KelabMama

Zero Pendedahan Gajet- Bebaskan Anak Mama Dari Noda Gajet!

Perhatian buat mama dengan papa yang ada anak kecil berusia dua tahun ke bawah, Mama Siti sarankan untuk hindarkan mereka daripada sebarang gajet atau peranti elektronik contohnya smartphone, tab, televisyen dan sebagainya. 

Eh kenapa pula Mama Siti? Saya elok je bagi kat dia, senang sikit nak buat kerja. Tak ada lah asyik kena ganggu je. Memang betul yang anak takkan ganggu rutin harian mama papa tapi apa yang mama dengan papa tak tahu ialah perbuatan kita ni dapat mengundang risiko yang lebih buruk tau. 

Laman rasmi Public Health Malaysia telah berkongsi tentang ZERO pendedahan gajet kepada kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah.

Penggunaan gajet tanpa kawalan juga akan memberi kesan kepada urat saraf kanak-kanak kerana terdedah kepada cahaya berterusan.

Gangguan Masalah Pertuturan & Hubungan Sosial

Kajian telah membuktikan bahawa pendedahan skrin gadget menyebabkan gangguan perkembangan dalam pertuturan dan hubungan sosial anak tersebut. 

Bila si kecil mula bercakap, mama mesti excited kan? Walaupun pelat dan hanya guna separuh perkataan saja, tapi ia dah mampu gembirakan hati mama dan papa.

Menurut pakar kanak-kanak Wiess, Gordon dan Lillywhite (1987), bila kanak-kanak-kanak yang berusia 2 tahun sepatutnya memiliki jumlah kosa kata sekurang-kurangnya 200 patah perkataan. Tapi, bila kanak-kanak tersebut masih lagi tak dapat bertutur, walaupun usia dah mencapai 2 tahun, mama kena hati-hati. Ia mungkin petanda awal kepada masalah pertuturan!

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk mendidik kanak-kanak dengan cara lebih kreatif biarpun tanpa menggunakan gajet dan teknologi.

Masalah ni boleh berlaku apabila mama asyik biarkan anak mama bermain dengan peranti elektronik secara berlebihan. Mama Siti nak tegur yang televisyen dan permainan gajet ni tak membabitkan sebarang komunikasi 2 hala, jadi ia memang tak dapat nak latih anak untuk berinteraksi. Padahal komunikasi 2 hala penting untuk si manja kuasai pertuturan bahasa.

Video Call SAHAJA!

Public Health Malaysia menegaskan bahawa hanya panggilan video saja dibenarkan kerana ia membolehkan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain.

Apabila meningkat usia, anak-anak yang selalu melekat dengan gajet sejak kecil lebih suka bersendirian, tak suka bergaul dengan kanak-kanak lain dan akan memberontak jika gajet tersebut tak diberikan kepadanya. 

Sebab tu lah mama dengan papa kena hadkan penggunaan gajet kepada anak-anak yang masih kecil. Tetapkan peraturan di mana mereka hanya dibenarkan untuk guna gajet ni time ada video call saja. Sukar tapi bukan mustahil. Banyak lagi cara yang mama boleh guna untuk elak anak dari habiskan masa dengan gajet saja.

Sumber: Public Health Malaysia

BACA JUGA BAHAYA ANAK SERING TERDEDAH KEPADA GAJET. INI KESANNYA PADA ANAK!

Pesan Mama Siti:

Sebagai ibu bapa, kita perlu ada mindset yang betul dalam mendidik anak-anak. Mama dan papa kena sentiasa ingat bahawa anak-anak adalah cerminan diri kita. Kalau kita nak anak kita tak ketagih gajet, kita sendiri kena set the right example. Spend time dengan anak-anak instead bagi saja mereka main dengan telefon kita. Fikir-fikirkan lah ye mama!