KelabMama

Koleksi Ucapan Hari Bapa Buat Papa Tersayang

ucapan hari bapa

Seperti Hari Ibu, Hari Bapa pun akan di sambut juga. Sebagai salah satu tanda menunjukkan kasih sayang kepadanya. Jadi sudah ada ke belum ucapan Hari Bapa nanti?

Ucapan ni bukan sekadar dituliskan dalam kad ucapan je, malah akan digunakan sebagai caption dalam media sosial dengan beberapa kepingan gambar bersama Papa.

Ucapan Hari Bapa

  1. Disebalik kasihnya ibu, ada kerja keras seorang ayah. Terima kasih ayah. Selamat Hari Bapa.
  2. Setiap penat lelahmu, setiap titisan keringatmu, setiap jasa dan pengorbananmu, akan kami kenang sampai bila-bila. Terima kasih atas kasih sayang yang telah diberikan kepada kami. Selamat Hari Bapa, We Love You, Ayah.
  3. Abah, beribu kata telah kau ucapkan, beribu cinta telah kau berikan, beribu kasih telah kau curahkan untuk kami. Terima kasih Abah. Selamat Hari Bapa!
  4. “Selamat Hari Ayah untuk semua ayah yang tak pernah mengungkapkan kata cintanya, tetapi menunjukkan rasa cintanya kepada keluarga”
  5. Abi, seorang insan yang mengangkat anaknya ketika jatuh. Membiarkan anaknya mencuba berdiri kembali dan bersedia untuk mengangkatnya lagi. Terima kasih abi, atas semangatnya!
  6. Setiap penat lelahmu, titik peluhmu, jasa dan pengorbananmu yang tak terhitung. Tak pernah berkira walau sesaat pun, dikau lah insan yang paling ikhlas. Terima kasih ayah.
  7. Tanpa kehadiranmu, entah apa yang aku lakukan. Aku sangat bersyukur memilikimu dalam kehidupan ini. Selamat Hari Bapa
  8. Selamat Hari Bapa. Walaupun jarang ungkapkan kata-kata cinta, tetapi saya sangat sayang kepada abah.
  9. Cinta sejati pertama buat anak gadisnya. Terima kasih ayah atas kasih sayang yang diberikan.
  10. Terima kasih ayah setia menjadi sahabat baik untuk kami. Terima kasih menjadi pendengar dan penasihat terbaik buat kami. Terima kasih jadi pahlawan untuk kami dan pemaaf yang tulus atas kesalahan kami. Selamat Hari Bapa!
  11. Selamat Hari Bapa buat abi! Semoga abi diberikan kesihatan dan umur yang panjang. Jasa abi tiada harga untuk dibandingkannya.
  12. Ayah, insan yang berharga dalam kehidupan kami. Terima kasih kerana hadir dalam hidup kami. Let’s create more memories together.
  13. Aku lah insan yang paling bertuah dalam dunia ini, kerna mempunyai ayah seperti mu. Terima kasih menjadi ayah yang terbaik dalam hidupku.
  14. Disetiap titisan peluhmu, disetiap lelah nafasmu itu, penuh dengan kasih dan sayang. Terima kasih untuk kasih sayang yang diberikan ini. Selamat Hari bapa.
  15. Papa is my first hero. Thanks for being there whenever i needed. Happy Father’s Day Papa.

Ucapan Hari Bapa untuk Bapa yang Telah Tiada

  1. Ayah, tiada ucapan selain titipan doa buatmu. Ayah, pemergianmu membawa separuh dari jiwa kami, kami semua rindu belaian dari seorang ayah. Selamat hari bapa buat ayah. Moga di sana nanti kerinduan ini akan temu penamatnya.
  2. Abah! Walaupun abah telah tiada, tapi pengorbanan dan perjuanganmu tetap bersama anak-anakmu ini. Abah tidak pernah mengeluh, sentiasa tenang dan tabah melayan karenah kami.
  3. Buat ayah yang bersama sang pencipta, al-Fatihah dan doa menjadi kiriman setiap hari buatmu. Kenangan bersamamu akan kekal berputar di memori ini.
  4. Ayah, saya sangat berterima kasih untuk semua kenangan yang telah kita cipta bersama. Alangkah indahnya kalau ayah masih lagi bersama disini. Sudah pasti lebih banyak kenangan yang kita akan cipta bersama.
  5. Ayah, aku sangat merindukan pelukan hangatmu. Andai saja aku boleh putar kembali masa akan ku habiskan lebih banyak waktu lagi bersamamu.

Ucapan Daripada Mama untuk Papa

  1. Terima kasih menjadi sosok yang hebat untuk kami semua. Selamat Hari Bapa!
  2. Selamat Hari Bapa. Engkaulah hero dalam hidup kami. Love You Papa.
  3. Rasa cinta dan rasa syukur ini terlalu sarat untuk dituliskan. Terima kasih kerna sudah menjadi ayah yang sangat baik unuk anak-anak kita. Semoga Tuhan selalu menjagamu dan bahagiankan Papa. Happy Father’s day husband.
  4. Terima kasih atas persahabatan ini, terima kasih atas cinta dan kasih sayangmu dan terima kasih telah menemani hari-hariku dengan memori yang indah. Happy Father’s Day, honey.
  5. Tuhan telah berikan kita sebuah keluarga yang sempurna, dipenuhi dengan kebahagiaan dan cinta. Dan yang paling penting, seorang ayah yang luar biasa untuk anak-anak. Selamat Hari Bapa.

Ni antara koleksi ucapan Hari Bapa yang istimewa khas buat Papa tercinta sempena Hari Bapa yang bulan Jun nanti. Jangan lupa kek dan hadiah juga untuk Hari Bapa nanti!


Dapatkan lebih banyak info di SINI.