KelabMama

20+ Ucapan Selamat Pengantin Baru Untuk Kenalan dan Ahli Keluarga

Ucapan perkahwinan ialah doa, tanda ingatan dan nasihat. Elok benar kalau kita sampaikan ucapan buat kenalan dan ahli keluarga yang baru sahaja membina mahligai.

Namun begitu, Mama Siti faham, ada antara Mama yang tidak pandai nak tulis ayat manis-manis atas kad ucapan. Bimbang pula, salah pilih perkataan, buat pengantin terasa hati nanti. 

Oleh itu, Mama Siti kongsikan 25 contoh ucapan untuk pasangan pengantin baru yang sesuai dijadikan mesej ucapan di emel dan Whatsapp. Ucapan perkahwinan ini boleh juga ditulis di atas kad ucapan hadiah pengantin.

25 Contoh Ucapan Untuk Pengantin Baru

Ucapan Dari Teman Buat Pasangan Pengantin

Kredit gambar: penangweddingtourism

Selamat menempuh hidup baru kawan. Semoga ikatan pernikahan ini menjadikan kalian keluarga yang selalu dalam lindungan tuhan, dilimpahkan dengan kebahagiaan dan kenikmatan. 

Sungguh kerajaan cinta itu benar-benar wujud. Selamat pengantin baru sahabat!

Aku melihat langit hari ini indah penuh dengan bintang berkelipan. Kau tahu kenapa? Kerana hari ini dua orang sahabatku sedang mengikat janji suci. Semoga bahagia kawan, jaga keluarga kecilmu baik-baik.

Selamat menempuh hidup baru sahabatku. Tahniah! Akhirnya saat yang engkau nantikan datang juga hari ini. 

Selamat menempuh kehidupan yang baru sahabat. Semoga Allah menyempurnakan kebahagiaan kalian dan menyempurnakan ibadah kalian. Diberikan keturunan yang yang soleh dan solehah dan limpahan rezeki yang berkat.

Ucapan Ringkas dan Bermakna

Kredit gambar: metropolis.id

Selamat berbahagia sahabatku. Tahniah atas perkahwinan kalian.

Selamat pengantin baru, jaga pasanganmu sebaik mungkin.

Semoga reda Allah SWT sentiasa menyertai kalian berdua.

Selamat Pengantin Baru! Semoga berbahagia dengan kehidupan baru.

Selamat Pengantin Baru buat mempelai.

Ucapan Perkahwinan Dari Ahli Keluarga

Kredit gambar: faridismphotography.com

Selamat menempuhi alam perkahwinan. Jadilah suami dan isteri yang soleh. Semoga Allah memberikan rezeki dan anak-anak penyejuk hati. Amin

Selamat memulakan gaya kehidupan yang baru. Semoga tuhan memberkati perkahwinan anda berdua. 

Semoga keluarga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawaddah dan warahmah. Diberikan kemudahan rezeki dan juga segera diberi keturunan yang baik dari Allah.

Ucapan Dari Kenalan dan Ahli Keluarga Jauh

Kredit gambar: diva.my

Semoga hari pernikahan kalian dilimpahi dengan kasih sayang, cinta dan kebahagiaan. Selamat menempuh hidup baru. Salam Pengantin Baru.

Tahniah! Dengan sepenuh hati yang ikhlas, aku berdoa agar keluarga kecil baru kalian ini akan selalu dalam keadaan bahagia dan penuh rukun. Semoga menjadi keluarga sakinah, mawaddah dan warohmah.

Semoga Allah SWT menyempurnakan ibadah kalian dan menjadikan pernikahan ini sebagai rahmat buat keturunan Nabi Adam AS. Amin

Ucapan Penuh Puisi dan Puitis

Kredit gambar: hellokerja.com

Semoga pernikahan kalian diisi bersama dengan semua bahan yang tepat: Tumpukan cinta, sejumput humor, sentuhan romantis dan sesendok pemahaman. Selamat Pengantin Baru.

Betapa cerahnya hari ini, sepertinya alam pun merestui pertalian kalian. Kalian adalah pasangan raja sehari merpati sejoli. Cerita cinta kalian bagaikan Romeo dan Juliet, tapi kalian lebih beruntung dari mereka. . Semoga jadi keluarga baru yang penuh puas cita. Selamat Pengantin Baru

Cinta di antara kedua insan merupakan kejadian yang terbaik. Cinta sebagai bahagian terindah yang mampu menjadikan iman seseorang menuju jalan yang lebih baik.

Bulan purnama ikut tersenyum dengan ramah. Sang bintang juga tidak mau mengalah. Dengan doa yang indah untuk kalian yang baru saja menikah, semoga keluarga kalian sakinah mawaddah dan warrahmah.

Ucapan Selamat Pengantin Baru Islamik

Kredit gambar: Freepik

“Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu dan atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan. Amin“

“Semoga Allah menghimpunkan apa yang tersebar di antara keduanya, memberkati mereka berdua dan semoga Allah menambahkan zuriat mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah dan pemberi keselamatan bagi manusia” 

(Doa Nabi Muhammad sempena perkahwinan anak perempuannya Fatimah dengan Ali)

“Cinta sesama manusia kerana Allah akan menuju syurga nan indah. Bawalah cinta ini mencari redha Allah agar pertalian ini kekal abadi selamanya.“

بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

“Semoga Allah memberkahimu ketika bahagia dan ketika susah, serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.” 

(Hadis Riwayat. Abu Daud)

Tiada ibadah yang lebih panjang selain dari pernikahan. Di mana duduk berdua adalah ibadah, menghabiskan waktu bersama adalah ibadah, bahkan menyuapkan makanan juga ibadah. Semoga kebahagiaan dan keberkahan selalu bersama kalian. Aamin. 

Ucapan untuk pengantin baru diberikan untuk meraikan pasangan mempelai dengan doa-doa yang baik. Tidak dilupakan ia sebagai tanda ingatan kita kepada teman, ahli keluarga dan kenalan yang baru sahaja melangsungkan hari perkahwinan mereka. 

Ucapan untuk pengantin baru lebih baik jika dikarang sendiri. Apa yang tersurat dalam hati kita dapat luahkan. Namun, ianya tidak menjadi masalah jika kita menggunakan ayat template ucapan pengantin baru. Asalkan maknanya baik, kita teruskan sahaja. 

Semoga kenalan Mama yang sedang diraikan itu mendapat manfaat dari ucapan berupa doa dan nasihat.