KelabMama

Wipe Dulu Sebelum Guna, Takut Terkena Kuman HFMD

Wipe Dulu Sebelum Guna, Takut Terkena Kuman HFMD

Isu penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) masih lagi dibicarakan memandangkan kes ni masih lagi belum mencatatkan penurunan. Antara tempat yang menjadi faktor penyebaran wabak HFMD ni contohnya taska, pusat asuhan dan RESTORAN. Mama mesti rasa, “Ish, tempat makan je pun…”. Kadang-kadang restoran yang mama pergi bukannya banyak orang pun.

Restoran bukan masalah tapi baby chair yang mama gunakan untuk anak mama. Survey menunjukkan permukaan meja bayi ni jauh lebih kotor dari meja lain direstoran. Walaupun jarang menyebabkan kesakitan yang teruk, ia mungkin mengandungi kuman bahaya seperti coliform.

Mama mesti tak percaya kan? Yalah, selama ni elok saja anak mama duduk atas baby chair tu. Kali ni, Mama Siti akan kongsikan satu perkongsian daripada seorang ibu bernama Nurkhairun Amrina Ahmad Kamal berkenaan anaknya yang mengalami jangkitan virus HFMD akibat meletakkan anaknya duduk baby chair.

Tapi sebelum kita tahu kisah orang lain, seeloknya kita tambah dulu ilmu keibubapaan kita. Tahu apa itu penyakit HFMD dan simptom-simptom yang mungkin timbul sekiranya kuman ni berjangkit dekat anak mama.

Apa Itu HFMD?

Jangkitan ini biasanya disebabkan amalan kebersihan diri kurang baik dan pendedahan kepada tempat atau persekitaran sesak yang mungkin meningkatkan lagi risiko penyebaran virus ini.

HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan diikuti oleh Enterovirus 71 (EV 71).

Virus ni merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang berpenyakit. Ibubapa yang mempunyai anak yang masih kecil perlu berjaga-jaga kerana penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Simptom-Simptom

1. Demam

2. Ulser di tekak dan mulut

3. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin

4. Sakit kepala dan hilang selera makan.

Syak Baby Chair Punca Bayi Dijangkiti Virus HFMD

Mama syak baby chair ni la punca Airil dapat virus HFMD. Sebab esoknya Airil demam. Silap mama malam tu tak bawa baby wipes.  Kerusi tu pun tak nampak kotor so tak ada la nak lap lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat. So lepas ni mama dah standby segala protection before and after duduk kat mana-mana kena lap dulu habis bersih. Biar la org kata pulun pun. Yang nak menjaga anak tak sihat tu nanti kita juga.

Keadaan anak Puan Amrina setelah dijangkiti virus HFMD.

Avoid pergi main area kalau dah musim HFMD. HFMD ni wajib kuarantin. Kuarantin means duduk di rumah. Pergi klinik mintak pengesahan doctor untuk sahkan anak kena HFMD. Langsung tak boleh hantar anak ke taska/sekolah. Keluar pergi makan, pergi playground, pergi jalan-jalan, supermarket, shopping mall semua tak boleh. Sebab HFMD mudah berjangkit dari sentuhan.

Buat parents yang lain pun, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes/spray or dettol anticeptic, sanitizer ke. Bawa saja ke mana-mana pun.

Tingkatkan kawalan disinfeksi dengan mencuci alat permainan anak dengan agen pembasmi kuman serta elakkan perkongsian peralatan peribadi seperti tuala, sudu dan sebagainya kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Tapi kalau dah kena juga, tak boleh la nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak betul-betul sihat.

Note: Alhamdulillah masa saya share ni anak saya dah sihat pun. Lepas seminggu dah kering semua biji-biji kat kulit tu. Saya just sapu vco dan bg dia minum vco. Memang cepat baik.

Pada masa kini, masih belum ada vaksin untuk cegah jangkitan HFMD.Jadi, ibubapa kena ambil langkah proaktif untuk kawal penyebaran virus ni dengan mengamalkan kebersihan dalam kehidupan seharian. Ingat, permukaan yang bersih, suci ni jangan disangka tak ada kuman. Untuk keselamatan bayi mama, WIPE semuanya dengan pembersih!

Sumber: Public Health Malaysia, Amrina Meena

BACA JUGA ULSER MULUT TANDA UTAMA PENYAKIT KAKI, TANGAN & MULUT (HFMD)

Pesan Mama Siti:

Kesimpulannya, walaupun kadar penularan penyakit HFMD adalah tinggi, ia masih boleh dicegah sekiranya semua mama dengan papa mainkan peranan. Cepat-cepat bawa anak jumpa doktorkalau anak mama ada simptom HFMD dan lakukan langkah pencegahan supaya penyakit ni tak merebak. Kebersihan langkah utama mencegah penyakit tangan, kaki dan mulut ini!