Ia selalunya bermula dengan mesej yang kelihatan tidak berbahaya: “Baru daftar Mia ke kelas Mandarin hujung minggu, dia memang suka belajar bahasa tambahan!”
Atau: “Ini bento Ethan hari ni, dia tolong hiaskan nasi panda tu!”
Ditulis dengan nada ceria dan dihiasi emoji, mesej-mesej seperti ini memenuhi WhatsApp group Mama Papa setiap hari.
Namun lama-kelamaan, bagi sesetengah Mama, mesej itu mula terasa lain. Ia mula menyakitkan.
Adakah ini sekadar detik Mama Papa yang bangga, atau sebenarnya satu bentuk persembahan halus?
Selamat datang ke dunia competitive mothering dalam WhatsApp, di mana mesej yang kelihatan baik boleh berubah menjadi tekanan senyap dan perbandingan yang melelahkan.
Group Sembang yang Tak Pernah Tidur
Bagi ramai Mama Papa, terutamanya para Mama, WhatsApp group menjadi talian hayat.
Ia cara terpantas untuk dapatkan maklumat terkini dari pihak sekolah, bertukar tip keibubapaan, dan luahkan kebimbangan tentang anak yang cerewet makan atau masalah latihan ke tandas.
Namun apabila semakin banyak aspek keibubapaan dipaparkan dalam online, sesuatu yang lain mula meresap masuk: keinginan diam-diam untuk “mengikut rentak orang lain”.
Seorang Mama kongsi kemajuan anaknya membaca. Seorang Mama lagi berkongsi gambar sudut pembelajaran DIY di rumahnya.
Tanpa sedar, group itu mula terasa seperti papan markah di mana keibubapaan menjadi satu bentuk persembahan, dan semua orang seakan berlumba menunjukkan yang terbaik.
Tekanan Tanpa Suara untuk Nampak “Sempurna”
Menjadi Mama moden sudah cukup memenatkan: had masa skrin, snek tanpa gula, kelas tambahan, dan pengurusan emosi anak.
Semua ini berlaku sebelum sempat minum kopi pagi.
Tambah pula dengan WhatsApp group Mama yang aktif sepanjang masa, ia boleh jadi amat menyesakkan.
Tekanan itu bukanlah kerana niat jahat sesiapa, tapi berpunca daripada keletihan membandingkan diri.
Fenomena ini digelar sebagai intensive mothering kepercayaan bahawa menjadi ibu yang baik bermaksud memberikan setiap detik, tenaga, dan perhatian kepada anak.
Dan apabila Mama lain berkongsi perkembangan anak yang selari dengan standard, walaupun tanpa niat, ia secara tak langsung menguatkan tanggapan bahawa tahap pengorbanan itu adalah kebiasaan.
Daripada Perkongsian Jadi Persaingan
Jangan salah faham: tiada salahnya berkongsi kejayaan keibubapaan. Ia satu naluri semula jadi untuk meraikan pencapaian atau bertukar pandangan.
Masalah timbul apabila perkongsian itu mula berubah menjadi pertandingan halus.
Siapa sediakan bekal paling sihat?
Anak siapa paling awal pandai membaca?
Gaya keibubapaan siapa yang nampak paling “lembut” atau “peka”?
Dan perbandingan ini tidak terhenti di ruang sembang. Ia menular ke dalam hati dan pemikiran para Mama.
Fenomena performative online mothering ini sudah pastinya bukan perkara baru.
Ia banyak berlaku di negara Barat, terutamanya dalam komuniti keibubapaan di media sosial seperti Facebook.
Tekanan untuk tampil sebagai “keluarga sempurna” bukan saja lahir daripada norma masyarakat, tetapi juga dipengaruhi oleh reaksi Mama lain.
Bila post seseuatu yang aesthetic akan meraih lambakan emoji hati, tapi luahan jujur daripada seorang Mama yang sedang bergelut hanya disambut dengan sunyi sepi.
Malaysia, sudah pasti tidak terkecuali daripada kesan negatif budaya ibu digital ini cuma di sini, platform yang lebih popular ialah WhatsApp.
Malaysia pun sama, tak terkecuali. Bezanya, ‘drama’ keibubapaan online di sini lebih banyak berlaku dalam satu aplikasi popular, iaitu WhatsApp.
Bimbang Dianggap “Mama Tak Cukup Bagus”
Keibubapaan yang kompetitif bukan semata-mata tentang menunjuk. Ia juga tentang menyorokkan kelemahan.
Ramai Mama mungkin memilih untuk tidak terlalu jujur dalam group chat kerana takut dihakimi.
Mengaku anak asyik tengok YouTube, atau makan nugget tiga malam berturut-turut, memang tak kena dengan vibe kumpulan yang semuanya nampak sempurna.
Ini mewujudkan satu dinamika yang pelik: semua orang rasa tertekan, tapi tak ada siapa yang berani bersuara.
Dan bila, budaya sembang dalam group asyik highlight yang cantik sahaja, semakin sukar untuk mewujudkan hubungan yang betul-betul ikhlas
Bagaimana Kita Boleh Atasinya?
Langkah pertama adalah kesedaran.
Competitive mothering wujud dalam senyap.
Menamakan dan menyedarinya, dengan penuh belas kasihan, boleh memberikan kelegaan.
Bukan semuaWhatsApp group itu toksik, dan bukan semua perkongsian itu berpura-pura.
Tetapi penting untuk perasan apa yang kita rasa ketika membacanya.
Jika Mama rasa rendah diri selepas membaca satu mesej, berhenti sejenak. Tanya diri: Adakah ini benar-benar menginspirasikan saya, atau sebenarnya membuatkan saya rasa rendah diri?
Jika jawapannya yang kedua, ingatkan diri bahawa perjalanan keibubapaan kita tidak perlu sama seperti orang lain.
Admin dan ahli aktif dalam WhatsApp group juga boleh mainkan peranan mengubah suasana: galakkan perkongsian jujur, buka ruang untuk luahan masalah.
Hargai kejujuran. Ucapan ringkas seperti “Terima kasih kongsi, saya pun sama” sangat membantu mengurangkan rasa malu dan terasing.
Dan kadangkala, batasan digital juga sangat perlu.
Mute group, kurangkan scroll, atau elak topik-topik yang penuh membandingkan bukanlah sesuatu yang biadap.
Pada tahap ini, ia bukan soal kecewa atau dendam. Ia soal menjaga kesihatan mental dan ketenangan diri.
Keibubapaan, Bukan Persembahan
Tiada anugerah untuk bekal paling cantik atau anak paling awal membaca.
Dan walaupun group Mama Papa di WhatsApp boleh menjadi sistem sokongan yang hebat, ia juga boleh menukarkan perjalanan keibuan Mama menjadi satu persaingan senyap.
Realitinya? Setiap Mama cuba sedaya upaya buat yang sebaik mungkin dengan apa yang dia ada.
Keibubapaan tidak perlu jadi satu persembahan ia penuh kekalutan, tak sempurna, dan sangat peribadi.
Semua layak diraikan tiada yang terkecuali!
Artikel ini diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story.
Dapatkan lebih banyak info perjalanan keibubapaan menjadi Mama Papa di SINI.
