KelabMama

Mama Papa, Ini Waktu Mustajab untuk Berdoa di Bulan Ramadan

waktu mustajab untuk berdoa bulan ramadan

Bulan Ramadan yang penuh mulia ni bukan sekadar amalan yang dilipat kali gandakan ganjaranya, malah di bulan Ramadan ni juga ada waktu mustajab untuk berdoa.

Rasulullah bersabda bermaksud: “Pada bulan Ramadan pintu-pintu neraka ditutup rapat, pintu-pintu syurga dibuka selebar-lebarnya, syaitan-syaitan dibelenggu dan malaikat mengumandangkan panggilan: “Wahai pelaku kebajikan, berbahagialah, dan wahai pelaku maksiat bertaubatlah!” (Riwayat Ahmad)

Selain lakukan amal ibadah, dengan membaca al-Quran, solat taraweh dan pelbagai ibadah lagi. Jom kita banyakkan juga berdoa pada waktu-waktu yang mustajab ni.

7 Waktu Mustajab untuk Berdoa di Bulan Ramadan

1. Ketika Bersahur

Waktu bersahur ni untuk kita mengisi perut sebelum kita mula berpuasa. Waktu bersahur ni pun salah salah waktu mustajab untuk Mama Papa berdoa. Sekejap je ambil masa untuk berdoa ni Mama Papa.

Allah SWT berfirman: “Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampun.” – Surah Adz Dzariyat: Ayat 18.

2. Sepanjang Waktu Berpuasa

Meskipun sedang berpuasa, setiap waktu di bulan Ramadan adalah waktu yang baik untuk berdoa. Saat-saat ini, di tengah ketaatan dalam menjalankan ibadah puasa.

Selama kita menjalankan ibadah puasa dari terbitnya fajar sehingga terbenamnya matahari itulah waktu berdoa yang mustajab di bulan Ramadan ni.

“Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak: (1) orang yang berpuasa hingga ia berbuka, (2) imam yang adil dan (3) doa orang yang dizalimi.” (HR Tirmidzi)

Selepas je solat Mama Papa bolehlah berdoa

3. Sebelum Berbuka Puasa

Kalau Mama Papa nak tahu sebelum hampir waktu nak berbuka, pun salah satu waktu mustajab untuk Mama Papa berdoa.

“Sesungguhnya orang yang berpuasa memiliki doa yang tidak tertolak ketika berbuka.” (HR Ibnu Majah)

Kredit Video: TikTok ddaniyaldbiyajid

Oh ye, Mama Siti nak kongsikan doa dari ustaz Don yang Mama Papa boleh sama-sama baca doa ni bersama keluarga sebelum berbuka puasa.

Doa yang dikatakan oleh Don Daniyal ialah; “Ashadu an la ilaha illallah, Astaghfirullah, As’alukal jannah, Wa a’uzu bika minan naar, Allahumma inna ka afuwwun tuhibbul afwa fa’fu anni.

Maksudnya: “Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH, aku memohon keampunan daripada ALLAH, aku memohon syurga dan perlindungan daripada api neraka. Ya ALLAH, sesungguhnya Engkau adalah Dzat yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah aku.”

Semoga doa ini bermanfaat dan jangan lupa kerana ini kelebihan untuk Mama Papa berpuasa sekurang-kurangnya Mama Papa baca doa ni 10 minit sebelum berbuka puasa.

4. Antara Azan dengan Iqamah

Kredit Gambar: Pesona Pengantin

Berdoa di antara azan dan iqamah adalah waktu yang sangat mustajab di bulan Ramadan. Pada saat tersebut, Allah SWT mendengar segala doa umat Islam.

“Doa di antara adzan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Abu Dawud, Tirmidzi dan Ahmad)

5. Pada Hari Jumaat

Setiap malam Jumaat selama bulan Ramadan adalah waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Rasulullah SAW sangat menekankan pentingnya memperbanyak doa di malam Jumaat, apalagi di bulan Ramadan yang penuh berkah.

Seterusnya, waktu doa dimakbulkan adalah hari Jumaat kerana ia adalah penghulu segala hari. Rasulullah menegaskan: “Sebaik-baik hari di mana matahari terbit adalah hari Jumaat.

6. Sepertiga Malam Terakhir

Doa pada sepertiga malam di bulan Ramadan mempunyai keistimewaan tersendiri sebab bulan Ramadan merupakan bulan yang penuh berkah dan keampunan.

Pada saat sepertiga malam di bulan Ramadan, peluang untuk doa diterima oleh Allah SWT lebih besar lagi. Selepas Mama Papa solat tahajud, berdoalah sebanyak mana Mama Papa nak berdoa.

“Rabb kita tabaraka wa ta’ala turun ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir. Lantas Allah berfirman, ‘Siapa saja yang berdo’a kepada-Ku, maka akan Aku kabulkan. Siapa yang meminta kepada-Ku, maka Aku beri. Siapa yang meminta ampunan kepada-Ku, maka akan Aku ampuni’.” (HR.Bukhari dan Muslim).

7. Malam Lailatul Qadar

Malam Lailatul Qadar ini berlaku pada malam ganjil iaitu sepuluh hari terakhir bulan Ramadan. Pada malam Lailatul Qadar lah paling di nanti-nanti oleh kita semua kerana ia adalah malam terbaik dari 1000 bulan.

Walaupun kita tidak tahu bilakah berlaku malam Lailatul Qadar ni tapi apa yang Mama Papa boleh lakukan dengan banyakkan melakukan ibadah serta berdoa di sepuluh malam terakhir Ramadan.

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Baginda bersabda: Berdoalah: Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni (Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku).” (HR. Tirmidzi)

Bolehlah Mama Papa ajak anak-anak untuk sama-sama berdoa juga. Sama-samalah kita mengambil peluang ini untuk memperbanyak amalan ibadah, berdoa, dan memohon keampunan kepada Allah SWT di bulan Ramadan ini.

Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keampunan dari-Nya. Amin.


Dapatkan lebih banyak koleksi doa dan amal ibadah di SINI.