KelabMama

10 Tanda-tanda Hamil (Wajib Diketahui Wanita!)

Kredit Foto: Adobe Stock

Setiap wanita melalui proses kehamilan yang berbeza dan tanda-tanda hamil juga berbeza. Ada sesetengah wanita tak sedar atau perasan yang dirinya sedang hamil terutamanya buat wanita yang pertama kali hamil.

Seperti yang kita tahu, cara paling senang untuk mengetahui hamil atau tak adalah dengan menggunakan alat pengesan kehamilan. Tapi sebenarnya tubuh kita dah menunjukkan tanda-tanda hamil tanpa kita sedar. 

Tanda-tanda hamil ini taklah besar atau ‘obvious’ tetapi ianya dapat membantu untuk mengetahui jika Mama hamil atau tak. Ayuh, kita ketahui tanda-tanda hamil awal yang dikongsikan oleh doktor ini!

10 Tanda-Tanda Hamil Yang Harus Diketahui Oleh Wanita (Tanda Di Awal Kehamilan!)

1) Haid Yang Lambat

Kredit Foto: Adobe Stock

Secara umumnya kita dah tahu bahawa jika seorang wanita terlepas ‘period’ itu bermaksud yang wanita itu kemungkinan besar hamil.

Kebiasaanya apabila Mama dah melakukan hubungan seks atau intim dan terlambat haid selama 5-7 hari, ini menandakan proses kehamilan dah terjadi. Kemudian, ianya akan membesar menjadi janin.

Oleh sebab ini, sel telur tak ada yang luruh untuk menjadi darah haid. Namun, Mama perlu faham jika haid datang lambat juga boleh disebabkan oleh hormon yang tak seimbang, jadi tak semestinya ianya tanda-tanda hamil. 

2) Perubahan Payudara Dan Puting

Kredit Foto: Adobe Stock

Perubahan payudara adalah salah satu tanda-tanda hamil yang sering dirasai oleh ramai wanita. Payudara ketika hamil lebih besar daripada biasa dan terasa sedikit seperti bengkak atau tak selesa. 

Payudara juga mungkin terasa lebih sensitif dan selain itu ada juga garis-garis urat di sekitar puting iaitu areola yang semakin lebar dan gelap.

Sebenarnya, terjadinya tanda-tanda ini dah semestinya kerana perubahan hormon. Jadi, jika Mama dah tanda ini kemungkinan bayi berada di usia 4-6 minggu, manakala perubahan warna puting dan areola sekitar minggu ke 11. 

3) ‘Morning Sickness’ antara tanda hamil yang paling ketara

Kredit Foto: Adobe Stock

‘Morning sickness’ ini dah pasti tak asing lagi kan? Seperti yang kita tahu, apabila seseorang wanita itu mual-mual atau sering muntah ini kemungkinan besar tanda kehamilan. 

Kajian American Pregnancy Association (APA) menjumpai lebih dari 50 peratus wanita hamil mengalami ‘morning sickness’ di trimester pertama kehamilan.

Ada juga segelintir wanita yang untung sangat tak melalui fasa ‘morning sickness’ dan ada juga Papa yang alami ‘morning sickness’ ni tau. Morning sickness ini juga bukan je terjadi di pagi hari, malah boleh terjadi bila-bila masa je! Kalau Mama nak tahu, kebanyakan wanita juga mengetahui yang mereka hamil daripada tanda ‘morning sickness’ ini. 

4) ‘Mood Swing’ 

Sekejap marah, sekejap sedih, tiba-tiba gembira. Ha, itulah dinamakan ‘mood swing’! Selalunya ‘mood swing’ ini terjadi ketika datang haid kan? Kali ini, ‘mood swing’ ini terjadi kerana perubahan hormon ketika hamil.

Perubahan mood ini bukanlah biasa-biasa, namun ianya terjadi dengan mendadak! Sebab itulah kita boleh kenal pasti ini sebagai tanda-tanda hamil. Jadi, Papa kenalah sabar ya apabila Mama ‘mood swing’!

5) Perubahan Selera Makan juga antara tanda hamil

Kredit Foto: Adobe Stock

Tiba-tiba je tekak terasa nak makan ini, nak makan itu ataupun tak mahu makan langsung. Segelintir wanita akan terlebih selera dan ada sampai tiada selera tau. Ini semua berbeza tetapi jika ada perubahan yang ketara, ini mungkin tanda hamil.

