KelabMama

Sunway Putra Mall Membawakan Pengembaraan “World of Barbie®” Buat Pertama Kalinya di Malaysia

Mama ingat lagi zaman kanak-kanak Mama yang sangat aktif dan menyeronokkan? Berbanding dengan anak-anak kita sekarang, zaman kita kecil-kecil dulu kita sering berlari-lari di luar, bermain ‘dress-up’ macam puteri atau watak kegemaran kita, dan tak lupa, koleksi patung Barbie® yang dikumpulkan dengan gaya hidup mengagumkan! Rindu pulak zaman bangun awal pagi Sabtu hanya untuk menonton siri kartun Barbie® kegemaran kita semua.  

Sedar tak sedar, Barbie® kini meraikan ulang tahunnya yang ke 60! Sejak tahun 1959, Barbie® telah memberi inspirasi kepada anak kecil untuk bercita-cita tinggi dan mengejar pekerjaan impian mereka. Kini, Barbie® mempunyai lebih daripada 200 kerjaya (and counting)! Uish, tak terkira tu. 

Untuk mengimbau kenangan lama dan mencipta memori baru bersama anak gadis Mama, jom raikan ulang tahun ke-60 Barbie® di Sunway Putra Mall bermula 4 hingga 20 Oktober ini! Bertemakan “Barbie® You Can Be An Explorer”, anak kecil Mama berpeluang menjadi peneroka sepanjang acara berlangsung. 

Mama, Papa, dan seisi keluarga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang sangat menghiburkan. Aktiviti-aktiviti ini diilhamkan oleh beberapa pekerjaan Barbie® yang sangat cool tersebut. 

Aktiviti-aktiviti di Barbie® World Concourse 

Dengan perbelanjaan minimum RM50, anak Mama berpeluang menerima Barbie® Explorer Passport (Buku Stem Aktiviti), untuk mengambil bahagian dan melengkapkan kesemua aktiviti di zon-zon tersebut dan menerima Sijil Barbie® Explorer!

Pada masa yang sama, dapatkan promosi Gift-with-Purchase (GWP), di mana anda boleh mendapatkan fotobook PERCUMA dengan pembelian RM50 dan ke atas, serta bantal leher perjalanan PERCUMA untuk setiap pembelian produk Barbie® berharga RM120 dan ke atas.

Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di ruang Camper Van.
Ruang interaktif di mana kanak-kanak boleh bermain Baking Games.

Hujung Minggu BERTAMBAH MERIAH!

(pada 5, 6, 12, 13, 19, dan 20 Oktober)

Tak sabarnya nak join Barbie® 60th Anniversary ni!

Selain itu, anda seisi keluarga juga boleh menikmati keseronokan berganda pada hujung minggu dengan aktiviti-aktiviti di bawah:

Pamerkan kemahiran mewarna si manja anda untuk memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM6,000! Pre-register anak anda di Facebook Sunway Putra Mall kerana ia terhad kepada 100 peserta sahaja!

Siapkan anak-anak anda dalam pakaian kerjaya terbaik mereka seperti juruterbang, angkasawan, doktor, mahupun sebagai fairy princess yang cantik! Setiap peserta kemudian harus peragakan pakaian mereka dan diberikan masa 2 minit untuk berkongsi aspirasi kerjata mereka dan berpeluang untuk merebut hadiah-hadiah lumayan! Pre-register di sini sebelum terlambat. 

Terhad kepada 20 peserta setiap sesi, anak-anak anda boleh menjadi ahli sains selama sehari dan membuat ‘bom’ slime berwarna merah jambu bersama-sama. Tak perlu pre-register, anak Mama boleh rasai pengalaman bermain slime yang menyeronokkan dengan hanya walk-in sahaja.

Anak-anak Mama boleh membuat aksesori sendiri disamping berkenalan dengan rakan-rakan baru.

Siapa tahu mungkin anak Mama sebenarnya sangat berbakat dalam membuat aksesori sendiri? Tingkatkan kreativiti mereka dengan menyertai bengkel membuat rantai tangan atau aksesori lain pada tarikh-tarik yang dinyatakan di atas.

Set permainan patung Barbie® yang eksklusif juga turut dijual sepanjang acara ini berlangsung.

Pameran Ulang Tahun Barbie® yang ke 60!

Selain daripada aktiviti-aktiviti yang amat menyeronokkan, para pengunjung juga dapat melihat 60 anak patung Custom Styles Barbie® yang dipamerkan di Aras Bawah, bersebelahan dengan Kaunter Informasi bermula 4 sehingga 13 Oktober ini. Fesyen Barbie® dolls yang dipamerkan adalah direka khas oleh ahli Limkokwing Fashion Club, dan rambut digayakan oleh para pelajar A Cut Above Academy. 

Bergambar bersama 60 patung Barbie® yang eksklusif di Barbie® 60th Anniversary.

Jadi apa tunggu lagi? Set tarikh dengan seisi keluarga Mama untuk meraikan ulang tahun ke-60 Barbie® dari 4 hingga 20 Oktober 2019, di Sunway Putra Mall. Dalam masa yang sama, Mama juga boleh ikuti update terbaru di laman web Sunway Putra Mall, Facebook & Instagram, atau hashtags ini: #SunwayPutraMall, # Barbie60, dan #YouCanBeAnything.