KelabMama

5 TIPS MENANGANI MASALAH STRES TERUTAMA WANITA BEKERJAYA

Memang tidak dinafikan wanita dan para ibu menggalas tugas yang sangat berat pada era moden ini. Wanita bekerjaya bukan sahaja sibuk di pejabat, malah ditambah pula dengan tugasan di rumah setelah pulang dari kerja. Rasanya masa 24 jam bagi seorang wanita bekerjaya sememangnya sentiasa penuh dan tidak mencukupi. 

Kerja di pejabat sudah banyak menimbun, apabila pulang ke rumah pula nak uruskan anak-anak lagi, nak memasak, nak mengemas rumah, nak melayan suami, semestinya semua ini akan dialami oleh setiap wanita bekerjaya. 

Apabila seseorang terlampau dibebani oleh kerja yang banyak, mula lah menimbulkan perasaan stress dan tekanan. Kadang-kadang wanita yang stress di pejabat secara tidak langsung terbawa-bawa sampai ke rumah sehingga menjejaskan hubungan sekeluarga. Keadaan ini boleh menyebabkan hubungan sesama keluarga menjadi renggang dan tidak mustahil anak-anak akan bermasam muka dengan ibunya akibat dimarahi.

Disini ada beberapa tips bagi menangani masalah stress dalam kalangan wanita bekerjaya. Bukan untuk wanita bekerjaya sahaja ya, suri rumah juga boleh mengambil tips ini untuk hilangkan stress. 

1. Peruntukkan Waktu Berkualiti untuk Keluarga

Apa kata anda luangkan masa bersama di hujung minggu dengan melakukan aktiviti seperti renang, membeli-belah, bermain tenis dan sebagainya. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda dengan keluarga.  Anak-anak pasti seronok berjalan-jalan pada hujung minggu. Bila anak-anak seronok, stress anda pasti akan hilang.

2. Layan Dirimu Juga (Self-Reward)

Sekali-sekala anda berhak mendapat layanan istimewa setelah penat bekerja di pejabat dan menguruskan rumah tangga. Anda boleh ke spa dan dapatkan rawatan seperti facial, manicure, pedicure atau pergi membeli-belah. Anda juga boleh membeli sesuatu untuk diri anda (self-reward). Contohnya, setelah penat bekerja anda boleh membeli sesuatu yang anda inginkan, sedikit sebanyak dapat mengurangkan stress anda. 

3. Bersenam untuk Kebaikan 

Menari boleh mengeluarkan peluh. Ia juga merupakan salah satu cara bersenam yang baik dan dapat menghilangkan stress. Ia juga membuat tubuh anda terasa segar dan sihat. Apa kata sesekali anda mencuba kelas Zumba pada hujung minggu. Zumba tidak bosan kerana ia adalah kombinasi antara elemen tarian dah aerobik. Tarian kecergasan Zumba ini memberi kelebihan kepada kecergasan dan kesihatan anda juga disamping mengikut rentak gabungan salsa, mambo, hiphop, latin dan sebagainya. Bukan sahaja Zumba dapat menyihatkan tubuh badan, malah ia adalah satu senaman yang sangat menyeronokkan di samping dapat membakar kalori anda. 

4. Movie Time! 

Ketika anda beristirehat di rumah, inilah masa yang sesuai untuk anda menonton fiilem yang menarik. Pelbagai filem baru dan anda pasti terleka sehingga lupa akan segala tekanan, lebih-lebih lagi apabila menonton bersama keluarga yang tersayang. 

5. Aktiviti Memasak 

Cuba lakukan aktiviti memasak bersama anak-anak. Memasak adalah ekspresi diri. Inilah masanya anda praktikkan resepi-resepi di dalam buku masakan anda itu. Cuba sesuatu yang baru seperti membuat biskut atau cupcakes dengan pelbagai hiasan dan perasa. Anak-anak pasti suka dan dapat belajar sesuatu darimu. Anda dapat meluangkan masa bersama anak-anak anda dengan aktiviti ini. Tidak mengapa jika anak anda masih kecil dan tidak tahu memasak, anda boleh memberi tugasan yang paling mudah supaya dapat memupuk minat anak anda untuk memasak sedikit sebanyak ia dapat meringankan stress anda itu. 

 

Selamat Mencuba ya!

 

Sumber: intrend.com.my