Kerana perubahan hormon, ia sekaligus memberi impak terhadap selera makan kita. Jadi, kalau Mama perasan tanda ini, cepat-cepat periksa ya!

6) Cepat Penat Dan Lesu

Kredit Foto: Adobe Stock

Badan wanita yang cepat penat dan lesu ketika melakukan aktiviti yang berat atau memenatkan ialah salah satu tanda-tanda hamil juga. Apabila seorang wanita itu hamil, dia akan mengalami penat yang melampau walaupun kandungannya baru berusia 1 minggu. 

Tetapi jangan risau ya Mama, ini adalah perkara biasa dan normal. Malah, perkara ini mungkin akan berterusan sehingga melahirkan bayi. 

Hormon progesteron semasa hamil inilah yang menjadi punca peningkatan yang drastik di mana ia mampu mengubah metabolisma tubuh!

7) Suhu Badan Yang Tinggi

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama tahu tak suhu badan yang tinggi ialah tanda kehamilan? Ya, sebenarnya apabila proses ovulasi, suhu badan memang meningkat. 

Dan dikatakan juga selama 18 hari suhu akan lebih tinggi daripada biasa. Tetapi, ianya tak menjamin apa-apa. Yelah, kemungkinan juga Mama sedang demam tetapi ada juga wanita yang mempunyai tanda seperti ini. 

8) Sakit Pinggang Yang Ketara

Kredit Foto: Adobe Stock

Sakit pinggang ini lebih spesifik di area bawah daripada pusat dan tanda ini terjadi kerana impak daripada kandungan bayi yang sedang membesar itu. 

Ada juga beberapa wanita yang berkongsi bahawa bukan je pinggang mereka sakit, malah perut kembung dan sembelit ketika awal kehamilan.

Untuk mencegah sakit pinggang ini selalunya disarankan untuk tidur dengan posisi yang betul, dan mempunyai tilam yang selesa. 

9) Sering Membuang Air Kecil

Kredit Foto: Adobe Stock

Mama selalu ke toilet dan asyik buang air kecil tak? Kalau ya, ini ialah salah satu tanda awal kehamilan yang ramai tak perasan sebenarnya. Tanda ini selalunya terjadi sekitaar 6-8 minggu kehamilan. 

Pada awal kehamilan, kekerapan kencing ini terjadi sebab kenaikan hormon ‘human chorionic gonadotropin’ (hCG). Apa itu hormon hCG? Hormon ini lah yang menyebabkan peningkatan aliran darah ke ginjal sehingga meningkatkan produksi urine.

10) Sakit Kepala Melampau

Kredit Foto: Adobe Stock

“Eh asyik-asyik sakit kepala, migraine ke?” Tak, sebenarnya ini adalah salah satu petanda kehamilan. Sebagai wanita yang pertama kali ingin menimang cahaya mata, mana lah kita nak perasan benda seperti ini kan. 

Hal ini terjadi disebabkan oleh peningkatan aliran darah. Secara umum, tubuh akan menampung sekitar 50 peratus jumlah darah tambahan saat Mama mengandung.

Tanda Hamil Itu Berbeza Bagi Setiap Kehamilan Dan Wanita

Kredit Foto: Adobe Stock

Walaupun dah mengandung banyak kali, tak semestinya tanda-tanda hamil ini sama. Ada Mama yang beranak 5 orang anak pun, tanda kehamilan semua lain-lain. 

Semoga tanda-tanda ini dapat membantu Mama baru yang ingin menimang cahaya mata buat pertama kali. Mama kena ingat, tak semestinya tanda ini akan berlaku pada Mama ya. Boleh jadi Mama alami tanda-tanda lain. Kadang-kala, tak ada satu pun tanda yang terjadi ketika hamil.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA 7 TANDA MAMA HAMIL ANAK KEMBAR!

Pesan Mama Siti

Apa-apa pun, segerakan ambil test kehamilan ataupun berjumpa dengan doktor untuk lakukan pemeriksaan yang lebih teliti. Mama Siti doakan, semoga kehamilan ini menjadi pengalaman yang terindah buat Mama dan Papa! Amin.