KelabMama

Tumpah Darah, Nyawa Ibu Jadi Taruhan Selepas Melahirkan Anak

Tumpah Darah, Nyawa Ibu Jadi Taruhan Selepas Melahirkan Anak

KES #1: Ibu 42 tahun, bersalin secara normal anak yang ke-8, hamil cukup bulan. Ibu tak mempunyai masalah semasa mengandung dan semasa proses kelahiran bayi, walau bagaimanapun uri mengambil masa agak lama untuk dikeluarkan. Ibu dibenarkan pulang ke rumah selepas 2 hari bersalin.

Ibu mengalami darah nifas seperti biasa sehingga hari ke 6 selepas bersalin. Ibu secara tiba-tiba mengalami tumpah darah nifas yang berlebihan sehingga ibu pengsan dan tak sedarkan diri. Beliau terus dikejarkan ke hospital.

KES #2: Seorang gadis 18 tahun, hamil anak luar nikah dan merahsiakan kehamilannya. Ibu muda ini tak mempunyai pemeriksaan antenatal yang rapi kerana bimbang kehamilanya diketahui umum. Ibu muda ini secara tiba-tiba mengalami sakit bersalin di rumah sewanya dan telah melahirkan bayi secara sendirian. Beliau kemudian memotong tali pusat bayi menggunakan gunting dan merentap sendiri uri di mana sebahagian besar uri masih tertinggal di dalam rahim. Disebabkan kebimbangan yang amat, beliau telah memberitahu teman lelakinya yang kemudiannya datang untuk membantunya. Pasangan muda ini masih takut untuk ke hospital sehingga 3 hari kemudiannya ibu muda ini mengalami tumpah darah nifas yang serius sehingga tak sedarkan diri.

Bagaimana Pendarahan Yang Saya Jangkakan Selepas Bersalin?

Menjadi kebiasaan bagi wanita untuk mengalami pendarahan selepas bersalin.

Adalah menjadi kebiasaan untuk mengalami pendarahan selepas bersalin. Darah itu mungkin keluar daripada rahim ataupun koyakan perineum yang terjadi semasa proses kelahiran itu sendiri.

Pendarahan selalunya akan menjadi banyak sejurus saja selepas bersalin dan akan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam. Pendarahan akan berterusan dan akan berkurangan dalam beberapa hari lagi dan disertai dengan perubahan warna darah tersebut daripada merah terang ke warna coklat.

Pendarahan ini dinamakan ‘lochia’ dan seharusnya berhenti apabila bayi mama berusia 6 minggu. Pendarahan berterusan dan berlebihan dari biasa adalah TIDAK NORMAL dan dinamakan sebagai tumpah darah selepas bersalin (postpartum haemorrhage).

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Tumpah Darah Selepas Bersalin?

Pendarahan yang berlebihan dan luar daripada biasa selepas bersalin. Terdapat 2 jenis tumpah darah selepas bersalin yang dinyatakan seperti berikut :

Bagi kelahiran pembedahan, pendarahan lebih banyak berlaku disebabkan pemisahan uri dan dinding rahim atau episiotomi.

1- Tumpah Darah Primer (Primary Postpartum Haemorrhage)

Kehilangan darah selepas bersalin lebih dari 500 ml dalam lingkungan 24 jam selepas bersalin. Kadar kebiasaan berlaku pada 5 daripada 100 wanita yang bersalin. Pendarahan yang teruk, melebihi 2 liter adalah jarang berlaku, dalam kekerapan 6 daripada 1000 wanita yang bersalin.

2- Tumpah Darah Sekunder (Secondary Postpartum Haemorrhage)

Kehilangan darah selepas bersalin dalam lingkungan 24 jam hingga 12 minggu selepas bersalin. Berlaku pada kekerapan kurang daripada 2 daripada 100 wanita yang bersalin.

Kenapa Tumpah Darah Selepas Bersalin Ni Berbahaya?

Jika mama kehilangan banyak darah selepas bersalin, akan mengakibatan keletihan yang luar biasa kepada mama, ditambah pula dengan keletihan yang sedia ada selepas bersalin.

Apabila pendarahan dibiarkan berterusan tanpa perhatian dan rawatan doktor, ia akan menyebabkan mama hilang lebih banyak darah sehingga boleh meragut nyawa. Maka, ianya perlu dikesan dan dirawat dengan segera sebelum keadaan menjadi lebih teruk lagi.

Tumpah Darah Primer – Siapa Yang Berisiko?

Kebanyakan kes tumpah darah disebabkan rahim lambat mengecut atau tidak kecut dengan betul.

Semasa Bersalin

Pendarahan selalunya akan menjadi banyak sejurus selepas bersalin dan berkurang secara berperingkat dalam beberapa jam.

Kebiasaannya, tak ada apa yang boleh dilakukan kepada senarai risiko-risiko seperti di atas. Walau bagaimanapun langkah berjaga-jaga akan di ambil untuk mengurangkan risiko mama mengalami tumpah darah selepas bersalin ini, sekaligus mengurangkan keperluan untuk transfusi/penggantian darah.

Contohnya, kalau mama mempunyai masalah kurang sel darah merah (anemia) ketika hamil, pengambilan zat besi tambahan akan mengurangkan keperluan untuk transfusi darah, jika berlakunya masalah tumpah darah selepas bersalin.

Peringatan!

Jika mama dah menjalani pembedahan czer pada kehamilan terdahulu, sangatt penting untuk mama periksa sama ada uri pada kehamilan sekarang tak melekat pada parut pembedahan caeserean yang lalu.

Kalau masalah ni timbul, uri tak akan tertanggal dengan mudah selepas bayi dilahirkan, dan menyebabkan tumpah darah yang sangatlah serius. Jika keadaan ini sudah dapat dipastikan, cadangan rawatan mama akan dirancang sebaik-baiknya melibatkan pelbagai pakar perubatan.

Sumber: Dr. Muhammad Izzat Abdul Razak

BACA JUGA ‘TER’BERSALIN DI RUANG TAMU RUMAH, IBU KONGSI DETIK CEMAS KEPALA DAH KELUAR

Pesanan Mama Siti:

Mama Siti nasihatkan kepada mama yang hamil supaya jalani pemeriksaan kehamilan setiap bulan dan minggu bagi memastikan paras hemoglobin adalah normal. Seeloknya, cuba bersalin di hospital berbanding bersalin di rumah sebab at least kita boleh confirm yang hospital ada bekalan darah yang mencukupi kalau berlaku sebarang komplikasi.