KelabMama

10+ Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu, Ratu Permata Hati

ucapan hari lahir untuk ibu

Sumber: ftd.com

Bila dengar suara ibu atau hanya bercakap di telefon dengan ibu tentang hal-hal yang tak penting pun, automatik tenang rasa hati. Macam masalah semua dah selesai, walaupun kita hanya luahkan pada ibu tersayang. 

Sumber: infopmb.itpln.ac.id

Pernah dengar ayat ni? Atau anda sendiri pernah merasainya? Mama Siti sendiri sangat setuju dengan penyataan di atas kerana, tak kira usia, dengar je suara mak, terus rasa tenang hati ni. Walaupun sekarang Mama Siti sendiri sudah menjadi isteri dan seorang ibu kepada anak-anak. 

Untuk menggembirakan hati ibu, jom sediakan ucapan hari lahir untuk ibu apabila tiba ulang tahun kelahirannya nanti.  

Sumber: t4.ftcdn.net

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu 

  1. Buat ibu tersayang, selamat hari lahi diucapkan! Moga selamat sejahtera ibu di dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dikurniakan kesihatan yang baik dan sentisa diberkatiNya. 
  2. Mama, selamat hari lahir! Kakak ucapkan Mama sentiasa diberi keselamatan dan kesejahteraan dalam hidup. Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan kakak dan adik-beradik yang lain. Kami sayang Mama! 
  3. Terima kasih ibu atas segala penat lelah dan pengorbanan ibu, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak-anak Ibu. Sangat besar jasa dan kasih sayang ibu. 
  4. Mama! Selamat hari lahir untuk ibuku tersayang! Mama-lah wanita yang paling istimewa di hatiku dulu, kini dan selamanya. Terima kasih untuk semua Mama. Sayang Mama sangat-sangat! 
  5. Ibu, dikaulah sumber kekuatanku untuk selalu berjuang menghadapi segala ujian dan dugaan di dunia ini. Terima kasih kerana mengandungkan dan melahirkan saya ibu. Tak terbalas pengorbanan dan kasih sayang ibu. Selamat hari lahir ibu! 
  6. Selamat hari lahir Ibu! Adik doakan ibu semoga panjang umur dan sihat selalu. Terima kasih kerana telah menjadi ibu yang terhebat, penerang dan penyejuk jiwaku. Semoga ibu sentiasa berada dalam lindungan rahmatNya dan semoga Tuhan sentiasa memberi kebaikan dalam hidup Ibu. Love you, Ibu!
  7. Seiring meningkat usia, aku belajar. Ibu telah mengajariku dengan baik, dan sekarang apabila ibu jua menganjak usia, aku berharap dapat terus belajar banyak lagi perkara baru daripada ibu. Semoga ibu panjang umur dan sihat selalu.
  8. Tidak ada orang di dunia ini yang boleh memahami kakak seperti Mama. Terima kasih kerana selalu ada untuk kakak, Ma. Semoga tuhan menguatkan diriku untuk selalu membahagiakanmu. Selamat hari lahir Ibu! 
  9. Ibu, aku bahagia dan gembira dilahirkan sebagai anakmu. Aku selalu ingin berada di sampingmu dan menemanimu selalu. Tanpamu Ibu, pastinya sangat sukar buatku. Semoga ibu sihat selalu dan bahagia dunia akhirat.
  10. Hari ini adalah hari kelahiran perempuan paling cantik, paling baik, paling berharga dalam hidupku. Dan dia adalah ibuku. Manusia yang pertama kali mengajarku mengenal dunia ini. Aku berdoa agar segala kebaikan dikurniakan buatmu Ibu. Selamat hari lahir ibuku yang tersayang. 
  11. Mama, barakallahu fi umrik. Semoga Mama sentiasa diberkatiNya. Saya doakan Mama sentiasa sihat, bahagia, dan tidak pernah berasa keseorangan kerana Mama mempunyai anak-anak yang berjaya berkat doa dan pengorbanan Mama dan Papa. Happy birthday Ma!
  12. Selamat ulang tahun, Ibu. Semoga Allah memberi umur panjang dan kesihatan bagimu. Amin Ya Rabb. 
  13. Selamat ulang tahun, ibuku sayang! Bagiku, kebahagiaan Ibu adalah kesempurnaan hidupku. Aku sangat sayang padamu, Ibu. Ibu jangan risau ya, walaupun abang mungkin tak pernah luahkan, tetapi ibu sentiasa ada dalam doa abang – agar ibu sentiasa sihat selalu dan panjang umur. Terima kasih untuk segalanya Ibu. 
  14. Happy Birthday Mommy! Adik ingat lagi bagaimana Mommy sentiasa curahkan dan luahkan kasih sayang Mommy dekat adik. Adik sayang Mommy sangat-sangat dan bersyukur kita masih dapat meraikan hari ulang tahun Mommy bagi tahun ini. Semoga dipanjang umur dan sihat selalu Mommy! 
  15. Mak, terima kasih kerana mengandungkan dan melahirkan saya dan adik-adik. Banyak pengorbanan mak dan ayah dari dulu sehingga sekarang. Rasa cinta  dan kasih sayang mak dan ayah dapat dirasai oleh cucu-cucu mak juga. Terima kasih mak. Banyak lagi yang saya harus belajar daripada mak dan ayah. Semuanya tak cukup dengan hanya kata-kata. Tapi, tahulah Mak bahawa kami sentiasa menyayangi, merindui, dan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Mak Ayah di dunia dan akhirat. Selamat hari lahir Mak! 
Sumber: istockphoto.com

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Mertua 

Sumber: etalasebintaro.com

Siapa cakap mak sendiri je kita boleh atau harus memberikan ucapan hari lahir? Untuk ibu mertua pun sangat digalakkan tau sebab saat sah kita diijabkabulkan, mertua automatik menjadi ibu bapa kita juga. 

Berikut merupakan beberapa ucapan hari lahir buat ibu mertua:

  1. Buat ibu mertuaku yang disayangi, terima kasih kerana menerima saya sebagai menantumu. Terima kasih kerana banyak mengajar dan menerima baik buruk saya. Maaf jika ada tersalah kata atau tersalah cara – sama ada sedar atau tidak. Kata-kata dan nasihat ibu sangat bermakna pada saya dan keluarga kecil saya. Terima kasih ibu. Selamat hari lahir dan semoga ibu dipanjang umur dan sihat selalu. 
  2. Saya ingat lagi bagaimana risaunya saya semasa awal perjumpaan dengan ibu. Risau, takut, semualah! Tapi, mak menyambut saya dengan senyuman dan sifat ramah. Terima kasih mak terima baik buruk saya sebagai menantu. Mak dan ayah sentiasa melayan saya lebih daripada anak sendiri. Saya sayang mak dan ayah. Saya sentiasa doakan mak panjang umur, dimurahkan rezeki dan sihat selalu. Happy birthday Mak! 
Sumber: i0.wp.com

Semoga dengan koleksi ucapan hari lahir untuk ibu ini dapat memberi inspirasi buat anda semua. Sayangilah dan hormatilah mereka yang bergelar ibu. Banyak pengorbanan, jasa dan kasih sayang yang tidak terbalas yang telah diberikan oleh ibu-ibu kita.