KelabMama

Vaksin COVID-19 Pfizer Untuk Kanak-Kanak Dan CanSino Sebagai Dos Penggalak Untuk Orang Dewasa – Dr Noor Hisham

Kredit gambar: Statnews & Malay Mail

Berita baik untuk Mama dan anak-anak Mama, kini vaksin Pfizer mendapat kelulusan bersyarat untuk kanak-kanak. Menurut Malay Mail vaksin COVID-19 Comirnaty yang dikeluarkan oleh Pfizer boleh digunakan sebagai imunisasi kanak-kanak berumur antara lima dan 11 tahun.

Kredit gambar: Statnews

Pada mesyuarat ke-368 Drug Control Authority (DCA) Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengatakan:

“Comirnaty 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection telah diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun. Dos ini mempunyai potensi yang lebih rendah berbanding vaksin Comirnaty yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas,”

-Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysian Director General of Health

Sementara itu, untuk imunisasi COVID-19 individu berumur 12 tahun ke atas, terdapat formulasi baharu dos Comirnaty (Tris/Sucrose) 30mcg turut diluluskan di mesyuarat itu.

Dengan formulasi baharu itu katanya, vaksin ini tidak memerlukan pencairan sebelum diberikan dan mempunyai jangka hayat lebih lama. Jangka hayat antara 10 minggu berbanding formula sedia ada iaitu sebulan. Ini terjadi apabila disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C selepas dicairkan.

Kredit gambar: The Straits Times

Dalam pada itu, penggunaan vaksin Convidecia® Recombinant Novel Coronavirus Vaccine (Adenovirus Type 5 Vector) (CanSino) sebagai dos penggalak untuk individu berumur 18 tahun ke atas turut diluluskan oleh DCA.

Suntikan penggalak ataupun booster shot boleh diambil pada selang masa antara tiga dan enam bulan selepas menerima dos pertama vaksin yang sama.

Walau bagaimanapun, kelulusan bersyarat itu masih memerlukan maklumat mengenai kualiti, keselamatan dan keberkesanan vaksin itu dipantau dan dinilai secara berterusan oleh National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) berdasarkan data terkini dari semasa ke semasa, ujar beliau.

“Ini bagi memastikan perbandingan faedah berbanding risiko untuk vaksin kekal positif,”

-Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysian Director General of Health

Oleh itu, segeralah Mama ke pusat pemberian vaksin di mana-mana klinik dan ambil dos penggalak dan pastikan anak-anak anda juga divaksin. Sentiasa kekal selamat seperti biasa, Mama! Sentiasa peka dan mengambil tahu tentang perkembangan terkini tentang vaksin, demi keselamatan kita semua.