KelabMama

10 Sarapan Pagi Mudah & Sihat Bawah 400 Kalori

10 Sarapan Pagi Mudah & Sihat Bawah 400 Kalori

Pengambilan sarapan pagi adalah penting dalam kehidupan seharian. Tetapi tahukah anda bahawa sarapan tidak semestinya melibatkan kalori yang banyak?

Berikut merupakan 10 sarapan pagi yang mudah dilakukan pada setiap pagi atau dibiarkan semalaman. Memudahkan anda terus ‘grab and go’ ke pejabat ataupun ke sekolah anda pada keesokan harinya!

1.  Roti Bakar Avocado

Saiz Hidangan: Dua keping roti bakar (365 kalori)

2.  Berry Beautiful Overnight Oats

Hanya ambil masa selama beberapa minit untuk menyediakannya. Resipi ni mudah dilakukan dan dibiarkan semalaman untuk esok hari!

Saiz Hidangan: Semangkuk (235 kalori)

3.  Peanut Butter & Jelly Yogurt Parfait

Hidangan ini sesuai bagi individu yang bersenam pada waktu pagi. Ini kerana ia mengandungi karbohidrat yang ‘simple’ dan 13 gram protein.

 Saiz Hidangan: Secawan ataupun 1 Jar (315 kalori)

4.  Sandwich Telur & Sayur-Sayuran

Sama ada bagel ataupun roti, hidangan ni untuk inidividu yang suka akan sarapan berkarbohidrat. Lengkapkan hidangan ni dengan avocado dan telur putih untuk protein.

Saiz Hidangan: 1 Sandwich (371 kalori)

5.  Waffle Peanut Butter & Jelly

Luangkan 5 minit saja untuk dapatkan hidangan yang meliurkan ini.

Saiz Hidangan: 1 sandwich (385 kalori)

6.  Roti Bakar telur Putih & Salad Avocado

Tiada apa lebih melengkapkan dengan hidangan ini.

Saiz Hidangan: 1 Keping Roti Bakar (238 kalori)

7.  Sweet Potato & Bayam

Rasai kemanisan kentang dengan memanggangnya.

Saiz Hidangan: Semangkuk (245 kalori)

8. Muffin Telur

Dipenuhi dengan sayur-sayuran, hidangan ini tinggi proteinnya tetapi rendah kalori!

Saiz Hidangan: Dua Muffins (96 kalori)

9.  Berry Flag Toast

Sarapan pagi yang ringan dan sedap dengan hidangan ini!

Saiz Hidangan: Sekeping Roti Bakar (207 kalori)

10. Smoked Salmon & Cucumber Wraps

Gantikan hidangan sarapan pagi dengan hidangan ini! Salmon bagus untuk mama kerana ia memberikan protein, potassium, B12 dan omega-3 fatty acids.

 Saiz Hidangan: 1 Wrap (169 kalori)

JOM! Mulakan sarapan pagi anda tak melebihi 400 kalori. 

Sumber: suria

BACA JUGA BAHAYA ATAU TIDAK? INI YANG AKAN BERLAKU JIKA ANAK TIDAK BERSARAPAN

Pesan Mama Siti:

Orang kata ‘eat breakfast like a king’. Menu sarapan yang Mama Siti kongsikan ni tak adalah breakfast like a king sangat, tapi kalau mama jenis yang menjaga pemakanan tapi semua benda mesti cepat dan ringkas, boleh cuba menu ni. Yalah, Mama Siti pun faham, semua orang sibuk dan tak ada masa yang cukup untuk sediakan sarapan rumit  sebelum berangkat ke tempat kerja atau sekolah. Cubalah menu ni, sedap, cepat dan yang paling penting, kurang kalori!