KelabMama

TULANG MAMA PERLU SIHAT KETIKA MENGANDUNG

Perjalanan ke arah tulang sihat sepanjang hayat bermula dengan ibu mengandung. Tahniah di atas kandungan anda! Pastinya ia saat yang paling menggembirakan dalam kehidupan anda, bukan? Anda bakal membawa satu kehidupan yang baru ke dalam dunia. Ia pengalaman yang meletihkan dan mendebarkan, lebih-lebih lagi jika ia kandungan pertama anda. Anda pasti ingin memberikan yang terbaik dan mengharapkannya membesar dengan sihat dan pintar. Tetapi, anda perlu menjaga diri sendiri terlebih dahulu. Lagipun, bayi sihat datang dari ibu yang sihat.

Bayi anda memerlukan kalsium untuk membentuk tulangnya, dan sebagai ibu anda perlu menyediakan semua nutrien yang diperlukannya untuk membesar melalui diet anda. Jika anda tidak mendapat kalsium yang secukupnya dalam diet, bayi anda akan menyerapnya dari tulang anda sendiri. Akibatnya, tulang anda akan kekurangan kalsium. Anda perlu membawa bayi di dalam rahim buat beberapa bulan dan ini boleh meletakkan beban pada tulang belakang anda. Namun, wanita mengandung turut menghasilkan lebih estrogen iaitu sejenis hormon yang dapat melindungi tulang. Hasilnya, apa juga kehilangan jisim tulang ketika mengandung biasanya pulih setelah bersalin. Walaubagaimanapun, ini tidak bermakna anda boleh mengabaikan tulang anda. Menjaga kesihatan tulang tetap penting untuk kesejahteraan anda dan bayi anda.

 

KALSIUM UNTUK TULANG

Mulakan dengan memastikan anda mendapat kalsium yang cukup dalam diet harian. Wanita mengandung menyerap kalsium lebih baik daripada yang tidak mengandung kerana peningkatan hormon estrogen. Tetapi, bagi negara seperti Malaysia di mana amalan pengambilan kalsium adalah rendah, pengambilan harian sebanyak 1,000 miligram (mg) adalah disyorkan bagi wanita mengandung. Susu adalah sumber kalsium yang terbaik bagi sesiapa yang ingin membina tulang kuat. Tetapi bukan semua orang boleh atau suka minum susu. Bagi  ibu yang tidak serasi dengan laktosa atau tidak suka minum susu, banyak sumber kalsium lain yang boleh dipilih. Ini termasuklah:

Kini, apabila pengeluar makanan bersaing untuk memberikan nilai kesihatan yang terbaik kepada pengguna, pasaran dipenuhi dengan produk yang baik untuk kesihatan tulang. Jadi anda mempunyai banyak pilihan apabila memilih produk yang menepati citarasa anda!

 

DAPATKAN VITAMIN D

 

BERSENAM UNTUK TULANG SIHAT

 

HINDARI ROKOK DAN ALKOHOL

Mengamalkan tabiat yang baik saja tidak cukup. Anda juga perlu menghentikan tabiat yang tidak sihat seperti merokok dan mengambil alkohol yang tidak baik untuk bayi, diri sendiri dan juga tulang anda. Merokok dan pengambilan alkohol boleh mengakibatkan pelbagai komplikasi kepada perkembangan bayi anda. Sebaliknya, berikan bayi anda permulaan yang terbaik dalam kehidupan dengan memastikan kesihatan anda terjaga ketika mengandung. Mengandung adalah perjalanan yang melibatkan banyak susah dan senang. Anda akan sedar – jika anda masih belum sedar, bahawa anda sedang memikul antara tanggungjawab hidup yang paling besar ketika ini. Tetapi jangan takut, anda akan belajar perlahan-lahan, seperti bakal-bakal ibu lain juga. Cuma ingat untuk tidak mengabaikan kesihatan tulang anda. Dan bagi perkara yang lain, nikmatilah waktu istimewa dalam peringkat hidup anda ini.

 

TULANG SIHAT DAN MENYUSU BADAN

 

 

 

 

 

 

Sumber:  Utusan & Persatuan Kesedaran Osteoporosis Kuala Lumpur