KelabMama

5 Kesan Buruk Minum Kopi Pada Kanak-kanak

budak minum kopi panas

Photo credit: Adobe Stock

Seperti yang kita tahu, ada pelbagai jenis kopi yang dihidangkan dan juga yang telah dipelbagaikan daripada Espresso. Antaranya adalah Latte, Cappucino, Mocha dan Americano. Namun, ada dalam kalangan kita yang terlalu seronok menikmati kopi-kopi ini sehingga anak-anak pun terikut tanpa kita sedari banyak kesan buruk minum kopi pada kanak-kanak ni.

Mari sini Mama Siti kongsikan tentang kesan buruk minum kopi pada anak-anak termasuk juga kepada mereka yang masih berumur 17 tahun ya kerana umur yang disarankan untuk mengambil kopi adalah 18 tahun ke atas.

Secara umumnya, pengambilan kopi yang berlebihan akan memberikan pelbagai kesan kepada tubuh badan kita. Jika mengambil kafein atau caffeine di dalam Bahasa Inggerisnya dah boleh memberi impak negatif kepada tubuh orang dewasa, ianya akan bertindak dengan lebih dasyat lagi ke atas tubuh kanak-kanak. 

Kesan Buruk Minum Kopi Pada Kanak-kanak

1) Insomnia 

Foto kredit: Adobe Stock

Kanak-kanak yang mengambil minuman yang mengandungi kafein akan mengalami insomnia iaitu sukar untuk tidur. Ini kerana kafein bertindak menipu Adenosine dalam otak kita. Jantung akan berdegup dengan kencang dan membuatkan badan mereka masih “aktif” dan susah untuk tidur. Kanak-kanak yang masih membesar memerlukan sekurang-kurangnya 8 hingga 12 jam mengikut umur. Tumbesaran kanak-kanak akan terbantut dengan gangguan tidur ini.

2) Gigi rosak

Foto kredit: Adobe Stock

Mengambil kandungan gula, susu dan kopi berasid yang banyak boleh menyebabkan gigi kita rosak. Hal ini kerana enamel yang ada pada gigi kita akan terhakis jika mengambil kopi pada jangka masa yang lama. Pengikisan enamel bukan je tertakluk kepada kopi, gula dan susu malah termasuk teh. Teh juga mengandungi kafein sebanyak 47 mg. 

3) Tulang menjadi tak kuat

Foto kredit: Adobe Stock

Kafein mempunyai kesan diuretik yang membuatkan kita selalu ke tandas. Kalsium yang diperlukan untuk pertumbuhan tulang yang kuat juga akan turut dikeluarkan melalui kencing. Ini akan menyumbang kepada kemerosotan kekuatan tulang anak-anak. Keadaan kanak-kanak yang kerap ke tandas juga boleh menyebabkan dehidrasi. Jadi, anak-anak perlu mengambil kandungan air yang lebih banyak. 

4) Anak cepat kenyang

Foto kredit: Adobe Stock

Kopi dan teh boleh mengenyangkan perut kita. Namun, kedua-duanya tiada nutrien yang mencukupi untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat. Apabila mereka tak berselera untuk makan makanan yang mempunyai nutrien, mereka akan membesar dalam keadaan kekurangan berat atau ketinggian yang tak normal. Ia juga akan merosakkan imuniti mereka untuk melawan penyakit-penyakit yang mendatang. 

5) Kegelisahan juga antara kesan buruk minum kopi

Foto kredit: Adobe Stock

Pengambilan kafein boleh menyebabkan kegelisahan, resah dan sukar untuk menumpukan perhatian kerana anak-anak atau Mama Papa sendiri mungkin kekurangan kalsium dan magnesium. 

Oleh disebabkan kanak-kanak mempunyai saiz badan yang lebih kecil, tindak balas badan mereka terhadap kafein lebih cepat walaupun mereka hanya mengambil kafein dalam jumlah yang kecil. Mama Papa berperanan besar dalam memastikan anak-anak sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan cergas. 

Nota: Kandungan kafein bukan je wujud di dalam kopi malah ia juga ada di dalam teh dan minuman soda.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA BUAT MOMMIES YANG PREGNANT, ADA LIMIT KE MINUM KOPI?

Pesanan Mama Siti

Bagi Mama Papa yang dah terbiasa berikan minuman berkafein kepada anak-anak, lebih baik fikir banyak kali dulu sebelum terus beri pada anak-anak. Fikirkan kesan kepada mereka untuk jangka masa panjang.