KelabMama

5 Idea Lunchbox Yang Sihat & Berkhasiat

Tak ada idea nak masak apa untuk si kecil Mama? Pastinya Mama mencari suatu menu yang mudah disediakan, enak, express tapi dalam masa sama berkhasiat, bukan? Lunchbox yang dihasilkan mestilah sesuai untuk anak-anak bawa ke sekolah atau pusat jagaan dan sebagainya.

So, apa menu cadangan Mama Siti kali ini untuk lunchbox si kecil anda?

#Sarapan

1. Nasi goreng express

Jangan pandang rendah dengan sarapan mak-mak kita dahulu. Tahukah Mama dan Papa bahawa menu nasi goreng simple mengandungi banyak nutrisi untuk tubuh seseorang? Dengan campuran bawang putih, bawang merah dan ikan bilis, ia memberikan khasiat kepada anak Mama.

Cara penyedian untuk satu pot nasi putih (left over):

  1. Tumbuk atau blend semua bahan di atas
  2. Tumis dalam minyak yang sedikit
  3. Bila dah keperangan, masuk satu sudu garam
  4. Masuk nasi putih left over
  5. Masuk sayur-sayuran
  6. Kacau-kacau, siap!

Kebaikan menu ini kerana ia berasaskan makanan semulajadi. Dalam nasi goreng terkandung semua real food kecuali garam dan minyak. Namun itu pun optional kalau Mama nak skip dua bahan ni lagi baik. Menurut doktor perubatan, Dr. Mazliana Mazlan, kepentingan mengambil real food adalah sangat baik untuk tubuh berbanding makanan yang diproses. Kerana itu Mama Siti katakan, jangan pandang rendah breakfast orang dulu-dulu sebab ia dijamin lebih sihat bermula daripada nasi, bahan tumisan dan sayur. Segalanya lengkap dengan nutrisi!

2. Sandwich pelbagai aneka

Menu sandwich sememangnya juadah yang biasa diambil ketika breakfast. Namun, pemilihan inti roti daripada berasaskan ikan sardin dalam tin tidak begitu sesuai kerana kita mahukan menu sihat dan berkhasiat. Jom Mama Siti tunjukkan cara penyediaan roti sandwich lebih sihat dengan menggunakan isi ikan fresh atau ayam. Mengikut citarasa anak:

  1. Hancurkan isi ikan/ isi ayam yang telah dimasak (terpulang sama ada Mama nak rebus, nak goreng atau guna lauk left over)
  2. Tambahkan mayonnaise, thousand island, white pepper atau cheese sauce dalam isi sandwich tadi (terpulang pada citarasa Mama)
  3. Di atas kepingan roti, letakkan sayuran yang sesuai
  4. Letakkan inti isi ayam atau ikan tadi. Apit satu lagi keping roti. Sandwich sihat sedia untuk dinikmati!

*Kalau Mama nak gantikan dengan telur rebus atau telur goreng hancur juga tiada masalah.

3. Wrap

Sama seperti penyediaan sandwich, Mama boleh gunakan tortilla sebagai pengganti roti. Yang pasti, ia tetap kaya dengan khasiat dan sesuai untuk lunchbox anak Mama.

4. Telur Rebus Dengan Pelbagai Nutrisi

Dah tak ada idea untuk tukar menu breakfast anak Mama? Apa kata cuba resipi paling simple dan mudah ni.

  1. Sebiji telur rebus (dikopek dan dibelah)
  2. Campurkan sayur seperti salad, timun dan tomato (potongan kecil)
  3. Campur kesemua bahan di atas dan gaulkan bersama sos thousand island, cheese sauce atau mayonnaise ikut citarasa anak Mama

#Lunch

1. Ikan/ayam masak lemak

Tahukah Mama santan antara makanan sihat untuk pelbagai peringkat usia bermula daripada kanak-kanak hingga dewasa? Mungkin ramai terpedaya dengan tuduhan santan adalah makanan yang tinggi kolestrol. Salah tu, kajian mendapati bahawa tiada kolestrol di dalam santan segar kecuali lemak yang terhasil daripada tumbuhan berkenaan (lemak semulajadi).

Memetik perkongsian video di facebook milik Konsultan Perubatan Estetik Penuaan Sihat dan Perubatan Regeneratif, Dr. Norman Norawi, berkata, bahan didalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik merupakan kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol. Oleh itu ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Disamping itu, santan atau minyak kelapa ini mempunyai kesan positif yang lain seperti anti fungal, anti virus, anti mikrobial dan anti protozoa. Tambah beliau , santan boleh menjadi sebahagian daripada diet yang sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.

Ok, jom lihat penyediaan menu digunakan berasaskan santan iaitu masak lemak. Selain khasiat santan, nutrisi di dalam bawang kunyit dan ikan bilis juga sangat baik untuk tubuh.

