KelabMama

13 Tahun Penantian, Ibu Menangis Dengan Berita Gembira Berbadan Dua

Anak merupakan anugerah yang paling indah terutama bagi pasangan yang dah berumah tangga. Bila si ibu berbadan dua, rasa gembira tu tak dapat digambarkan. Kita akan rasa yang keluarga yang dibina tu jadi lengkap dengan kehadiran cahaya mata.

Yalah, bila ada anak ni kan, riuhla sikit rumah. Si ibu mesti letak tepi segala pengorbanan, sakit yang perlu dihadapi sebab excited sangat. First time lah katakan. Namun begitu,tak semua pasangan yang berjaya dapatkan anak dalam jangka masa yang cepat.

Ada juga pasangan yang tunggu lama untuk dapatkan zuriat tapi belum ada rezeki untuk memperolehinya.

Menerusi Instagram Dr Tokha Muhammad, beliau telah memuat naik satu video kejutan yang dilakukan olehnya terhadap seorang wanita yang menanti kehadiran cahaya mata pertama sejak 13 tahun yang lalu. Alhamdulillah, berkat usaha yang tak putus dan rawatan yang dilakukan, wanita tersebut kini disahkan hamil. Seronoknya!

Menurut beliau, wanita tersebut berjaya menimang zuriat selepas 13 tahun menunggu. Tapi, dia masih lagi tak putus asa. Wanita tersebut buat keputusan untuk mulakan rawatan dengan Dr Thokha 24 hari yang lalu.

Kami sengaja tak beritahu

Punyalah gembira sampai wanita itu menitiskan air mata bila dikhabarkan dengan berita gembira itu. Kata Dr. Thokha lagi, dia dah tahu tentang berita kehamilan wanita itu sejak pagi lagi, namun sengaja merahsiakan perkara itu kerana ingin lihat reaksi wanita tersebut. Pandai betul Dr. Thokha ni buat surprise ye.

Situasi yang sama

Selain daripada wanita tersebut, Dr Thokha juga turut bermurah hati untuk kongsi video kejutan beberapa pasangan suami isteri yang lain. Salah satu video yang menarik perhatian Mama Siti ialah video pasangan suami isteri yang berbangsa Cina ni.

Mana taknya, berdebar bukan main lagi, nak tahu masih ada peluang ke untuk mereka menimang cahaya mata. Mereka berdua terima berita gembira yang sama berkaitan kehamilan selepas bertahun-tahun menantikan zuriat sendiri. Sebaik sahaja mengetahui yang mereka akan menimang zuriat, pasangan tersebut kelihatan menangis dan sebak dengan keputusan yang diterima.

Ramai netizen dari laman Twitter terutamanya luahkan perasaan terharu mereka lepas lihat video tersebut. Menurut netizen, doktor tersebut sangatlah baik dan tenang dalam menjalankan tugasnya. Salah seorang wanita yang memakai username atieqaaris turut melafazkan keinginan untuk mendapatkan khidmat Dr. Thokha saat hamil nanti.

Komen netizen terhadap video yang dimuat naik oleh Dr. Thokha dalam laman Instagramnya.

Bagusnya Dr. Thokha! Untuk yang masih lagi berusaha tu, jangan mudah putus asa. Kita tak tahu rezeki kita dekat mana, jadi jangan pula mama give up separuh jalan. Mama dah boleh ambil pengajaran untuk pasangan-pasangan yang dah sukses timang cahaya mata. USAHA ITU PENTING!

Sumber: drthokha, ohbulan

BACA JUGA BERKAT IUI, ANAK LAHIR SELEPAS 3 TAHUN PENANTIAN

Pesanan Mama Siti:

Mama Siti ucapkan tahniah kepada pasangan yang dah berjaya dapatkan cahaya mata lepas bertahun-tahun menunggu. Lama tau 13 tahun tu! Mama Siti ikut sebak bila tengok video drthokha, punyalah gembira bila doktor inform yang dia hamil. Alhamdulillah, nanti jaga kesihatan mama dan juga baby elok-elok ye?