KelabMama

15 Warna Kabinet Dapur Terkini Yang Popular Dan Memberikan Impak Hebat

warna kabinet dapur terkini

Kredit gambar: Kredit gambar: www.houzz.com

Kabinet dapur memainkan peranan yang sangat penting dalam sesebuah dapur. Pemilihan kabinet dapur yang cantik dan kemas terutama warna kabinet dapur terkini yang menarik sememangnya akan menaikkan lagi semangat Mama semua memasak untuk keluarga.

Selain daripada memberikan fungsi penyimpanan yang berguna, ia juga boleh menambahkan kecantikan dan gaya pada reka bentuk ruang dapur Mama.

Di antara semua elemen dalam dapur, warna kabinet dapur merupakan impak yang paling besar pada penampilan keseluruhan dapur Mama.

Oleh itu, untuk membantu Mama mencari inspirasi bagi pemilihan warna kabinet dapur moden Mama, ikuti perkongsian di bawah!

Pilihan Warna Kabinet Dapur Terkini

Kredit gambar: www.housedigest.com

Berikut adalah 15 warna contoh kabinet dapur moden versi terkini yang mungkin sesuai dengan cita rasa Mama semua iaitu:

#1. Putih Bersih

Kredit gambar: sweeten.com

Putih adalah antara warna kabinet dapur yang paling popular sepanjang zaman. Warna putih ini adalah warna fovourite kebanyakan orang.

Warna putih bersih memberikan penampilan yang elegan tetapi minimalis pada dapur Mama.

#2. Gabungan warna krim dan putih

Kredit gambar: www.homesandgardens.com

Gabungan dua warna ini pastinya akan membuatkan dapur Mama kelihatan ala-ala dapur klasik tetapi moden. Ini kerana gabungan dua warna ini adalah ciri khas dapur tradisional.

#3. Warna Kabinet Dapur Moden Hitam Menawan

Kredit gambar: www.architecturaldigest.com

Wana hitam akan memberikan kesan glamor dan elegan pada dapur Mama. Ia juga boleh memperlihatkan ciri-ciri dapur yang ekslusif.

Selain putih, hitam juga sering menjadi pilihan ramai orang!

#4. Kelabu

Kredit gambar: www.homedit.com

Kelabu akan menampakkan dapur yang moden pada dapur Mama. Warna ini sangat sesuai jika Mama inginkan ruang dapur kelihatan lebih versatile dan moden.

#5. Biru Laut

Kredit gambar: www.domino.com

Biru laut adalah warna yang indah dan menenangkan. Ia boleh memberikan penampilan yang segar dan menaikkan aura natural pada dapur Mama.

#6. Hijau Lumut Warna Kabinet Dapur Terkini

Kredit gambar: www.bhg.com

Hijau lumut adalah warna yang tenang lagi menenangkan. Warna ini akan membuat sesiapa sahaja yang berada di dapur ini seperti dikelilingi oleh pokok-pokok menghijau.

#7. Oren antara Pilihan Warna Kabinet Dapur Moden

Kredit gambar: www.houzz.com

Jika Mama ingin sesuatu yang lain dan lebih berani, oren mungkin pilihan yang tepat untuk anda. Warna ini akan memberikan suasana yang ceria dan segar, sesegar jus oren, pada dapur Mama.

#8. Hijau Mint

Kredit gambar: www.apartmenttherapy.com

Warna hijau mint adalah antara warna pastel yang semakin mendapat permintaan ramai orang. Warna yang lembut ini pastinya akan memberikan suasana yang tenang, sejuk dan mendamaikan kepada dapur Mama.

Pilihan warna dapur moden ini juga akan memberikan effect luas pada dapur.

#9. Coklat Kayu

Kredit gambar: www.housebeautiful.com

Coklat kayu memberikan reka bentuk dapur yang klasik dan timeless. Warna ini sangat sesuai jika Mama mahu dapur kelihatan seperti dapur yang sedikit klasik tetapi masih ada sentuhan moden dengan pemilihan design yang sesuai.

#10. Ungu untuk Warna Dapur Moden

Kredit gambar: design.komnit.com

Ungu adalah warna yang dramatik, misteri dan pada masa yang sama ceria. Ia akan menonjolkan bahawa pemilik dapur adalah seorang yang berani dan ceria kerana memilih warna ini.

Oleh itu, jom mula bereksprimentasi dengan warna dapur moden yang menarik ini!

#11. Kuning

Kredit gambar: www.architecturaldigest.com

Warna kuning adalah warna yang ceria dan bertenaga. Ia boleh memperlihatkan suasana selera Asia atau Mediteranian pada dapur Mama.

#12. Merah Jambu

Kredit gambar: www.thespruce.com

Merah jambu akan memberikan reka bentuk dapur yang feminin dan meriah. Ia sangat sesuai jika Mama ingin dapur yang kelihatan sweet dan bergaya vintage.

#13. Contoh Kabinet Dapur Moden Warna Kelabu cerah

Kredit gambar: www.goodhousekeeping.com

Kelabu cerah adalah warna yang maskulin dan elegan. Ia memberikan dapur anda dengan suasana yang lembut dan moden serta membuatkan dapur Mama kelihatan luas.

#14. Kuning lembut

Kredit gambar: www.elledecor.com

Kuning lembut adalah warna yang menyenangkan dan bersemangat. Ia sangat sesuai dijadikan sebagai warna dapur moden jika Mama inginkan dapur yang ceria dan menyenangkan.

#15. Biru Terang Pilihan Warna Kabinet Dapur Terkini

Kredit gambar: www.houzz.com

Biru terang akan memberikan reka bentuk dapur yang bold, berani dan pada masa yang rasa tenang. Warna ini sangat sesuai jika Mama ingin menonjolkan ciri-ciri dapur yang sejuk mata memandang, tenang dan ceria.

Semua contoh 15 warna kabinet dapur terkini di atas boleh dijadi pilihan Mama. Pilihlah warna kabinet dapur moden yang sesuai dengan citarasa anda dan jangan takut untuk bereksperimen dengan gabungan warna yang berbeza bagi mencipta dapur impian Mama!


Dapatkan juga pelbagai lagi tips dan idea dekorasi di SINI!