KelabMama

Take Note Mama! Virus Kawasaki Boleh Menyebabkan Komplikasi Pada Jantung Anak-anak

Seminggu yang lalu, kita dikejutkan dengan anak kedua pasangan pelakon Amyra Rosli dan Amar Baharin dijangkiti virus Kawasaki. Berdasarkan laporan Harian Metro, Amar berkata, anak mereka mula demam panas sebelum simptom penyakit itu mula menyerang badan hingga ke muka.

Kredit gambar: ohmymedia.cc

Kalau Mama ingat, penyakit ini juga dikaitkan dengan sindrom post-COVID-19 pada anak-anak atau lebih dikenali sebagai Multisystem Inflammatory Syndrome in Children (MIS-C) iaitu sejenis penyakit yang dikatakan seperti virus Kawasaki.

Berdasarkan perhatian Mama Siti, masih ramai mak-mak di luar sana yang baru pertama kali atau masih tidak tahu mengenai virus ini. Berikut merupakan beberapa perkara penting yang Mama harus tahu mengenai virus Kawasaki yang sering menyerang kanak-kanak di bawah umur 5 tahun.

Komplikasi berkaitan jantung yang dikaitkan dengan penyakit Kawasaki adalah serius dan boleh membawa maut dalam 2 hingga 3% kes yang tidak dirawat.

Berikut merupakan beberapa maklumat penting mengenai virus ini yang dikongsikan Dr Izzar Anwari di laman Instagram beliau:

Apakah itu virus Kawasaki?

Penyakit Kawasaki adalah suatu penyakit demam akut yang menyebabkan keradangan (inflammation) pada salur darah di jantung dan selalunya berlaku pada kanak-kanak berumur bawah 5 tahun, lelaki dan berketurunan dari asia.

Punca kanak-kanak tu mendapat Penyakit Kawasaki tu masih BELUM DIKETAHUI lagi.

Gejala Penyakit Kawasaki

Komplikasi Akibat Virus Kawasaki & Rawatan

Penyakit Kawasaki menyerang jantung anak dan menyebabkan komplikasi pada salur darah, otot, dan injap jantung kalau dibiar lama tanpa rawatan secukupnya.

Berita baik. Penyakit Kawasaki ni ada rawatannya. Tapi yang penting, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor dengan segera kalau demam dah tinggi tu. Janganlah tunggu lama-lama. Amat penting rawatan diterima dalam tempoh 10 hari demam.

Mama juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai virus ini melalui perkongsian dan temu bual bersama Dr Liew Pei Sze, Pakar Pediatrik di ParkCity Medical Centre oleh Motherhood Story. Atau Mama boleh baca perkongsian Bapa ini mengenai anaknya yang diserang penyakit ini sehingga jantungnya membengkak.

Apa-apa pun Mama Siti nak pesan supaya Mama sentiasa aware dengan keadaan anak. Sekiranya anak Mama demam panas melampau dan sudah berhari, terus bawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Kredit gambar: thepostbd.com

Syafakillah untuk anak pelakon Amyra Rosli dan Amar Bahrin dan Mama Siti doakan semoga semuanya dipermudahkan, baik untuk mereka, diri sendiri dan juga anak-anak Mama yang lain.