KelabMama

‘Renew’ Uniform Sekolah Anak-anak Dengan 6 Tips Ini. Terus Putih Berseri!

Kejap je, anak-anak kita akan kembali ke sekolah. Bagi anak Mama dan Papa yang bermula tahun baru dan masih muat untuk menggunakan uniform sekolah anak-anak yang berwarna putih, Mama jangan risau.

Gunakan peluang yang tinggal beberapa hari sahaja lagi ni untuk membasuh dan memutihkan uniform sekolah mereka seperti baju sekolah yang baru dibeli. Mesti cantik! Mama Siti to the rescue~

6 Tips Berkesan Untuk Memutihkan Uniform Sekolah Anak-anak

1. Gunakan Cuka

Cuka mungkin kawan baik Mama selepas ini kerana selain daripada sangat membantu dalam pelbagai hacks di rumah, cuka juga sangat bagus dalam memutihkan uniform sekolah anak-anak.

Mama hanya perlu tambahkan ½ segelas cuka putih ke dalam mesin basuh apabila Mama membasuh uniform mereka dan basuh seperti biasa.

Ini akan meningkatkan kecekapan proses pembersihan dan memastikan pakaian Mama lembut. Ia juga akan melindungi warna daripada luntur.

Mama juga boleh rendam uniform anak-anak ke dalam larutan cuka putih dan air selama sejam, dan kemudian basuh mengikut label penjagaan.

2. Terbalikkan Pakaian: Bahagian Dalam ke Luar

Sebelum memasukkan pakaian sekolah anak ke dalam mesin basuh, terbalikkan ke dalam baju mereka ke luar. Ini untuk melindungi warna putih baju daripada pudar.

Psst. Ini memang Mama Siti suka buat untuk semua baju. Senang nanti nak sidai – semua poket dan celah lipatan sudah berada di luar untuk cepat kering dan warna pun tak mudah luntur bila berada di bawah matahari.

3. Elakkan Cahaya Matahari

Selepas baju selesai di basuh, elakkan daripada keringkan uniform anak-anak di bawah cahaya matari terik. Ya, memang cepat kering, tapi, adalah lebih baik untuk mengeringkan pakaian seragam di tempat teduh dan berangin.

4. Basuh Dengan Menggunakan Air Sejuk

Pakaian sekolah selalu dicuci dengan kerap, jadi lebih baik guna air sejuk untuk melindungi warna daripada luntur. Jika Mama mencuci pakaian sekolah dengan mesin, pilih kitaran air sejuk yang lembut.

5. Jangan Basuh Bersama Baju Lain!

Macam Mama Siti, untuk baju yang berwarna putih atau cerah seperti krim, kuning cair, dan nude, Mama Siti akan basuh asing daripada pakaian-pakaian lain.

Mencuci pakaian putih bersama yang berwarna lain berpotensi menyebabkan baju-baju cerah tersebut ‘menerima’ warna daripada pakaian lain. Lagi tak best kalau baju putih dah tak putih berseri. Tak cantik la kan?

6. Gunakan Pencuci Yang Lembut

Baju sekolah kan kena basuh setiap hari, lebih baik Mama gunakan bahan pencuci yang lembut. Pencuci yang lembut melindungi warna pakaian sekolah anak Mama dan cik suami!

Senang sahajakan? Mungkin masa tidak menyebelahi Mama untuk basuh asing-asing tapi untuk pakaian tahan lama, Mama boleh lah cuba tips ni! Semoga membantu!


Jom cuba pelbagai hacks dan idea dekorasi rumah yang Mama boleh cuba di SINI.