KelabMama

Warna Cat Rumah Yang Sesuai Dan Tips Memilihnya

warna cat rumah

Kredit gambar: istockphoto

Antara yang terpenting apabila menghias rumah ialah, warna dan jenis cat. Bergantung kepada ruang dalam rumah anda, warna cat yang berbeza boleh mempengaruhi suasana dan mood anda tau.

Secara umumnya, setiap ruang mempunyai kesesuaian warna cat yang berbeza. Warna cat yang digunakan di dapur biasanya tidak sama dengan yang di dalam bilik tidur kan?

20 Warna Cat Rumah Yang Sesuai

Dalam perkongsian ini, terdapat beberapa cadangan warna cat yang sesuai untuk setiap ruang di dalam rumah. Jom pilih!

Ruang Tamu

1. Ivory atau Cream

Kredit gambar: istockphoto

Terutamanya kalau ruang di ruang tamu anda agak sempit, warna cat yang cerah seperti cream dan ivory boleh membuatkan ia kelihatan lebih lapang dan luas.

2. Biru Tua

Kredit gambar: istockphoto

Biasanya, mereka yang memilih warna cat biru tua ini inginkan ruang tamu yang kelihatan mewah dan elegan.

Warna perabot yang selalu dipadankan dengannya adalah warna emas dan beige. Macam imej diraja kan?

3. Kelabu Cair + Putih

Kredit gambar: istockphoto

Kombinasi warna kelabu putih memang cantik kan? Nampak eksklusif gitu.

4. Kuning Cerah + Kelabu Cair

Kredit gambar: istockphoto

Semakin ramai yang suka ada feature wall di ruang tamu mereka. Nampak ceria je suasana di ruang tamu bila dicat dengan warna kuning.

5. Putih

Kredit gambar: istockphoto

Cat warna putih pun tak lapuk dek zaman kan? Nak sesuaikan perabot pun senang. Blend in je semua!

Ruang Makan

6. Pink Pastel

Kredit gambar: istockphoto

Warna lembut macam pink pastel memang sesuai untuk dicat di dining room. Lembut dan menenangkan je.

7. Off-White

Kredit gambar: istockphoto

Warna cat off-white mencipta suasana yang segar, lebih-lebih lagi jika ada tumbuhan hijau di ruang makan anda.

8. Biru Klasik

Kredit gambar: istockphoto

Warna cat biru klasik pun apa kurangnya. Lembut, sejuk dan elegan!

9. Light Brown

Kredit gambar: istockphoto

Nampak sofistikated kan warna ni? Biasanya ia dipadankan dengan meja makan berona putih, ivory atau cream.

10. Hitam

Kredit gambar: istockphoto

Hitam itu menawan kan? Tapi kena pastikan pencahayaan cukup ya. Bila dihiasi dengan cahaya lampu kuning, ruang makan anda akan nampak mewah.

Bilik Tidur

11. Kelabu Cair + Pastel Hijau

Kredit gambar: istockphoto

Nyaman je rasa bila warna cat di bilik tidur macam ni kan?

12. Emerald Green

Kredit gambar: istockphoto

Warna ini memang agak gelap tetapi ia akan membuatkan bilik tidur anda kelihatan mewah. Terutamanya jika rangka katil anda diperbuat daripada kayu atau besi yang disaluti warna emas, automatik nampak mewah bila terkena cahaya lampu!

13. Pink Pastel

Kredit gambar: istockphoto

Anak perempuan suka sangatlah cat bilik tidur warna ni. Maklumlah… warna ini dikaitkan dengan sifat feminin dan boleh menenangkan emosi.

14. Pastel Biru

Kredit gambar: istockphoto

Pastel biru pula, sering dikaitkan dengan sifat maskulin. Untuk bilik tidur anak teruna, sesuailah jika catnya warna ni.

15. Merah Rubi

Kredit gambar: istockphoto

Merah, warna yang dikaitkan dengan kasih sayang dan keghairahan. Ia boleh membuatkan anda rasa teruja dan membangkitkan emosi.

Warna cat bilik tidur yang amat sesuai untuk pasangan suami isteri!

Ruang Dapur

16. Putih

Kredit gambar: istockphoto

Selalunya di dapur, kita akan kalut dan cenderung untuk bersepah ketika memasak. Bagi sesetengah orang, mereka lebih gemar untuk cat dinding di ruang dapur mereka dengan warna yang cerah seperti warna putih.

Kuranglah sikit keserabutan nanti.

