KelabMama

Waktu Bersama Keluarga Lebih Sempurna dengan LEXUS

LEXUS Mommy & Me Baking Workshop anjuran Super Kids Club Motherhood

Bengkel Mommy & Me Baking bersama LEXUS merupakan satu acara penuh ceria yang menggabungkan keluarga, kreativiti, dan keenakan rasa.

Diadakan di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang, bengkel ini telah menghimpunkan lebih daripada dua ratus ibu dan anak untuk merasai pengalaman hands-on yang tidak dapat dilupakan.

Sepanjang bengkel, para peserta bersama-sama memukul adunan, melipat, serta menghias makanan sambil menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan belon, kuiz, dan mewarna – memastikan keseronokan ‘terbakar’ dalam setiap detik.

Resipi Rahsia di Sebalik Kenangan Manis

Bintang utama bengkel ini sudah tentu dua biskut istimewa yang menjadikan setiap resipi lebih bermakna – Munchy’s LEXUS Salted Chocolate Biscuit Sandwich with Roasted Peanut Cream dan Munchy’s LEXUS Chocolate Cream Sandwich.

Variasi Salted Chocolate tampil dengan gabungan manis dan masin yang sungguh menggiurkan, mengadunkan biskut coklat premium bersama sentuhan garam Himalaya dan krim kacang tanah panggang yang dibuat daripada kacang sebenar.

Sementara itu, Chocolate Cream Sandwich klasik membawa rasa yang tidak asing lagi – biskut rangup yang dilapisi dengan krim coklat lembut, kegemaran sepanjang zaman yang disukai kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Kedua-dua biskut serbaguna ini membuktikan bahawa LEXUS bukan sekadar snek. Ia adalah ramuan rahsia yang mampu mengubah resipi ringkas menjadi ciptaan penuh keceriaan, serta menjadikan detik-detik di dapur bertukar menjadi kenangan keluarga yang tidak ternilai.

LEXUS: Kenangan Jadi Lebih Manis

Bukan sekadar berpeluang untuk untuk membuat manisan, setiap bengkel menjadi ruang untuk para Mama dan anak meneroka kemahiran baharu, berkongsi gelak tawa, serta mencipta kenangan yang kekal selamanya.

Dengan biskut LEXUS sebagai nadi dalam setiap resipi, setiap pukulan whisk dan taburan hiasan menjadikan detik ringkas di dapur bertukar menjadi pengalaman penuh keceriaan yang akan dikenang seisi keluarga.

Untuk mencipta kenangan manis di rumah anda sendiri, cubalah Munchy’s LEXUS Salted Chocolate Biscuit Sandwich with Roasted Peanut Cream atau Munchy’s LEXUS Chocolate Cream Sandwich yang klasik dan digemari ramai. Setiap gigitan pasti menyatukan keluarga dan rasa dalam satu momen indah.

Artikel ini telah diolah daripada artikel asal di Story Motherhood.com.my.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ada banyak lagi info menarik yang Mama Papa boleh explore, di SINI.