KelabMama

8 ‘Umbrella Stroller’ Yang Murah, Mudah & Menjadi Pilihan Orang Ramai

Masih tercari-cari stroller yang sesuai untuk anak anda? Dari semua jenis stroller yang ada di pasaran, salah satu yang menjadi pilihan ramai ialah stroller jenis lipat payung. Stroller jenis ini lebih ringan dan lebih kompak. Oleh itu ia tidak memakan ruang yang banyak di dalam kereta dan mudah dibawa ketika melancong.

 

Ciri Stroller Lipat Payung

 

  1. Hauck Speed Plus

Buatan German. Beratnya 7kg. Penyandar boleh di turunkan sehingga rata. Maka boleh digunakan oleh bayi baru lahir. Berat maksimum kanak-kanak yang dibenarkan 15kg iaitu kira-kira dalam umur 4 tahun. Didatangkan dengan bar keselamatan, pemegang botol air dan penutup hujan. Tayarnya dilengkapi dengan penyerap hentakan bagi mengurangkan gangguan jika bayi anda sedang tidur di dalam stroller. Harga dalam bermula dari RM480.

 

  1. Maclaren Volo

Sesuai untuk bayi 6 bulan ke atas. Penyandar belakang yang lembut tidak mempunyai kebolehan untuk pelarasan. Berat maksimum kanak-kanak adalah 15kg. Kanopi besar tetapi tidak mempunyai tingkap untuk melihat ke dalam. Amat ringan iaitu 5.1kg sahaja sesuai untuk mereka yang sering berjalan jauh dan sesuai juga untuk dibawa menaiki kapal terbang. Tetapi malangnya bumper bar dan seat liner tidak didatangkan sekali. Anda harus membeli asing. Ia didatangkan dengan penutup hujan. Tempat duduk diperbuat dari material berlubang maka ia tidak panas malah ianya boleh dibuka untuk dibasuh. Harganya pula bermula dari RM799.

 

  1. The First Years Ignite

Ia sesuai untuk bayi berumur dari 6 bulan ke atas sehingga seberat 23kg. Beratnya ialah 6kg agak berat untuk stroller jenia ini. Kekurangannya adalah kanopinya pendek tetapi disebabkan ia tidak mempunyi tetingkap maka ia memudahkan anda melihat anak di dalam stroller. Di antara kelebihannya ialah ruang aksesori pada pemegang yang membolehkan ibu bapa menyimpan telefon dan dompet serta ruang botol juga turut disediakan. Harga stroller ini dalam lingkungan RM350-RM450.

 

  1. Anakku Pussy Cat Stroller

Rata-rata ibu bapa ramai yang suka design stroller ini. Nampak comel. Berharga dalam lingkungan RM80 – RM95 sahaja. Kekurangannya ialah stroller ini hanya sesuai untuk bayi berumur 6 bulan ke atas sehingga berat mencapai 15kg. Ia didatangkan dengan semurah dulang hadapan yang boleh dibuka. Tetapi ruangan penyimpanan di bahagian bawah adalah kecil.

 

  1. Halford Fliplite

Stroller jenis ini berharga dalam lingkungan RM350-RM460. Mempunyai kanopi besar yang ada tetingkap untuk melihat ke dalam. Bakul shoppingnya besar boleh menampung berat sehingga 3.5kg barang. Berat stroller ini adalah 7.2kg dan boleh menampung berat maksimum sebanyak 18kg. Penyandar belakang boleh di baringkan rata sesuai untuk bayi baru lahir.

 

  1. Jeep Wrangler All Weather

Tempat duduknya mempunyai kusyen yang boleh digulung ke atas ketika hari panas. Penyandar belakang mempunyai lubang-lubang yang membolehkan udara masuk. Penyandar belakang juga mempunyai 2 tahap penurunan. Kanopi besar dan ada tetingkap untuk melihat ke dalam. Stroller ini didatangkan dengan cup holder di tepi. Berat maksimum yang boleh ditampung ialah 22kg. Tidak lupa juga ia mempunyai beg aksesori di tepi.  Berat stroller ini hanya 4 kg dan rodanya sesuai untuk semua permukaan menjadikannya antara stroller yang tahan lasak.

 

  1. Sweet Cherry Daytona

Sweet Cherry adalah produk buatan tempatan. Sesuai untuk bayi baru lahir sehingga seberat 15kg kerana penyandar belakangnya boleh dibaringkan. Didatangkan dengan bumper bar dan chest pads pada tali keselamatan. Mempunyai kanopi besar. Berat stroller ini ialah 7 kg. Harga untuk stroller ini ialah dalam lingkungan RM270-RM350sahaja. Ia buatan Malaysia maka barang ganti lebih mudah didapati. Terdapat 2 warna untuk stroller ini iaitu merah dan biru.

 

  1. Sweet Cherry Costa

Juga sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 3 tahun. Penyandar belakang boleh diturunkan sehingga 170 darjah.  Juga didatangkan dengan bumper bar. Beratnya agak ringan iaitu 7.6kg. Harganya dalam lingkungan RM270 ke atas.