia, pengambilan zat besi juga sangat penting untuk anak-anak. Zat besi membantu dalam penghasilan sel darah merah yang bermutu dan makanan yang tinggi dengan zat besi adalah kuning telur, sayur bayam dan juga daging merah seperti daging lembu. 

6. Vitamin A

Foto kredit: Adobe Stock

Seringkali kita dengar orang lain bercerita tentang Vitamin A tapi Mama Papa tahu tak apa kelebihan Vitamin A ni? Vitamin A sangat bagus untuk kesihatan mata, kulit dan juga membantu menghalang badan daripada jangkitan penyakit. Contoh makanan yang kaya dengan vitamin A adalah lobak merah, kubis dan juga ubi keledek. 

7. Lemak 

Foto kredit: Adobe Stock

Lemak? Ya , lemak. Mama Papa jangan gelabah dulu. Mesti Mama Papa tak tahu kan apa kelebihan lemak dalam badan kita? Lemak yang baik untuk badan dapat menghasilkan sumber tenaga dan juga memastikan badan dalam keadaan kesihatan yang optimum. Jenis-jenis makanan yang mengandungi lemak-lemak baik ini adalah minyak sawit, gajus dan juga kacang tanah. 

Sekarang, mama papa mesti dah tahu kan nak berikan makanan jenis apa untuk anak-anak? Mama Siti harap Mama Papa boleh lah mengambil kira nutrisi-nutrisi ini sebelum menyediakan makanan untuk anak-anak supaya mereka mendapat nutrisi serta khasiat yang secukupnya dan boleh membesar dalam keadaan yang sihat dan cergas. 

Bagi anak-anak yang ‘picky eater’ pula, jangan risau. Ada cara dan tips untuk tambat selera anak-anak yang Mama boleh amalkan.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA LETAK MINYAK DALAM MAKANAN BAYI? INI PANDUAN BERGUNA DARI PAKAR NUTRISI

Pesan Mama Siti

Sebagai Mama Papa, kita bertanggungjawab untuk memastikan dan juga memantau pengambilan makanan anak-anak kita supaya mereka mendapat nutrisi yang secukupnya untuk tumbesaran mereka.