KelabMama

Virus Measles Buat Badan ‘Lupa’ Cara Lawan Penyakit

Virus Measles Buat Badan 'Lupa' Cara Lawan Penyakit

Nak besarkan bayi dan kanak-kanak hari ni bukan lagi satu perkara yang mudah. Banyak cabaran dan ujian yang terpaksa dilalui ibu bapa terutama dari segi penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit. Antara penyakit yang perlu diberi perhatian termasuklah jangkitan virus measles atau lebih senang dikenali dengan nama demam campak!

Penyakit ni sangat mudah menular kepada orang lain melalui udara dengan titisan (droplet) cecair daripada mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin. Kajian terkini menunjukkan measles boleh beri kesan besar kepada antibodi dan ketahanan tubuh badan.

Sebab virus maut ini menyebabkan antibodi tubuh “lupa” kepada virus dan kuman yang pernah di perangi sebelum ini.

Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan respiratori dan disertai ruam pada kulit.

Menurut kajian dari seorang ahli fizik Harvard School of Public Health, Michael Mina, jangkitan measles yang ada dalam tubuh untuk beberapa minggu sama seperti jangkitan Virus HIV yang tidak dirawat selama 10 tahun.

Kerosakan dan kemusnahan antibodi yang telah dihasilkan selama bertahun tahun menyebabkan kanak kanak berisiko mendapat jangkitan penyakit yang pernah mereka hidapi sebelum ini. Kajian terkini memberi penekanan mengenai kepentingan vaksinasi untuk mencegah virus measles.

Sebelum Mama Siti sentuh soal pencegahan demam campak ni, Mama Siti akan kongsikan bagaimana virus ini merebak, tanda-tanda yang Mama boleh ambil perhatian dan juga rawatan yang mama boleh ambil untuk lawan balik penyakit ni.

Bagaimana Virus Measles Merebak?

Virus demam campak boleh merebak secara langsung melalui titisan yang dihasilkan daripada batuk dan bersin malah juga melalui sentuhan rapat dengan orang yang telah dijangkiti.

Mama juga perlu berhati-hati soal kebersihan kerana virus ni juga boleh merebak secara tak langsung. Contohnya, bila anak mama yang sihat walafiat sentuh objek atau permukaan yang mempunyai titisan dengan virus. Contoh: alat permainan, meja, kerusi dan sebagainya. Virus itu akan tersebar ke dalam badannya bila dia sentuh hidung atau mulut dia.

Sebelum vaksin untuk demam campak dicipta, dianggarkan sejumlah 2.6 juta orang mati setiap tahun akibat penyakit ini, kebanyakannya adalah kanak-kanak.

Take note bahawa virus measles ni boleh hidup dalam persekitaran tertutup sehingga 2 jam.

Tanda-Tanda Anak Mama Dijangkiti Virus Measles

Selepas 10-12 hari dijangkiti dengan virus ni, pesakit akan mula tunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

2-3 kemudian ruam merah akan timbul, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak ke bahagian badan, tangan dan kaki.

Ruam ni akan kekal selama 4 – 7 hari. Bila ruam campak ni timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi. Mata pesakit juga jadi berair dan sensitif kepada cahaya. 

Demam campak sangat berjangkit bagi kanak-kanak terutamanya yang menghadiri pra-sekolah dan tadika.

Ancaman Risiko Kematian

Pesakit campak yang kekurangan zat dan mempunyai sistem imun yang lemah boleh menghadapi pelbagai komplikasi contohnya jangkitan telinga, jangkitan paru-paru (pneumonia), jangkitan otak (encaphalitis), otitis media, cirit-birit dan juga boleh menyebabkan kematian.

Mama ingat tak wabak demam campak yang melanda komuniti Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang? Disebabkan mereka kurang zat makanan, maka kematian pun berlaku. Sebab tu lah, bila anak atau sesiapa saja ahli keluarga mama yang dijangkiti virus ini perlu amalkan pemakanan yang sihat.

Kadar kematian kes measles lazimnya kurang daripada satu peratus tapi ia boleh meningkat sehingga 3%-6% sekiranya kekurangan zat makanan. Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Panduan & Rawatan Wabak Demam Campak

Setakat ni, masih tiada rawatan spesifik bagi demam campak, namun doktor ada sarankan beberapa panduan untuk mengurangkan gejala measles ni. Antaranya:

Ruam pada kulit tu mama tak perlu risau sebab ia akan sembuh dengan sendiri.

Suntikan MMR Cegah Virus Measles

Dengan adanya Program Imunisasi Kebangsaan, demam campak dapat dicegah serta merta tapi anak mama masih berisiko jika terdedah dengan kanak-kanak lain yang tak disuntik atau orang asing.

Suntikan imunisasi MMR (campak, beguk dan rubella) boleh didapati untuk anak pada usia 12 bulan dan ketika 7 tahun.

Di Malaysia, vaksin MMR mengandungi 2 dos dan diberikan sebagai sebahagian daripada Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).

Menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk pastikan anak mama dapat imunisasi pada tempoh yang betul. Kalau mama risau dengan vaksin yang diberikan, mama tak perlu risau sebab MMR adalah vaksin yang selamat.

Kalau anak mama terdedah kepada individu yang dijangkiti campak dan belum lagi terima imunisasi, Mama Siti sarankan Mama segera bawa anak berjumpa doktor. Pemberian vaksin dalam jangka masa tertentu boleh elakkan anak mama daripada dijangkiti virus measles ni.

Sumber: SirapLimau, Public Health Malaysia

BACA JUGA ANAK ANDA BELUM PERNAH KENA DEMAM CAMPAK?

Pesan Mama Siti:

Sebagai ibubapa, kita patut ambil tahu tentang penyakit ni supaya kesihatan anak terjamin dan anak juga dapat dicegah daripada jangkitan oleh kanak-kanak lain. Especially, bila anak mama dan papa dah masuk pra-sekolah atau tadika. Lagilah risau kan? Sebab kita bukan 24 hours dekat sana nak jaga mereka, pastikan mereka sentiasa bersih, kemas kan? Jadi, take note ye tentang virus measles ni!