17. Hitam + Putih

Kredit gambar: istockphoto

Tak kurang juga, gabungan warna hitam dan putih pun sering menjadi pilihan untuk ruang dapur. Ringkas dan sofistikated!

18. Pastel Hijau + Kuning

Kredit gambar: istockphoto

Cantik juga dapur warna ni kan? Nampak ceria je. Bertambah semangat nak memasak.

19. Coral Pink + Emerald Green

Kredit gambar: istockphoto

Gabungan warna cat cerah dan gelap memang common. Ada kelembutan, kontra dan elegan pada gabungan warna cat coral pink dan emerald green ni kan?

20. Teal

Kredit gambar: istockphoto

Warna teal ni, seperti emerald green dan navy blue, ia mencipta suasana eksklusif dan mewah di ruang itu. Kalau dipadankan dengan hiasan wooden material, lagilah cantik!

Tips Memilih Cat Dan Teknik Cat

Bila nak pilih warna cat, ada beberapa faktor yang anda perlu ambil kira:

1. Jenis Cat (Interior atau Exterior)

Pertama sekali, bezakan dahulu, cat yang anda ingin beli ini, apakah untuk ruang dalaman ataupun luaran rumah.

Ia berbeza ya dari segi ketahanan dan kesesuaian. Sebagai contoh, jika anda gunakan cat interior untuk cat di dinding luar rumah, cat itu tidak akan tahan lama kerana ia tidak diformulasikan khas untuk tahan suhu dan kelembapan yang berbeza-beza.

2. Bawa Balik Katalog/Sampel Warna Cat

Kalau tengok sampel warna cat di kedai, memang kurang tepat perspektif kita ya. Yelah.. kalau anda bawa balik katalog warna cat, boleh tengok macam mana warna itu nanti akan kelihatan, harmoni ke tak dengan perabot dan suasana di ruang itu.

Nanti boleh cuba buka lampu atau tengok natural lighting, benar-benar sesuai ke tak dengan warna yang anda idamkan itu.

Jangan lupa minta pada salesman untuk katalog warna cat ya?

3. Pentingkan Kualiti, Bukan Kuantiti Cat

Banyak je kan cat yang murah di pasaran? Sebenarnya cat yang volume nya banyak tetapi murah ini, mengandungi pelarut yang banyak tetapi pigmennya sikit je.

Nanti apabila dicat, ia akan kelihatan tidak cantik warnanya. Nampak pudar dan bertompok-tompok. Oleh itu, pastikan kandungan pigmen dalam cat yang anda nak beli adalah sekurang-kurangnya 45 peratus ya!

4. Cat Yang Sesuai

Seterusnya, pilihlah jenis cat yang sesuai. Maksudnya, yang jenis berkilat, tidak berkilat atau yang separa berkilat.

Bergantung kepada ruang dan kesesuaian, boleh rujuk kepada salesman untuk tolong anda ya?

5. Kosongkan dan Bersihkan Ruang Cat

Sebelum mengecat, pastikan anda kosongkan ruang itu terlebih dahulu. Pindahkan perabot dan apa-apa yang perlu ke tempat lain dan yang tidak boleh dipindahkan, seal barang tersebut atau tutup dengan apa-apa yang patut.

Lapik di ruang lantai dengan surat khabar dan jika ada lebihan cat yang sebelumnya, kikis dan bersihkan dengan kertas pasir dahulu tau.

6. Mulakan Dengan Cat Primer/Sealer

Mungkin ramai yang terfikir tak perlu untuk gunakan cat primer sebagai asas. Tapi sebenarnya, manfaat primer ni banyak. Antaranya, cat anda akan tahan lebih lama, lebih cantik dan lebih melekat.

7. Cat Rumah Anda

Selesai lapisan primer, bolehlah cat ruang tersebut dengan warna cat pilihan. Sama ada anda ingin cat di bahagian penjuru dan bucu-bucu dahulu ataupun di bahagian tengah dahulu dengan menggunakan roller, itu bergantung kepada keselesaan anda.

8. Bersihkan Ruang Dan Pastikan Pengudaraan Optimum

Selesai mengecat, bersihkan ruang dan peralatan cat dengan elok. Jangan lupa juga untuk memastikan pengudaraan di ruang pada tahap optimum.

Angin kipas atau udara dari luar, mana-mana pun boleh!

Cat Rumah Yang Sesuai Dan Berkualiti

Jangan lupa ikuti tips-tips di atas untuk dapatkan warna dan jenis cat yang berkualiti ya? Dengan pemilihan dan kaedah cat yang betul, rumah anda boleh kelihatan brand new untuk lebih daripada 10 tahun tau!