  1. Kisarkan kesemua bahan di atas dan masukkan ke dalam periuk
  2. Masukkan sebatang serai yang diketuk
  3. Masukkan ikan atau ayam
  4. Setelah hampir masak, masukkan dua cawan santan segar (Adjust kepekatan kuah mengikut citarasa Mama. Masukkan air kosong jika perlu)
  5. Perasakan dengan garam, dan siap!

2. Sayur goreng

  1. Tumbuk semua bahan di atas
  2. Tumis dengan sedikit minyak
  3. Masukkan sayur mengikut citarasa anak Mama
  4. Perasakan dengan sedikt garam, dan siap!

3. Sup ikan/ayam/telur/ sayur

Selain mempunyai khasiat yang baik, sup juga sesuai dijadikan hidangan untuk anak yang tidak sihat. Menu ini boleh digunakan untuk sayur, telur, ayam, ikan dan daging.

Jadi, sesuai sangatlah kalau menu yang guarantee tak akan direject oleh kanak-kanak ini dijadikan lunchbox untuk mereka. Penyediaannya pun mudah dan perlukan sedikit jerr bahan, tapi rasa confirm sedap!

  1. Tumiskan rempah tiga sekawan
  2. Masukkan bawang yang telah Mama tumbuk atau blend tadi
  3. Masukkan sebatang serai yang diketuk (optional)
  4. Masukkan tiga cawan air
  5. Masukkan bahan utama mengikut citarasa anak (Ayam/ ikan/ telur/ sayur)
  6. Adjust kepekatan kuah ikut keinginan Mama. Perasakan dengan sedikit garam dan siap!

Taburkan daun bawang dan daun sup untuk rasa yang lebih kick!

#Minum Petang

1. Kentang rebus + cheese

  1. Rebus kentang yang telah dipotong dadu besar
  2. Tuangkan cheese dan sedia untuk dinikmati sebagai minum petang

#Dessert

1. Aneka buah-buahan

Menu ini paling mudah dan dijamin sihat. Mama mahu sediakan sesuatu sebagai dessert? Hanya potong buah-buahan sebenar dan bekalkan dessert sihat ini dalam lunchbox anak!

2. Agar-agar buah

  1. Didihkan air
  2. Masukkan satu bungkus agar-agar tali
  3. Di dalam bekas lain, masukkan aneka buah-buahan yang telah dipotong kecil
  4. Masukkan air didihan tadi ke dalam bekas buah dan sejukkan
  5. Apabila sejuk, potong agar-agar buah. Pasti ia menjadi dessert yang sedap dan mudah

*Tak perlu perasakan dengan gula kerana kemanisan buah telah melengkapkan rasa agar-agar sebagai dessert yang sihat.

3. Cocktail buah

Dihidangkan ketika sejuk pastinya menjadikan koktail buah sebagai dessert paling enak untuk semua. Jom lihat penyediaannya:

  1. Satu kotak susu (tak kisah jenis full cream atau sebagainya)
  2. Tambahkan 2 sudu krimer manis (optional)
  3. 2 sudu evaporated milk (optional)
  4. Sebatikan larutan kesemua susu dan campur dengan buah-buahan yang telah dipotong dadu. Sedia untuk dibekalkan!

#Snek

Risau dengan tabiat anak yang suka kudap-kudapan seperti jajan dan seumpamanya? Ayuh Mama gantikan snek mereka dengan pilihan lebih sihat dan lazat!

1. Bayam goreng crispy

  1. Toskan sayur bayam yang telah dicuci
  2. Larutkan 3 sudu besar tepung gandum
  3. 1 sudu besar tepung jagung
  4. 1 sudu besar tepung beras (cari tepung beras yang sesuai untuk pembuatan kerepek)
  5. 2 cubit garam
  6. Celur bayam ke dalam larutan garam dan tepung tadi
  7. Goreng dalam minyak yang panas sehingga rangup (30-40 saat) dan siap!

2. Ikan bilis krup krap

Ini paling mudah Mama. Cuma gunakan ikan bilis yang telah bersih dan goreng sehingga garing. Sekiranya ikan bilis terlalu masin, Mama boleh rendam terlebih dahulu dalam 30 minit hingga sejam.

Tips nak pastikan snek ikan bilis ini guarantee sedap adalah Mama kena make sure ikan bilis yang digoreng adalah gred baik dan berkualiti. Confirm ni jadi enak sebab rasa kerangupan isi ikan macam makan keropok.

3. Broccoli rebus

Semua tahu sayur brokoli memiliki khasiat yang baik. Justeru, amatlah sesuai sayuran berdaun hijau ini dijadikan snack lunchbox anak-anak Mama, bukan? Hanya potong kepada bentuk kecil dan rebus sehingga lembut.

Kalau anak gemar makan rangup, rebus sekejap dah memadai. Kemudian, toskan ia agar brokoli tidak berair. Kalau nak tabur garam sikit pun boleh atau makan begitu jerr dah enak. Confirm berkhasiat untuk mereka!