KelabMama

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah Yang Pasti Menyentuh Hatinya

Sumber: akcdn.detik.net.id

Ayah, Abah, Papa, Baba, Walid, dan sebagainya merupakan antara gelaran yang sering diberikan kepada seorang lelaki yang bergelar ayah. 

Sebagai seorang ketua keluarga yang mempunyai tanggungjawab besar sebagai seorang suami, besar lagi tanggungjawab apabila bergelar ayah kelak. Sinonim dengan kaum lelaki, mereka sukar untuk mengekspresikan diri atau meluah perasaan, tidak seperti kaum wanita. 

Namun, jauh disudut hati, semakin bertambah usianya, ayahlah yang paling gembira saat menerima pelbagai hadiah, pujian, sokongan, dan luahan rasa kasih sayang daripada isteri dan anak-anak.

Sumber: bloktuban.com/

Jadi, tak salah untuk kita sebagai isteri dan anak kepada ayah kita sentiasa memberikan luahan atau ucapan kepada mereka sebagai tanda kasih sayang dan terima kasih. Berikut merupakan antara ucapan hari lahir untuk ayah yang tercinta sebagai inspirasi semua: 

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah Yang Tersayang 

Sumber: siraplimau.com
  1. Semua doa yang sentiasa dipanjatkan oleh anakmu ini adalah bentuk ketulusan dan terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang sempurna untukku dan adik-beradik yang lain. Semoga ayah sentiasa berada dalam lindunganNya. 
  2. Selamat hari lahir untuk ayahku yang hebat! Ayah menjadi inspirasi kepada kehidupanku. Ayahlah yang mengajarkanku tentang harapan dan impian, hingga aku menjadi orang yang lebih baik meningkat usia. Terima kasih pahlawanku! 
  3. Selamat ulang tahun ayah. Semoga diberi umur yang panjang dan kesihatan yang penuh barokah. Dipermudahkan segala usaha, dan dilancarkan rezekinya. Tetaplah menjadi ayah yang baik dan sayang terhadap anak-anak dan keluarga. 
  4. Buat ayah tersayang, terima kasih kerana telah menjadi seorang bapa yang baik. Membentuk kami adik-beradik menjadi individu yang berhati cekal. Setiap tutur katamu dan nasihatmu menjadi tiang ikutan. Ketegasanmu dalam mendidik menjadikan kami seperti hari ini. Terima kasih ayah. Semoga ayah sentiasa dirahmati Allah SWT. 
  5. Happy birthday Ayah! Kesabaran ayah menunjukkan betapa tulusnya ayah menanggung beban hidup kami, rela menghabiskan usianya demi sesuap nasi kepada kami adik-beradik. Terima kasih Ayah. Kami sayang ayah!
  6. Ayah, aku mungkin bukan anak yang sempurna. Tetapi, ketahuilah bahawa ayahlah ayah yang sempurna. Selamat ulang tahun, Ayah. 
  7. Papa, semoga papa dipanjangkan usia, dan dimurahkan rezeki. Kami tahu papa sangat kuat, papa mampu menempuh pelbagai dugaan. Terima kasih kerana menjaga dan mendidik kami adik-beradik hingga ke hari ini. 
  8. Selamat hari lahir ayah! Semoga Allah selalu memberikan kebahagiaan dan kesihatan di dunia dan akhirat. Semoga ayah terus menjadi ayah yang terbaik untuk kami sekeluarga selama-lamanya. Amin <3
  9. Ayah, terimalah ucapan hari lahir untuk ayah daripada kami adik-beradik ini. Terima kasih ayah untuk segalanya. Berkat pengorbanan dan kasih sayang ayah dan ibu, kami adik-beradik berjaya hingga ke hari ini. Mungkin kami bukanlah anak-anak yang sempurna, tetapi, ayahlah ayah yang paling sempurna di mata dan hati kami. 
  10. Selamat ulang tahun, Ayahku. Hari ini umurmu bertambah satu tahun dan semoga kasih sayangmu juga bertambah kepadaku. Doaku untuk Ayah, semoga ayah panjang umur dan sihat selalu. Sayang Ayah!
  11. Di hari yang sangat indah ini, aku ingin mengucapkan, selamat hari lahir Ayah! Semoga ayah diberi kesihatan juga umur yang panjang, rezeki yang diberkati dan kasih sayang yang melimpah ruah. Jaga diri dan ingatlah bahawa, ayahlah ayah yang terbaik bagi kami! 
  12. Kata orang, Ayah adalah cinta pertama anak perempuannya. Betul! Ayahlah my first love dan sehingga ke hari ini, anakmu ini tidak pernah melupakan rasa cinta dan kasih sayang ayah yang tidak berbelah bahagi. Selamat hari jadi, Ayah!
  13.  Daddy! Saya mungkin bukan anak yang sempurna, tapi daddy adalah ayah yang sempurna. Happy birthday, Dad!
  14. Seumur hidup ayah telah bekerja untuk membuat keinginan dan keperluan kita sekeluarga menjadi kenyataan. Hari ini, giliran ayah untuk membuat beberapa keinginan. Selamat ulang tahun, Ayahku sayang. 
  15. Aku tahu setiap titik keringat yang ayah keluarkan adalah satu bentuk pengorbanan untuk keluarga. Ayah, selamat hari lahir. Semoga diberikan kesihatan dan rezeki yang diberkati, dan sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya. Amin.

Ucapan untuk Arwah Ayah yang Telah Meninggal 

Sumber: lifestyle.bisnis.com

Walaupun ayah sudah tiada, tak bermakna kita tidak boleh menyampaikan ucapan ‘kepadanya’. Selain titipan doa setiap hari, kita masih boleh memberikan ucapan dengan satu posting istimewa untuk arwah. 

  1. Tidak ada kerinduan yang lebih berat daripada merindukan seseorang yang telah tiada. Selamat ulang tahun ayah! Walaupun ayah telah jauh di sana, anakmu ini akan selalu menyimpan kenangan-kenangan indah yang pernah ayah beri dan lakukan. Rindu ayah. 
  2. Al-Fatihah untuk arwah Ayah. Walaupun ayah sudah tiada, saya dan adik-beradik yang lain sentiasa merindui, menyayangi, dan mendoakan ayah. Semoga tenang di sana ayah. Kita jumpa di syurga ya! 
Sumber: bincangsyariah.com

Sebagai seorang anak, jangan malu atau gusar untuk meluahkan perasaan kasih dan sayang kepada ibu bapa sendiri. Mungkin keluarga anda sememangnya bukan jenis yang pandai express diri, tetapi, tak salah untuk kita sebagai anak memulakan sifat itu dalam kalangan keluarga.

Mulakan dengan ucapan hari lahir untuk ayah ini dan kemudian mungkin boleh teruskan untuk ibu, anak-anak sendiri dan sebagainya bukan? Takkanlah dengan pasangan sendiri je nak sweet bagai. Dengan mak ayah pun kena sentiasa sweet dan loving tau!