KelabMama

Cegah Influenza! Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Kepentingan Dapatkan Vaksin Influenza Setiap Tahun Untuk Anak-anak

Kredit gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Kesihatan anak-anak amatlah penting bagi ibu bapa. Kali ini, Dr Sheikh Muszaphar kongsikan kepentingan vaksin Influenza ataupun flu shots untuk anak-anak kita. Beliau menyarankan untuk vaksin ini diambil demi menghindari daripada apa-apa penyakit. Malah, ia lebih digalakkan bagi mereka yang berisiko tinggi.

Virus Influenza

Kredit gambar: HealthHub

Menurut portal MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Influenza adalah penyakit bermusim yang berlaku pada musim sejuk iaitu pada November hingga Mac di Hemisfera Utara dan dari April hingga September di Hemisfera Selatan. Tetapi di kawasan Tropika, Influenza boleh berlaku pada bila-bila masa.

Jenis Virus Influenza

Virus Influenza ada beberapa jenis iaitu:

Subjenis pula virus Influenza yang lain wujud pada haiwan dan burung. Penyebaran virus antara spesies boleh menghasilkan subjenis baru yang mampu menjangkiti manusia seperti:

Tambahan pula, virus influenza mudah membiak dan menukar ciri antigen. Oleh itu, vaksin perlu diubah suai setiap tahun agar dapat menentang strain yang baru dengan berkesan menurut KKM.

Untuk keperluan kanak-kanak, mari kita lihat perkongsian Dr Sheikh Muszaphar tentang pentingnya vaksin ini.

Pentingnya Vaksin Influenza Bagi Kanak-kanak

Kredit gambar: Instagram Dr Sheikh Muszaphar

Penting sangat vaksin Influenza buat anak anak tersayang.
Lebih lebih lagi masa pandemik ni.
Highly Recommended

Golongan Mana Perlu Ambil?

Kredit gambar: Healthline

Siapa yang patut mengambilnya?

  1. Bayi 6 bulan ke atas
  2. Diambil 2 dos untuk kanak-kanak di bawah umur 9 tahun.
  3. Selang sebulan antara 2 dos
  4. Sebaiknya ambil setiap tahun untuk mereka yang berisiko tinggi.
  5. Menghalang anda daripada dijangkiti selsema biasa tetapi bukan Covid-19.

Walaupun anda mendapat vaksin Influenza tahun lepas, anda mungkin memerlukan dos baharu kerana virus itu berubah.
Itulah sebabnya vaksin dikemas kini setiap tahun untuk memasukkan jenis virus terkini.

Just Sharing
Salam Everyone
Love As Always
PS – Our kids rarely get sick . Alhamdulillah

Hari-hari kita belajar perkara baharu kan, Mama? Semoga perkongsian ini dapat membantu Mama untuk membuat keputusan yang bagus untuk anak-anak.

Untung anak-anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina ada ibu bapa yang penyayang dan pentingkan keselamatan mereka.

Pesan Mama Siti:

Tentu penyakit itu tidak dapat dielakkan jika diizinkan oleh-Nya, tetapi kita boleh cuba sedaya upaya kita. Mama Siti amatlah pentingkan kesihatan, bukan sahaja anak-anak kita tetapi mereka yang berada di sekeliling kita juga. Jika anak-anak sakit, kita juga menyebarkan virus kepada orang lain serta menyusahkan orang lagi. Ambillah langkah berjaga-jaga dan stay safe, Mama!

Kredit: Instagram Dr Sheikh Muszaphar